October 25, 2008

Sistem undi : wakil etnik tidak termasuk

Kaedah undian yang duguna pakai dalam menentukan ahli MPP yang berhak duduk di kerusi-kerusi tertentu dalam kabinet menimbulkan persoalan siapa yang dibenarkan untuk mengundi. Seorang pegawai UPSI yang berpengalaman dalam proses PRK mengatakan wakil etnik tidak termasuk dalam mereka yang dibolehkan untuk mengundi bagi pemilihan calon jawatan-jawatan dalam kebinet terutamanya kerusi Majlis Tertinggi. Ini berikutan pengumuman rasmi PRK yang berakhir tempoh hari oleh Sakretariat PRK tidak menyatakan nama-nama wakil etnik tersebut. Wakil-wakil etnik yang mendapat kerusi dalam MPP sebenarnya adalah atas lantikan Naib Canselor dan sehingga saat ini mereka belum lagi dilantik oleh Naib Canselor tetapi mereka yang bertanding dalam PRK tempoh hari sudah layak digelar ahli MPP atas pengumuman rasmi oleh Sakretariat PRK. Apabila ditanya bila wakil etnik ini layak digelar ahli MPP, pegawai tersebut dipetik sebagai berkata mereka hanya sah sebagai ahli MPP setelah Naib Canselor melantik mereka iaitu ketika Watikah Perlantikan diberikan. Ketika mengulas mengenai AUKU Perkara (5) yang menyebut “Keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi”, beliau mengatakan perkara itu memang benar dan termaktub di dalam AUKU tetapi hanya mereka yang menang bertanding dan diisytiharkan oleh Sakretariat MPP sahaja yang layak untuk memilih. Oleh yang demikian, sesuatu keputusan itu perlu mendapat 2/3 undian atau 14 undi sekiranya semua 21 ahli MPP hadir. Sekiranya bilangan undi kurang daripada itu, keputusan tersebut dikira tidak sah. Pegawai tersebut turut mengingatkan agar ahli MPP benar-benar memahami kandungan AUKU sebelum menggunakannya kerana sekiranya berlaku pelanggaran dalam AUKU dan tidak mengikut seperti apa yang dimaksudkan, pihak yang membantah atas kesilapan itu dibolehkan untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah kerana AUKU merupakan akta yang diterima dalam perbicaraan di mahkamah.
Isu undi dalam memilih Majlis Tertinggi MPP terutamanya kerusi YDP timbul setelah dikatakan wakil etnik mengambil bahagian dalam proses undi dalam pembentukan kabinet semalam.

5 comments:

Anonymous said...

Laporkan sahaja perkara ini ke Parlimen

Tunjukkan kpd DSAI atau YB Salahuddin Ayubi

Biar 1 Malaysia tau

Saya bersedia menjadi wakilyg menghantar memorandum tersebut

TAKBIR....

Anonymous said...

etnik pun bpecah...mcmana....hmmm

Anonymous said...

nampak sngat geng2 kualiti xmau MPP dikuasai oleh geng kabajikan..
huhuhu...

Anonymous said...

rasa'e pegawai 2 y buta undang2... y saya tahu la, wakil etnik pun ada wat sistem undi. bemakna die org pun undi gak u pilih wakil die org... klu nk ikutkan lantikan, semua MPP y menang hr 2 kena tunggu watikah pelantikan dari NC.. br la btl2 jd MPP... senang citer, kita tgk ja MPP y br ni mcm mana.. jgn duk bising2, sat g kebajikan & program y MPP wat sama mcm sem2 lepas... so jgn lupa tgk Exco mana & sapa y pegang... pesanan dari DG... hehehehe...

Anonymous said...

Tengok AUKU perkara 52 (a). etnik bukan dikategori sebagai fakulti,sekolah,pusat,akademi atau institut. Maka pengundian itu hanya di kalangan mereka dan tak memenuhi tuntutan yang digariskan AUKU. Jadi mereka itu membuat undi bagi pihak mereka untuk dilantik Naib Canselor. Sebab itu dinamakan lantikan Naib Canselor. Bila dia dilantik?masa watikah perlantikan. sebab tu nama tak diumum oleh Sakretariat yang ditampal kat papan kenyataan. Yang ada ialah nama mereka yg melalui proses undian masa PRK.