December 2, 2013

Abdul Hakim: Setiap pimpinan baru (MPP) adalah pemimpin

Tanjong Malim, 2 Disember - Abdul Hakim Wan Mohd Nor, wakil Mahasiswa Pendidik (MP) yang memenangi undi popular pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 28 November lalu mengingatkan kepimpinan baru MPPUPSI bahawa mereka adalah pemimpin.

Katanya "perlu ditekankan disini setiap pimpinan baru hatta siswa dan siswi sendiri kita adalah pemimpin"

Beliau mengingatkan bahawa setiap dari kita adalah pemimpin dan bertanggungjawab dengannya " Kullukum Rai', Wakullukum Mas' ulun a'n ra'iyyati. " -setiap daripada kita ialah pemimpin,dan setiap daripada kita akan ditanya dengan kepimpinan itu" ujar beliau menerusi laman sosial Facebook.

Abdul Hakim: MPP 'bergerak kerja bersama'

Tanjong Malim, 2 Disember - Abdul Hakim Wan Mohd Nor, wakil Mahasiswa Pendidik (MP) yang memenangi undi popular pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 28 November lepas dilaporkan bersedia bergerak kerja bersama kepimpinan baru MPPUPSI.

Katanya "  (saya) menunggu tempoh yang bakal tiba untuk bergerak kerja bersama pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar yang baru, mohon doa seluruh siswa dan siswi agar kebersamaan wujud antara kami. " ujarnya menerusi laman sosial Facebook.

Dalam hal berkaitan, kabinet MPPUPSI setakat ini masih belum dibentuk. Namun ada suara yang mencadangkan agar calon menang undi popular(undi tertinggi) perlu dilantik sebagai YDP MPP.


Teater Renjong: Pembunuhan Dalam Politik

Tanjong Malim, 2 Disember - Teater Renjong bertajuk Pembunuhan Dalam Politik karya Mana Sikana akan dipentaskan pada 7 Disember 2013 bertempat di Dewan Besar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Teater tersebut dianjurkan oleh mahasiswa krusus BSK 2013: Drama dan Amali Seni Lakonan. Semua dijemput hadir.

December 1, 2013

PBS: Guru hantar surat pada menteri

Tanjong Malim, 1 Disember -  Suara Guru-Masyarakat Malaysia (SGMM)dilaporkan menghantar surat rasmi kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menuntut selesaikan masalah PBS segera.

Menurut Sinar Harian, SGMM memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengadakan mesyuarat khas mencari jalan penyelesaian bagi masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).

Ketua Jawatankuasa Bertindak gerakan tersebut, Mohd Nor Izzat Mohd Johari yang juga graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan menyuarakan perkara itu melalui surat rasmi yang dihantar kepada Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Katanya yang dipetik dari Sinar Harian“Saya mohon Tan Sri Muhyiddin bersama Menteri II, Timbalan Menteri I dan II, Ketua Pengarah KPM dan Bahagian Kurikulum KPM untuk menjemput SGMM mengadakan mesyuarat khas mencari jalan penyelesaian bagi masalah PBS dan SPPBS.

“Semua sedia maklum bahawa masalah PBS dan SPPBS semakin meruncing dan mendatangkan masalah kepada semua guru, murid-murid dan ibu bapa dalam meneruskan sistem yang dianggap menjadikan murid sebagai tikus makmal,” katanya yang dipetik dari surat berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap Muhyiddin memberi peluang kepada para guru untuk memberi cadangan secara terbuka.

Mohd Nor Izzat juga merupakan ‘admin’ bagi sebuah page laman sosial Facebook ‘Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan’.

Sebelum ini, isu PBS dan SPPBS menarik perhatian apabila ramai guru yang mengadu terbeban dengan sistem tersebut ekoran pelbagai masalah termasuk sistem server yang terlalu lembap.

Terbaru, dalam rangka menambah baik sistem tersebut, capaian SPPBS akan ditangguhkan mulai hari ini sehingga 31 Disember dan akan dibuka semula mulai 1 Januari hingga 31 Januari depan." ujar Sinar Harian.

Pinggir jati diri 'pendidikan', UPSI mula dipertikai dan diceroboh

Tanjong Malim, 1 Disember - Isu status Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai satu-satunya universiti pendidikan negara menjadi perhatian akademia apabila fungsi dan peranannya mula dipinggirkan.

Menurut mantan Dekan Fakulti Seni Muzik, Dr Ahmad Suhaimi, " kalau fungsi dan peranan (UPSI) mula dipinggirkan, bermakna wilayah jati dirinya sebagai " Sultan Idris Education University mula dipertikai dan dicerobohi."

Katanya, " yang ada pada kita (UPSI) ialah nama sahaja iaitu "the education university atau 'the royal university," yang melahirkan bakal pendidik di seluruh negara sejak zaman SITC, MPSI dan IPSI".


Dengan nada kritis, beliau turut menyatakan "Nak lawan universiti Malaya kita jauh tertinggal..nak lawan 3 lagi universiti penyelidikan juga kita jauh tertinggal, nak kejar mereka, mereka jauh terkehadapan, nak hebat dalam bidang sains USM dah ada, nak hebat dalam bidang kebahasaan, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu UKM dah ada, nak hebat dalam bidang pengurusan UUM dah ada"

" Nak hebat dalam bidang teknik dan vokasional UPM dah ada, nak hebat dalam bidang Seni dan Muzik UiTM dah ada."

Beliau menyatakan keistimewaan universiti pendidikan wajar dipertahankan "yang ada pada kita ialah nama sahaja iaitu "the education university@the royal university" yang melahirkan bakal pendidik di seluruh negara sejak zaman SITC, MPSI dan IPSI " 





Mantan dekan: UPSI pernah dicadang jadi badan induk IPG

Tanjong Malim, 1 Disember - Mantan Dekan Fakulti Seni Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor menyatakan bahawa UPSI pernah dicadangkan untuk bergabung dan menjadi badan induk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, namun bertemu kegagalan.

Menurut beliau yang dipetik dari Facebook, " Dalam rekod penubuhan UPSI pada 1 Mei 1997 saya adalah antara 20 orang pensyarah awal ( rujuk kenyataan Datuk Rosli pendaftar dalam Berita Kampus, interview Ismail Man dengan Datuk Pendaftar)-yang terlibat.

Katanya "isu mengenai status penggabungan dengan IPG telah pun terdengar sewaktu VC (Vice Cancelor) pertama Datuk Dr Ashaari Che Mat ( kebetulan beliau adalah bekas Pengetua IPSI)"

"Ura-ura UPSI menjadi Induk dan IPG menjadi cawangannya semakin kuat kedengaran..tapi sayangnya dan di mana silapnya isu itu terus berterbangan bila kononnya tangan-tangan baru mengambil alih."

Ujarnya lagi ".rakan-rakan dari IPG (kebetulan saya sempat mengajar era MPSI, IPSI dan kini UPSI ) berbisik ", UPSI sekarang sombong nampak"...Hati-hati dan jiwa yang terluka itu tidak duduk diam, mereka terus menapak, perlahan-lahan langkah demi langkah, yang cantiknya pihak tertinggi IPG ( masa itu mereka belum ada senat) menjemput saya menjadi panel untuk menggubal ijazah perguruan Pendidikan Seni (ketika itu saya Dekan Fakulti Seni dan Muzik). "

Menurut belaiu lagi, Prof Zakaria Kasa ( sekarang VC UPSI ) dari Fakulti Pendidikan UPM juga dijemput, akhirnya IPG terus berkembang pesat di bawah KPM dan UPSI bernaung di bawah KPT.

Dalam pada itu, katanya isu penempatan graduan UPSI juga tidak selesai walau pun sudah dinaungi KPM "Bila KPT lupus, UPSI sebagai badan berkanun pun beralih arah di bawah pelukan KPM, kononnya bila kembali kepelukan KPM, isu 'posting' graduan UPSI akan selesai, rupa rupanya tidak " ujar beliau lagi.