
Nah! Jika kualiti kepimpinan yang berjuang untuk rakyat yang kita mahukan , maka sewajarnya kita berjuang agar mahasiswa dibebaskan oleh sistem politik kawalan. Kawalan tangan-tangan tersembunyi pihak pengurusan yang berkuasa (biasanya individu tertentu HEP atau di universiti) yang dimanifestasikan dari syarat-syarat yang menyempitkan ruang keadilan.
Teropong sahaja dikampus kita (Upsi). Bermacam syarat yang tidak pernah dirasionalkan silih berganti wujud. Kem Kepimpinan Mahasiswa yang diwujudkan JHEPA sebagai prasyarat bagi mereka yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) mungkin menjadi salah satu contoh sistem politik kawalan ini.
Tangan-tangan tersembunyi inilah yang mengawal siapa yang bakal memimpin mahasiswa. Mencatur siapa bakal menjadi King, Queen, Castle, Bishop hinggalah kepada orang bawahan . Itu merupakan kerja bergaji mereka. Mana tidaknya, aku antara mereka yang terlibat dalam satu perjumpaan bersama beberapa pemain catur dalam pengurusan JHEPA menawarkan bertanding dalam PRK dengan bermacam tawaran ganjaran. Jika kita memilih untuk menjadi wakil suara kumpulan atau parti politik dan pihak berkuasa tertentu, maka yang akan menang bukanlah pelajar tetapi penyogok atau penyumbang kepada kumpulan tersebut.
Kesannya, kepimpian yang ada hanya sekadar sahaja. Isu kebajikan mahasiswa tiada yang bersuara. Posting, sistem pendaftaran akademik, isu kebejatan sosial tiada pemimpin mahasiswa yang endah. Kerosakan pendidikan dan pergelutan politik murahan bukan lagi menjadi bahan kritik mereka. Pastinya ungkapan ‘bagai lembu dicucuk hidung mungkin sinonim dengan mereka”.

3 comments:
bukan apa.. itu je yg ada.. yg lain lagi la hampagas.. plus.. yg nampak bagus pun sebanrnya tak bagus mana
Jangan jadi:
Pemimpin U - Harapkan pagar, pagar makan ubi.
MPP - Orang mengantuk disurungkan bantal.
Mahasiswa - Mendengar guruh di langit air tempayan dicurahkan.
- puteri bikmama.
Di dalam mengurus kebitaraan pelbagai aspek yang saling tidak kurang pentingnya berbanding yang lain hendaklah dipakubesikan di benak dan sanubari mahasiswa. Sudah tiada masa untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak berkonvensyen tanpa pengaplikasian resolusi menjadi realiti. Ingatlah, jatuh bangunnya generasi mendatang adalah impak terbesar dari generasi yang beraksi di tika ini.
-ibnusuhaili88-
Post a Comment