December 14, 2010

Amin: 'Result' dijangka keluar 25 Disember

Tanjong Malim, 14 Disember - Keputusan peperiksaan Semester 1 sesi 2010/2011 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris dijangka akan keluar pada 25 Disember 2010. Makluman tersebut telah dinyatakan oleh Exco Akdemik dan Kerjaya MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik.

Menurutnya, setelah menghubungi Bahagian Akademik beliau dimaklumkan oleh En. Mohd Redzuan Donial bahawa keputusan peperiksaan dijangka akan dikeluarkan pada 25 Disember ini. Namun , walau bagaimana pun, katanya Bahagian Akademik akan mengeluarkan makluman rasmi menerusi memo di Upsi portal.

Oleh itu, seluruh mahasiswa diharapkan agar peka dengan segala makluman atau pengumuman menerusi lama sesawang Upsi portal. Sekian.

December 9, 2010

Mahasiswa pendidikan diseru bersama rakyat protes kenaikan harga barang

Tanjong Malim , 9 Disember - Berhubung isu kenaikan beberapa barang asasi kehidupan ,mahasiswa pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris diseru untuk menyatakan pendirian mereka bersama rakyat bagi membantah kenaikan harga barang, minyak dan gula.

Kenyataan tersebut diseru oleh sebuah badan mahasiswa nasional, SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) agar semua mahasiswa bersama-sama rakyat turun ke satu himpunan aman yang akan diadakan di Putaraya pada esok hari. Maklumat himpunan seperti berikut:




December 6, 2010

Perutusan Ma'al Hijrah Mahasiswa Pendidik

Segala puji bagi Allah s.w.t Tuhan menjadikan semua makhluk serta alam yang serba indah dan penuh dengan nikmat ini. Selawat dan salam buat junjungan Nabi s.a.w yang menjadi perintis penyebaran kesejahteraan seantero dunia.

Alhamdulillah hari ini kita sama-sama meraikan tahun baru, 1 Muharram 1432 Hijrah. Semoga permulaan tahun baru ini kita raikan dengan penuh keinsafan dengan mengimbau kembali kekurangan dan kelemahan yang ada di masa lalu disamping merancang kehidupan dan keazaman yang baru pada masa depan. Moga-moga ianya menjadi motivasi untuk kita sama-sama mengkoreksi diri, menilai sejauh mana usaha kita dalam memelihara diri , keluarga dan masyarakat dari kerosakan serta apakah sumbangan kita terhadap agama Allah s.w.t.

Penghayatan Hijrah Masa Kini

Kehidupan hari ini menuntut kita untuk berdepan dengan pelbagai perubahan. Sejak dialam sekolah hinggalah bergelar sebagai mahasiswa kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pembaharuan dalam kehidupan. Kita juga berhijrah dari kampung halaman dan berada dibumi pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dicintai ini demi makna sebuah hijrah kearah kebaikan menimba ilmu dan pengalaman. Nilaian Hijrah yang kita sama-sama lakukan tidak dapat dihitung dengan nilai kekayaan dunia jika ianya disusuli dengan keihklasan. Moga-moga pengorbanan dan kesanggupan kita berhijrah demi secebis ilmu di bumi Malim ini akan dinilai disisi Allah sebagai salah satu dari amal kebaikan di akhirat kelak.


Hijrah dan Mahasiswa Pendidikan

Sebagai mahasiswa khususnya yang berada di bumi pendidikan yang dicintai ini , kita menyedari bahawa tuntutan Hijrah perlu bersama kita hayati. Berhijrah dari segala perbuatan keji dan maksiat kepada mentaati suruhan dan larangan Allah merupakan matlamat utama kehidupan kita sebagai Muslim.

Mahasiswa pendidikan yang bakal menjadi pendidik kelak merupakan mesin manusiawi bernurani yang bakal mencorak generasi baru. Hijrah Rasulullah SAW menuntut pengorbanan untuk membangun sebuah generasi baru yang mentaati Tuhan, maka kita mahasiswa pendidikan perlu bersama untuk berhijrah kearah memberi sumbangan kepada pembentukan sebuah generasi baru yang sejahtera dari sebarang kerosakan dan kehinaan. Generasi yang menjadikan Tuhan sebagai matlamat kehidupan.

Akhir kata, kami barisan MPP Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat menghayati makna hijrah yang sebenar dan kami memohon kemaafan atas segala kekurangan ditahun yang lalu. Moga kita bersama mengorak langkah mara kehadapan dengan penuh keazaman yang baru. Semoga kehadiran tahun baru 1432 Hijrah pada kali ini dapat memperkukuhkan nilai kebaikan dalam diri kita bersama.

Sekian,

'Mahasiswa Pendidik Pencetus Tranformasi'


Mohd Zahar b. Mohamed Nor

Atiqah bt. Mohd Hasbi

(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)

Mohd Amin b. Mat Sidik

(Exco Akademik & Kerjaya)

Nik Azrul b. Nik Kamaruddin

(Exco Kebajikan Kemasyarakatan)

Noranoo bt. Arifin

(Exco Perhubungan & Antarabangsa)

Herwana bt. Herman

(Exco Kesenian & Kebudayaan)



Kursus Kepimpinan Mahasiswa awal Januari depan

Tanjong Malim, 6 Disember - Kursus Kepimpinan Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjadi syarat kelayakan bertanding dalam pilihan raya kampus (PRK) dijangka akan diadakan pada awal semester depan.

Menurut email yang diterima Upsikini dari Koordinator MP (Mahasiswa Pendidik) Mohd Zahar, kursus kepimpinan tersebut akan diadakan pada awal semester depan setelah beliau mendapat pengesahan dari pegawai yang berkaitan.

Beliau baru-baru ini telah mengadakan satu pertemuan rasmi dengan pegawai yang berkenaan bagi meminta penjelasan tarikh sebenar kursus tersebut dimaklumkan lebih awal agar mahasiswa yang berkelayakan dan berminat menjadi wakil pelajar dapat menyusun waktu mereka.

Walau bagaimanapun, katanya setakat ini pihak JHEPA masih belum mengeluarkan apa-apa makluman rasmi berhubung perkara tersebut.

December 5, 2010

Kenaikan 4 barangan serentak: Mahasiswa pendidikan kesal

Tanjong Malim, 5 Disember - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa berhubung kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kenaikan harga barang terbabit telah menimbulkan pelbagai rungutan dari kalangan mahasiswa pendidikan disini. Mereka menyifatkan bahawa alasan yang digunakan untuk pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan adalah tidak wajar dibebankan kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Menurut Mazlan yang melahirkan rasa kecewa menyatakan bahawa "kalau gula naik ok lagi tapi kalau harga minyak naik tambah pula Ron 95, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak ini diguna oleh rakyat ramai dan menjana pembangunan negara, sah semua barang lain akan naik".

Dalam pada itu, Tamim pula menyifatkan bahawa kenaikan tersebut tidak wajar bagi mahasiswa , sudah lah biasiswa bagi mahasiswa pendidikan sudah dimansuhkan, ini pula barang naik, pinjaman PTPTN tetap sama, kos sara hidup makin meningkat."

Selain itu, menurut Herwana Herman yang juga merupakan Exco MPPUPSI turut menyatakan bahawa tindakan kenaikan harga barang tersebut boleh membuat mahasiswa sesak nafas , mesti makanan di kedai semakin meningkat harganya dan sudah kemungkinan duit pinjaman PTPTN tidak cukup terutamanya mahasiswa Sabah dan Sarawak yang perlu kos pengangkutan yang lebih tinggi".

Tambahnya, " kita selaku mahasiswa yang turut tergolong dalam 'civil society' (masyarakat sivil) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung perkara ini kerana ianya berkaitan hak ramai, ujarnya.

December 4, 2010

Konvokesyen ke-13 dijangka Julai 2011

Tanjong Malim, 4 Disember -Tarikh Konvokesyen ke-13 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan dijangka akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Menurut Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa Upsi (BHKA), Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) telah bersetuju dan memperakukan tarikh konvokesyen bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun hadapan akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Dalam pada itu, tarikh tersebut disifatkan sesuai dengan tempoh waktu mahasiswa tahun akhir yang akan tamat praktikum pada 20 Mei 2011 dan mereka tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini.

November 21, 2010

Upsikini ucap Selamat Menghadapi Peperiksaan


Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Semester kepada seluruh mahasiswa UPSI yang bakal bermula tidak lama lagi.

Untuk itu pihak UPSIkini juga memohon maaf atas kelewatan berita ,maklumat dan penangguhan operasi penyiaran dan laporan sebelum ini.

Walau bagaimanapun, pihak UPSIkini sentiasa berusaha untuk menstruktur semula tugas semua editor bagi membolehkan laporan terkini dapat disiarkan seperti biasa terutamanya dalam minggu peperiksaan.

Selamat Menghadapi Peperiksaan.

Teruskan bersama UPSIkini.

Sem 7 perlu kemaskini maklumat pengajian

Makluman kepada seluruh mahasiswa semester 7 Universiti Pendidikan Sultan Idris. Anda dikehendaki untuk mengemaskini maklumat pengajian menerusi laman Mysis bagi memudahkan urusan pentadbiran.

Maklumat-maklumat berkenaan perlu dikemaskini bagi kegunaan surat menyurat untuk konvokesyen, kiriman keputusan akhir peperiksaan, penyediaan transkrip dan penyediaan skrol transkrip.

Selain itu, pelajar turut dikehendaki menyalin (print) maklumat tersebut bersama salinan kad pengenalan diri, salinan keputusan MUET dan hantar ke pejabat am fakulti masing-masing dengan segera.

November 20, 2010

Tim. pendaftar akademik: Pelajar lalui ujian MEdSI tak perlu lagi INSAK

Tanjong Malim, 20 November - Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah melalui ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) semasa temuduga kemasukan ke Upsi tidak lagi perlu melalui ujianInventori Sahsiah Keguruan (INSAK) bagi memenuhi syarat 'posting'.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Timbalan Pendaftar Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, En. Mohd Husyaini Hashim dalam satu majlis baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa perkara tersebut telah termaktub bagi pelajar generasi baru yang telah melalui ujian MEdSI bagi kemasukan ke institusi latihan pendidikan guru.

Dalam hal berkaitan, syarat baru tersebut disifatkan selaras dengan tarikh bermulanya ujian MEdSI yang melibatkan mahasiswa ambilan bermula Julai 2007/2008.

Politik kawalan: Samuel bidas kolumnis Upsikini

Tanjong Malim, 20 November - Exco Perpaduan dan Integrasi MPPUPSI , Samuel Sila Mathew Unjah (gambar) membidas tulisan yang dikeluarkan oleh kolumnis Upsikini yang bertajuk 'Pemain catur dan politik kawalan di kampus Upsi'.

Tulisan yang ditulis oleh mahasiswa Upsi Ahmad Wafiuddin yang telah diemailkan kepada Upsikini baru-baru ini telah mendapat respon daripada beberapa MPP yang tidak senang duduk dengan beberapa dakwaan yang dinyatakan.

Samuel menyifatkan bahawa "MPP berperanan sebagai suara mahasiswa dan mahasiswi yang boleh bertindak secara proaktif dalam melicinkan pentadbiran dan membantu Universiti. Namun ia bukanlah sebagai pak turut semata-mata seperti mana yang dilaungkan ramai mahasiswa."

Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan mengenai adanya pencatur di dalam kabinet MPP merupakan satu dakwaan tidak berasas malah wujudnya campur tangan pihak tertentu juga tidak berasas.

Tambahnya yang turut mengingatkan mahasiswa bahawa "jikalau tidak bersedia mengorbankan apa sahaja, usah cakap ingin menjadi pemimpin mahasiswa kerana diri seorang pemimpin itu seharusnya sentiasa berkorban dan bersedia ", ujarnya.

Dalam hal berkaitan, Ahmad Wafiuddin yang memberi komen balas kepada Upsikini menyifatkan bahawa tulisan itu ditujukan kepada individu tertentu dalam MPP. Katanya "tak semua mereka dicatur. Hanya orang-orang penting sahaja dicatur dan saya rasa beliau (Samuel) tidak terlibat dalam percaturan tersebut bahkan mungkin tak tahu."

Lepas Akmal, Aqilah pula berjaya 'posting'

Tanjong Malim , 20 November - Kejayaan Akmal Madzir , Koordinator MPP Pro Kebajikan 2009/2010 baru-baru ini disusuli pula kejayaan rakan seperjuangannya Nur Aqilah Hanis yang juga merangkap jurucakap mahasiswi MPP Pro Kebajikan mendapat penempatan. Beliau dilaporkan telah mendapat keputusan penempatan sejak beberapa hari lepas melahirkan rasa gembira dan syukur.

Aqilah yang juga mantan MPP Akademik dan Kerjaya sesi 2009/2010 dikatakan antara wakil mahasiswa yang lantang bersuara berhubung beberapa isu kebajikan mahasiswa termasuk isu penempatan 'dibekukan' pada tahun lepas.

Beliau yang memaklumkan perkara tersebut menerusi blog peribadinya menyatakan "Perjalanan saya tidak akan terus berhenti. Insya-Allah saya akan teruskan di sekolah baru pada masa yang ditetapkan di SMK Seri Sentosa, Kuala Lumpur. Rezeki saya di Kuala Lumpur. Saya sedar cabarannya."

Tambahnya, "untuk teman-teman yang bakal memulakan tugas sebagai guru 22.11 nanti, TAHNIAH dan SYABAS kerana kalian merupakan insan terpilih untuk mendidik generasi pelajar-pelajar pada masa kini dan akan datang. Setiap setitis ilmu yang dicurahkan akan menjadi saksi buat kita semua di akhirat kelak, insya-allah. Mulianya tugas guru, perlu ikhlas." ujarnya.

November 17, 2010

Upsikini ucap selamat menyambut Aidil Adha

Seluruh warga kerja upsikini mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha kepada seluruh warga Upsi dan semua pembaca budiman. Semoga hari ‘sembelihan’ kali ini dapat memberikan pengajaran yang berguna kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya dengan penuh rasa ketaqwaan.

‘Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh kepada allah’. ( surah Al-Hajj : 34 )


Teruskan Bersama Upsikini

November 15, 2010

Saya difitnah - Zahar

Tanjong Malim, 15 Nov – Sikap berdiam diri yang diambil oleh Mohd Zahar nampaknya semakin hari semakin parah apabila tiada tanda-tanda isu ini akan senyap. Beliau sebelum ini telah diminta untuk komen kepada salah satu ‘comment’ yang dipostkan oleh seseorang yang memanggilnya dengan gelaran ‘abang’ dalam facebooknya.

Facebook ‘Wan Humairah’ yang telah menimbulkan kontroversi apabila memberitahu kononnya beliau mengenali Mohd Zahar dan sentiasa bermain ‘sms’ dengannya. Hal ini bagaimanapun dinafikan oleh Mohd Zahar yang dihubungi oleh pihak upsikini dan beliau seolah-olah tidak mahu ambil peduli akan perkara fitnah tersebut.

‘saya tak kenal pun siapa wan humairah tu, jangan layan sangat la benda-benda camni, karut je belaka ni’,kata beliau semasa pihak upsikini cuba mendapatkan respon berkaitan isu tersebut.

Tindakan ini dilihat seolah-olah sengaja ditimbulkan bagi menjatuhkan reputasi beliau sebagai Exco MPP. Perang saraf sebegini memang akan berlaku pada saat macam ini, tambahan pula beliau merupakan antara calon yang dijangka akan menyambung tradisi Mahasiswa Pendidik dalam medan politik kampus. Namun perkara ini belum lagi disahkan oleh beliau.

November 13, 2010

Daftar kursus, akademik beri penjelasan, tiada denda lewat daftar- Zahar

Tanjong Malim, 13 November - Bahagian Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mengeluarkan satu penjelasan berhubung masalah pendaftaran kursus yang tidak dapat dilakukan oleh rata-rata pelajar melalui sistem online yang dikatakan telah mendapat pelbagai komen dan rungutan.

Menurut Mohd Zahar Mohamed Nor, Koordinator MPP Mahsiswa Pendidik yang juga merupakan Exco MPP mengatakan pihak akademik telah memaklumkan bahawa masalah yang timbul adalah berpunca daripada server dan proses yang mengalami gangguan yang menyebabkan 'server down'.

Bagi menjelaskan hal berkenaan, beliau menyifatkan bahawa pihak akademik sewajarnya mempertimbangkan beberapa perkara berhubung masalah berkenaan seperti pembatalan denda atas kelewatan pendaftaran disebabkan masalah ini dan mereka sepatutnya membuat penambahbaikan jika ingin meneruskan penggunaan sistem tersebut.

Dalam pada itu, semalam Bahagian Akademik dengan segera telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa pihaknya dan ICT telah berbincang untuk mendapatkan server yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini dan tiada denda yang akan dikenakan kepada para pelajar yang lewat mendaftar dan kesalahan pelajar yang perlu didenda akan dikenal pasti menerusi sistem.

Dalam hal berkaitan, tempoh pendaftaran kursus juga dilanjutkan bermula 4 Disember – 23 Disember bagi semua pelajar semester 1 hingga 8 yang masih belum mendaftar kursus. Tindakan tersebut dikatakan diambil setelah mendapat pelabagai komen dan desakan tak langsung mahasiswa menerusi pelbagai ruang termasuk di Upsikini

November 12, 2010

Kolumnis : Pemain catur dan politik kawalan di kampus Upsi

Ahmad Wafiuddin
12 November

Kepimpinan pelajar yang sewajarnya diangkat sebagai pemimpinan ialah mereka yang mendapat mandat rakyat (mahasiswa kampus). Proses demokrasi kampus yang adil serta jauh dari sistem politik kawalan yang sering kali mengikat leher mahasiswa perlu ditancapkan bagi melahirkan kualiti kepimpinan sebenar.

Pemimpin mahasiswa sejati didokongi bersama oleh suara rakyat ramai, lantas memimpin dengan penuh keberanian seperi mana ungakapan terkenal Mohammad Natsir (gambar mantan PM Indonesia) , “pemimpin tidak lahir dibilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas di kancah, muncul di tengah-tengah pergelutan masalah, menonjol dari kalangan rakan-rakan seangkatannya, lalu diterima dan didukung oleh umat”. Pemimpin pelajar yang kita mahu terutama sekali pelajar Islam perlu ditandai dengan ciri al-mu’minu`qawiyy (mu`min yang kuat) dan keunggulan peribadi al-qawiyyu l amin (watak yang gagah dan amanah).

Nah! Jika kualiti kepimpinan yang berjuang untuk rakyat yang kita mahukan , maka sewajarnya kita berjuang agar mahasiswa dibebaskan oleh sistem politik kawalan. Kawalan tangan-tangan tersembunyi pihak pengurusan yang berkuasa (biasanya individu tertentu HEP atau di universiti) yang dimanifestasikan dari syarat-syarat yang menyempitkan ruang keadilan.

Teropong sahaja dikampus kita (Upsi). Bermacam syarat yang tidak pernah dirasionalkan silih berganti wujud. Kem Kepimpinan Mahasiswa yang diwujudkan JHEPA sebagai prasyarat bagi mereka yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) mungkin menjadi salah satu contoh sistem politik kawalan ini.

Tangan-tangan tersembunyi inilah yang mengawal siapa yang bakal memimpin mahasiswa. Mencatur siapa bakal menjadi King, Queen, Castle, Bishop hinggalah kepada orang bawahan . Itu merupakan kerja bergaji mereka. Mana tidaknya, aku antara mereka yang terlibat dalam satu perjumpaan bersama beberapa pemain catur dalam pengurusan JHEPA menawarkan bertanding dalam PRK dengan bermacam tawaran ganjaran. Jika kita memilih untuk menjadi wakil suara kumpulan atau parti politik dan pihak berkuasa tertentu, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi penyogok atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.

Kesannya, kepimpian yang ada hanya sekadar sahaja. Isu kebajikan mahasiswa tiada yang bersuara. Posting, sistem pendaftaran akademik, isu kebejatan sosial tiada pemimpin mahasiswa yang endah. Kerosakan pendidikan dan pergelutan politik murahan bukan lagi menjadi bahan kritik mereka. Pastinya ungkapan ‘bagai lembu dicucuk hidung mungkin sinonim dengan mereka”.

Usah lagi diungkap untuk melakukan tranformasi pendidikan, menaikkan taraf universiti, melahirkan kepimpinan bitara, mahasiswa pendidik dan lain-lain jika amalan busuk ini masih tak dihapuskan. Mahasiswa Upsi harus sedar, disini temat lahirnya tokoh pejuang watan ini. Jangan dilupa Ibrahim Yaacob, Ghafar Baba dan lain-lain. Siapa yang berani menyahut kata seorang aktivis berbangsa Cina, Soe Hok Gie dengan ungkapan “ lebih baik diasingkan dari menyerah kepada kemunafikan”.

November 10, 2010

Daftar kursus, pelajar merungut Mysis tak boleh masuk

Tanjong Malim, 10 November – Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris hari ini menyatakan rungutan mereka disebabkan berlaku kesukaran dalam proses pendaftaran subjek semester hadapan menerusi laman Mysis. Sistem server Mysis dikatakan masih ‘lembab’ walaupun penggunaan Upsi Jaring sudah berkurangan ekoran ramai pelajar sudah pulang bercuti.

Pelajar juga menyifatkan bahawa mereka mengalami kesukaran untuk ‘add’ subjek kerana ‘server down’ disamping tidak mengetahui apa punca sebenar laman Mysis begitu sukar dimasuki.

Dalam pada itu , kesukaran pendaftaran subjek tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi pelajar dan ada yang memberi komen sinis bahawa “kalau nak add subject, jangan guna Google Chrome, jangan guna Mozilla, jangan guna ‘ internet explorer’, tapi gunalah ‘powerpoint’, ‘conform’ boleh masuk”.

Dalam hal berkaitan,server Mysis dikatakan sering kali lambat apabila pelajar mula mendaftar kursus secara online sejak daripada beberapa semester lepas. Namun, hal yang sama masih lagi berulang.

November 9, 2010

‘Posting’ Sabah: 52 orang ditarik balik penempatan

Tanjong Malim, 9 November – Seramai 52 orang graduan pendidikan yang telah mendapat surat penempatan di Sabah beberapa hari lepas telah ditarik balik ‘posting’ mereka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia atas beberapa sebab tertentu.

Bagi mengesahkan maklumat tersebut, mediawan Upsikini telah menghubungi Bahagian Penempatan KPM bagi mendapatkan beberapa respon berhubung hal berkenaan. Menurut pegawai yang dihubungi, penempatan mereka ditarik balik setelah mendapat maklumat bahawa berlakunya lebihan opsyen di negeri berkenaan (Sabah) dan terpaksa ditarik balik oleh KPM.

Beliau turut menyifatkan bahawa, graduan tersebut telah pun dimaklumkan menerusi panggilan telefon mengenai pembatalan ‘posting’ mereka dan keputusan penempatan baru akan dimaklumkan kemudian iaitu pada 15 November ini. Manakala, berkenaan bilakah tarikh penempatan mereka masih belum diketahui.

Dalam pada itu, rata-rata graduan pendidikan yang telah mendapat surat makluman penempatan di Sarawak pada hari ini turut menyatakan kerisauan mereka berhubung kes berkenaan. Manakala mereka yang belum mendapat keputusan penempatan masih lagi menunggu keputusan yang dijangka keluar pada 15 November ini.

Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2011 , ramai tak tahu syarat bertanding MPP

Tanjong Malim, 9 November – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI telah membuat pengumuman permohonan untuk menyertai Kursus Kepimpinan Mahasiswa sesi 2011/2012 yang mula dibuka namun tidak dinyatakan apakah tujuan kursus tersebut dijalankan seperti sebelum ini.


Pengumuman yang disiar melalui ruangan MyUPSI Portal kira-kira jam 10.16 minit pagi 27 Oktober lalu antara lain memaklumkan pendaftaran bagi mengikuti kursus tersebut telah dibuka dan borang permohonan boleh diambil di Bahagian Pembangunan Pelajar namun tidak dimuat turun melalui portal pelajar. Borang tersebut perlu diserahkan sebelum 20 November ini.

Tindakan tersebut disifatkan beberapa pihak sebagai cubaan menutup bahawa program yang dijalankan merupakan syarat bertanding dalam PRK akan datang yang dijangka diadakan pada Januari tahun hadapan apabila tidak dinyatakan sasaran dan tujuan kursus tersebut.

Tahun lalu, JHEPA juga tidak menyatakan secara terbuka kursus yang dianjur menjadi pra syarat kepada mereka yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang bakal diadakan. Akibatnya hanya golongan tertentu yang terpilih sahaja terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 20010/2010 dilaporkan belum lagi berakhir selama setahun seperti yang termaktub di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

PRK UPSI dijangka berlangsung Januari tahun hadapan dan dijangka ramai pihak antara PRK tumpuan di kalangan IPTA seluruh Malaysia.

PTPTN: Mahasiswa boleh mohon tukar pinjaman 3% kepada biaya 1%

Makluman kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris, pihak PTPN sedang mengemaskini maklumat peminjam bagi menukar caj pinjaman daripada 3% kepada pembiayaan ujrah (upah) 1%. Bagi mana-mana mahasiswa yang masih belum mengemaskini maklumat terbabit anda dikehendaki melayari laman sesawang PTPTN bagi melengkapkan maklumat yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk http ://www.ptptn.gov.my/gateway/ujrah.jsp, sekian.


November 8, 2010

Kolumnis : Razik YDP teruskan legasi kepimpinan paling lemah dalam sejarah UPSI

Adam Fadli
8 November

Selepas hampir satu sesi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Mohd Razik b. Khalid didakwa sebagai Yang Dipertua MPP yang meneruskan legasi kepimpinan paling lemah dalam sejarah UPSI.

Dalam beberapa tinjauan yang dibuat rata-rata mahasiswa di sini tidak mengenali siapa Razik meskipun memegang jawatan nombor satu MPP.

Perlantikan Razik sebagai YDP dilihat sama dengan legasi kepimpinan MPP lepas dibawah Mohamad Hairie bin Abdullah (YDP MPP sesi 2009/2010) yang dilihat paling tidak demokratik di UPSI menjadi antara sebab mengapa beliau tidak begitu dikenali di kalangan mahasiswa. Dengan kemenangan tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat Komunikasi (FTMK), beliau (Razik) menawarkan diri untuk memegang jawatan YDP setelah disokong barisan Pimpinan Bitara dan beberapa pegawai HEP yang bertindak menjadi perancang utama dalam penyusunan kabinet MPP.

Perlantikan beliau juga dikatakan mengulangi sejarah pemilihan MPP 2009/2010 dibawah Hairie (mantan YDP) apabila kesemua calon Umum yang menang dalam pilihan raya kampus (PRK) lalu diketepikan jawatan YDP dan diberikan kepada beliau yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti.

Sepanjang tempoh hampir satu sesi sejak hujung semester 2010, tiada apa-apa pembaharuan yang dilakukan beliau melainkan hanya mengulangi corak kepimpinan terdahulu yang suram. Beliau yang turut dilabel sebagai YDP “copy and paste” dikatakan tidak begitu menyerlah berbanding beberapa ahli MPP lain sejak dari awal memegang jawatan tersebut.

Razik pada ketika ini dikatakan semakin hilang pengaruh dan sering kali dilihat tidak mampu meneruskan tugas-tugas seorang YDP. Timbul juga cakap-cakap yang mengatakan kreadibilitinya sebagai YDP turut dipertikai pihak pentadbir dan rakannya dalam MPP.

Kreadibiliti beliau turut dipertikaikan apabila wujud dakwaan dari presiden persatuan bahawa mereka ingin menubuhkan Gabungan Persatuan Upsi (GPMU) bagi menggantikan MPP yang dilihat kurang berperanan dengan berkesan.

Rekod satu semester sebelum ini bakal membawa kesan kepada kepimpinan beliau dan rakan-rakan dalam Pimpinan Bitara dan memberikan peluang kepada Mahasiswa Pendidik yang dilihat mempunyai kepimpinan mereka yang tersendiri. Namun apa yang kita harapkan dari kedua-dua blok kepimpinan ini ialah sejauh mana mereka mampu membawa suara mahasiswa dalam meningkatkan tahap khidmat mereka. Ini dilihat masih lagi lemah dalam kepimpinan MPP sedia ada.


November 7, 2010

Syarahan malim:'Quality Learning in Higher Education'

Makluman kepada seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris, Unit Latihan, Bahagian Sumber Manusia akan menganjurkan Syarahan Malim yang akan disampaikan oleh Dr. Lim Chong Hin bertajuk 'Quality Learning in Higher Education'seperti butiran berikut :

Tarikh : 10 November 2010 (Rabu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Persidangan,Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki
Penceramah : Dr. Lim Chong Hin (Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia)

Semua warga UPSI adalah dijemput hadir

Ketua Pro-Kebajikan dapat penempatan

Tanjong Malim, 7 November– Ketua Pro Kebajikan, Akmal b. Madzir (gambar) merangkap Koordinator MPP Pro Kebajikan dan juga Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPPUPSI bagi sesi 2009/2010 hari ini telah menyatakan rasa syukur kerana telah mendapat penempatan selepas berjaya menamatkan pengajian dan bergraduat pada Oktober lalu.

Beliau yang memaklumkan perkara tersebut kepada UPSIkini melahirkan rasa syukur dan gembira dengan khabar tersebut dan berharap semua ahli Pro Kebajikan dan pendokong mahasiswa agar jangan takut untuk terus memberi sumbangan dan bakti kepada perjuangan mahasiswa di kampus walau pun dilabel dengan bermacam-macam kata.

“Saya benar-benar bersyukur dan rasa gembira dengan perkhabaran tersebut dan ini menunjukkan bahawa kebergantungan kita kepada Allah, Allah yang memberi rezeki pada kita di samping usaha dan doa yang dipanjatkan dimakbulkan-Nya”,ulasnya.

Katanya "Alhamdulillah, saya mengharapkan agar semua yang berjaya dapat gunakan peluang penempatan ini untuk menjadi pendidik yang terbaik,buktikan bahawa graduan Upsi adalah antara pendidik yang terbaik, murid-murid adalah amanah, jaga amanah dengan baik". Tambahnya lagi, " tidak lupa juga, saya mengucapkan terima kasih kepada KPM dan Upsi atas segala peluang yang diberikan", ujarnya.

Dalam pada itu katanya, beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan MPP Pro Kebajikan yang turut berjaya mendapat penempatan dan tidak lupa ucapan tahniah kepada semua yang berjaya.

November 5, 2010

Presiden persatuan: Tubuh GPMU, ganti MPP

Tanjong Malim, 5 November - Wujud beberapa cadangan dari mahasiswa yang terlibat dalam persatuan agar barisan presiden persatuan Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Gabungan Persatuan Mahasiswa Upsi (GPMU) bagi mengimbangi peranan MPP yang dikatakan kurang menunjukkan prestasi yang baik dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa pada sesi ini.

Cadangan terbabit disifatkan lahir dari rasa kurang puas hati mereka terhadap peranan MPP dalam menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan mahasiswa disamping lemah dalam menyalurkan suara kepada pihak atasan serta wujud kekecewaan berhubung komitmen MPP dalam SDP baru-baru ini.

Dalam pada itu, mereka menyifatkan bahawa sekiranya persatuan-persatuan yang ada di universiti bergabung dan bersatu untuk menyatakan suara mereka berhubung hal-hal yang melibatkan mahasiswa sudah tentu suara itu lebih kuat.

Kursus kepimpinan bakal MPP: JHEPA kelirukan mahasiswa

Tanjong Malim, 5 November - Makluman berhubung tawaran bagi mengikuti kursus kepimpinan mahasiswa sesi 2010/2011 oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pada 27 Okotber (rujuk disini) lepas telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan mahasiswa disini. Kursus tersebut yang kebiasaannya merupakan pra syarat bagi mereka yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak dinyatakan dengan jelas.

JHEPA dikatakan menggunakan taktik mengelirukan mahasiswa sama dengan sesi pemilihan lepas dimana butiran kursus tidak dinyatakan awal dan tidak jelas. Kekeliruan terbabit ditimbulkan adalah berhubung beberapa perkara termasuk tidak dinyatakan bahawa kursus tersebut adalah syarat bertanding dalam MPP dan tarikah kursus tersebut turut tidak dinyatakan.

Tindakan tidak profesional ini disifatkan mempunyai motif tersembunyi JHEPA bagi mematikan demokrasi kampus yang adil. Sewajarnya hal tersebut perlu dijelaskan secara tepat kepada seluruh mahasiswa kampus tanpa membuat pengumuman umum yang mengelirukan. Rata-rata mahasiswa yang mempunyai keinginan untuk menjadi pemimpin tidak mengetahui hal terbabit dan ini telah mematikan proses keadilan dalam demokrasi kampus.

Dalam pada itu, pada sesi pemilihan lepas, terdapat banyak isu yang melanggar norma-norma keadilan dalam pemilihan wakil pelajar dimana mereka yang tidak mengikuti kursus yang menjadi syarat bertanding telah dibenarkan bertanding. JHEPA dikatakan sekali lagi menggunakan taktik yang sama mengelirukan mahasiswa.

Amin ucap tahniah kepada yang berjaya 'posting'

Tanjong Malim, 5 November - Mohd Amin Mat Sidik yang juga merupakan Exco Akademik MPP mengucapkan tahniah kepada graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah berjaya mendapat keputusan penempatan masing-masing sejak beberapa hari lepas.

Mohd Amin mengatakan bahawa , sejak beberapa hari lalu beliau banyak menerima pertanyaan daripada 'abang-abang' dan 'kakak-kakak' berhubung bila 'posting'. Memandangkan semua pihak yang dihubungi termasuk TNCA dan KPM tidak memberi respon beliau tidak dapat memberi jawapan yang jelas, katanya. Ramai dari graduan pada kali ini bakal ditempatkan di Sarawak disamping beberapa tempat di semenanjung.

Dalam hal berkaitan, graduan Upsi yang telah mendapat keputusan penempatana masing-masing sejak beberapa hari lepas bakal mendaftarkan diri disekolah masing-masing pada 22 November ini. Upsikini juga mengucapkan sekalung tahniah buat anda semua!

SDP: Presiden persatuan tak puas hati MPP tak hadir

Tanjong Malim, 5 November - Sidang Dewan Pendidik yang merupakan medium bagi pemimpin mahasiswa Upsi menyatakan isu kebajikan baru-baru ini telah menimbulkan persoalan dari barisan presiden persatuan. Mereka dikatakan mempertikaikan komitmen MPP yang disifatkan 'tak buat kerja' kerana tidak hadir dalam program terbabit.

Walau bagaimana pun barisan MPP yang tidak hadir yang dikatakan majoritinya dari Pimpinan Bitara telah menafikan hal terbabit dan menyifatkan mereka mempunyai komitmen lain yang perlu diuruskan. Namun, wujud dakwaan mereka (preiden persatuan) bahawa sepatutnya SDP adalah program utama yang perlu disertai oleh MPP kerana ianya membincangkan isu mahasiswa dan kebajikan.

Mereka mengatakan bahawa "SDP program wajib untuk MPP, apa salahnya kami dari Presiden Persatuan menyenaraikan nama MPP yang hadir supaya mahasiswa tahu siapa MPP yang hadir, maaflah kalau kami dari Presiden ini menganggap MPP yang hadir ini sebenarnya yang banyak buat kerja, cuma ingat satu sahaja,kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau takut dengan tanggungjawab lebih baik jangan bertanding MPP, MPP untuk kebajikan bukan untuk syok sendiri"

Dalam pada itu, wujud dakwaan mahasiswa yang mempersoalkan tentang sejauh mana perkara yang disuarakan oleh mahasiswa dalam sidang tersebut diambil tindakan oleh pihak atasan termasuk isu akademik kebajikan dan lain-lain.

Upsikini ucap selamat menyambut Deepavali

Kami barisan mediawan Upsikini mengucapkan selamat menyambut perayaan Deepavali kepada semua mahasiswa dan seluruh warga kampus Universiti Pendidikan Sultan Idris khususnya bagi pengnut agama Hindu. Semoga cahaya Deepavali yang disambut menatijahkan kejayaan, keadilan dan kebaikan serta meruntuhkan kerosakan dan kejahatan.

October 31, 2010

Sidang Dewan Pendidik “Panas”

Tanjong Malim, 31 Okt- Sidang Dewan Pendidik ‘SDP’ telah berjaya dilangsungkan setelah begitu lama ditunggu oleh seluruh pimpinan pelajar. Medium tersebut merupakan satu pentas perbincangan terbaik kerana segala masalah boleh diadu terus kepada pihak yang sepatutnya.

Pengarah program, Noranoo Ariffin merangkap Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPP mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir semalam kerana tanpa mereka sudah tentu program pada hari ini tidak dapat dijalankan. Walaupun ramai pelajar telah balik ke kampong, tetapi kehadiran para sidang dewan dalam ‘SDP’ semalam menunjukkan komitmen mereka terhadap permasalahan mahasiswa. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai yang hadir kerana sanggup meluangkan masa bersama kami, ujarnya menerusi email.

Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor turut menyatakan rasa gembira diatas kejayaan sidang yang berlangsung selama saparuh hari semalam. “Sidang agak panas seketika apabila usul berkaitan pendaftaran kursus daripada saudara Redzuan (Pengerusi Sekretariat Rukun Negara) dibahas.” Saya juga turut mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut kerana keadaan yang agak kronik melanda para pelajar apabila bermulanya masa pendaftaran kursus. Kita mintak bahagian akademik semak balik sama ada sistem yang digunakan ini patut diteruskan atau kembali kepada sistem yang lama. Hal ini adalah kerana demi kebajikan mahasiswa, ujarnya lagi. Keadaan menjadi tegang apabila ramai yang bangun untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem tersebut menyebabkan speaker dewan terpaksa menyekat laluan kerana masa yang terbatas.

Walaubagaimanapun beliau melahirkan rasa kesal dengan kehadiran MPP yang amat sedikit. Hanya 10 orang yang hadir sedangkan kita membawa masalah mahasiswa. “saya berharap agar pada masa akan datang MPP dapat menyertai sidang seperti ini demi kebaikan bersama,” tambah beliau dalam email tersebut. Sidang yang bermula sekitar 9.40 pagi itu selesai setelah semua usul dibaca pada pukul 2.10 petang.