December 1, 2013

Mantan dekan: UPSI pernah dicadang jadi badan induk IPG

Tanjong Malim, 1 Disember - Mantan Dekan Fakulti Seni Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor menyatakan bahawa UPSI pernah dicadangkan untuk bergabung dan menjadi badan induk Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG) dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, namun bertemu kegagalan.

Menurut beliau yang dipetik dari Facebook, " Dalam rekod penubuhan UPSI pada 1 Mei 1997 saya adalah antara 20 orang pensyarah awal ( rujuk kenyataan Datuk Rosli pendaftar dalam Berita Kampus, interview Ismail Man dengan Datuk Pendaftar)-yang terlibat.

Katanya "isu mengenai status penggabungan dengan IPG telah pun terdengar sewaktu VC (Vice Cancelor) pertama Datuk Dr Ashaari Che Mat ( kebetulan beliau adalah bekas Pengetua IPSI)"

"Ura-ura UPSI menjadi Induk dan IPG menjadi cawangannya semakin kuat kedengaran..tapi sayangnya dan di mana silapnya isu itu terus berterbangan bila kononnya tangan-tangan baru mengambil alih."

Ujarnya lagi ".rakan-rakan dari IPG (kebetulan saya sempat mengajar era MPSI, IPSI dan kini UPSI ) berbisik ", UPSI sekarang sombong nampak"...Hati-hati dan jiwa yang terluka itu tidak duduk diam, mereka terus menapak, perlahan-lahan langkah demi langkah, yang cantiknya pihak tertinggi IPG ( masa itu mereka belum ada senat) menjemput saya menjadi panel untuk menggubal ijazah perguruan Pendidikan Seni (ketika itu saya Dekan Fakulti Seni dan Muzik). "

Menurut belaiu lagi, Prof Zakaria Kasa ( sekarang VC UPSI ) dari Fakulti Pendidikan UPM juga dijemput, akhirnya IPG terus berkembang pesat di bawah KPM dan UPSI bernaung di bawah KPT.

Dalam pada itu, katanya isu penempatan graduan UPSI juga tidak selesai walau pun sudah dinaungi KPM "Bila KPT lupus, UPSI sebagai badan berkanun pun beralih arah di bawah pelukan KPM, kononnya bila kembali kepelukan KPM, isu 'posting' graduan UPSI akan selesai, rupa rupanya tidak " ujar beliau lagi.

No comments: