May 31, 2010

Konvoi Gaza: Warga UPSI disaran untuk solat hajat dan qunut nazilah

Tanjong Malim, 31 Mei- Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) disaran untuk mendirikan solat hajat dan memanjatkan doa qunut nazilah selepas konvoi bantuan ke Gaza diserang oleh pasukan komando Israel.

Menurut sumber, anggota konvoi telah diserang oleh helikopter tentera Israel dan menyebabkan 16 orang anggota konvoi Gaza-Freedom Flotilla yang menaiki kapal Mavi Marmara tersebut meninggal dunia dan hampir 30 orang cedera.

Ketua Penerangan Pro Kebajikan UPSI ketika ditanya berkata, semua warga UPSI mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam Israel ini dan menyeru kepada seluruh warga UPSI untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anggota konvoi kemanusiaan Gaza yang dalam misi kemanusiaan ke Palestin.

“Saya ingin menyeru kepada semua warga USPI khusunya dan Malaysia amnya, marilah kita sama-sama melaksanakan solat hajat untuk memohon kepada Allah keselamatan anggota konvoi yang sedang dalam perjalanan ke sana dan kita memanjatkan doa qunut nazilah supaya Allah menghancurkan pasukan tentera Israel,” tegasnya.

“Janganlah kita hanya duduk diam sahaja tanpa memikirkan nasib sahabat-sahabat kita di sana. Moga-moga dengan iringan doa kita, anggota konvoi dapat mencapai misi untuk memberikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza. Dan moga-moga ini juga menjadi saksi di hadapan Allah kelak,” tambahnya lagi.

Konvoi bantuan ini mengandungi 7 buah kapal dan memulakan perjalanan dari Laut Mediterranean tetapi mula dikepung dan setakat ini hanya Kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera Israel.

May 30, 2010

MASUM: Pasukan bola sepak UPSI kurang menyerlah

Tanjong Malim,30Mei- Pasukan bola sepak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mewakili universiti ke Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) baru-baru ini dikatakan kurang menyerlah berbanding tahun lalu apabila hanya muncul Johan bagi kategori ‘Loser Pool’.

Menurut sumber, pasukan UPSI telah tewas pada pusingan kedua. Setelah itu, pasukan UPSI menyertai kategori ‘loser pool’ dan berjaya muncul sebagai johan. Pencapaian tahun ini dikatakan kurang menyerlah berbanding tahun lalu, iaitu pasukan UPSI berjaya muncul sebagai naib johan kategori ‘winner pool’.

Katanya lagi, pihak penganjur amat mengharapkan pasukan UPSI bertemu dengan johan ‘winner pool’ pada tahun ini iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM) di peringkat akhir, namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan UPSI apabila tewas hanya dengan penentuan sepakan penalti dengan pasukan Universiti Malaya (UM) pada pusingan kedua untuk melayakkan diri ke kategori 'winner pool'. Pada pertemuan akhir tersebut, UiTM berjaya menewaskan pasukan UIAM dengan kemenangan 5-0.

Menurut Ketua Penerangan Pro-Kebajikan yang ditemui berkata, beliau mengharapkan agar pasukan bola sepak UPSI lebih menyerlah dan beliau turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dikecapi. Beliau juga berdoa agar pasukan UPSI akan berjaya memperoleh kejuaraan pada masa-masa akan datang.

“Majulah Sukan untuk Negara”

May 24, 2010

MPP : Perberlanjaan besar diperlukan ke Kemboja


Tanjong Malim , 24 Mei - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPSI di bawah Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa dilaporkan memohon sumbangan bagi menampung perbelanjaan dan peralatan untuk melaksanakan program khidmat masyarakat antarabangsa di Kemboja pada 7-12 Jun ini.

Program terbabit dikatakan memakan belanja yang besar dan memerlukan sumbangan dari beberapa pihak.

Menurut Exco Perhubungan Awam, Noranoor Arifin, perbelanjaan agak besar diperlukan untuk membeli peralatan dan keperluan yang akan disumbangkan kepada masyarakat disana, maka pihak MPP amat berbesar hati jika pelbagai pihak dapat memberi sedikit sumbangan berbentuk wang tunai, barangan terpakai seperti pakaian solat (telekung dan kain pelekat), pakaian harian dan barangan lain yang dirasakan sesuai.

Dalam hal berkaitan, khidmat masyarakat ke Kemboja terbabit dikatakan program kali ke-3 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang diadakan ditempat yang sama.

May 22, 2010

NUTP sifatkan lesen perguruan belum sesuai dilaksana

Tanjong Malim, 22 Mei – Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mohd Puad Zarkasyi hari ini mencadangkan supaya guru disyaratkan memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion perguruan serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, menyifatkan negara belum bersedia untuk mengamalkan perkara terbabit kerana masih ada perkara lain membabitkan pendidikan yang masih belum mencukupi, termasuk prasarana.

Katanya, mewajibkan guru mempunyai lesen bermakna perlu ada badan atau unit khas yang perlu memantau perjalanan kaedah itu, termasuk memastikan guru yang tiada lesen, kehilangan lesen atau lesen palsu.

“NUTP berpendapat adalah lebih baik wang yang dicadangkan untuk membayar pekerja badan khas yang mengawal hal berkaitan lesen perguruan digunakan untuk memajukan bidang lain yang masih ketinggalan di sekolah terutama di luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, koordinator MPP Pro-Kebajikan Mohd Zahar menyifatkan cadangan tebabit adalah baik sekiranya dirancang dalam jangka panjang. Katanya “ cadangan tadi adalah baik jika dirancang untuk jangka masa panjang, buat masa sekarang lebih baik KPM fokus untuk tingkatkan kualiti guru-guru dengan menyediakan latihan profesional dan tekankan pendidikan moral dan akhlak guru jika ingin menyelesaikan masalah-masalah berbangkit berkaitan profesion perguruan” ulasnya.



Semester 8: Keputusan praktikum boleh disemak bermula 16 Jun

Tanjong Malim, 22 Mei - Keputusan rasmi bagi pelajar Semester 8 yang telah menjalani praktikum dikatakan akan diumumkan pada 16 Jun ini.

Menurut e-mail yang diterima Upsikini daripada Mohd Amin, Exco Akdemik dan Kerjaya MPP, beliau telah menghubungi pegawai Bahagian Akademik Universiti Pendidikan Sultan Idris, En. Ridzuan Donial dan diberitahu bahawa keputusan peperiksaan (praktikum) bagi pelajar semester 8 akan dikeluarkan pada 16 Jun ini.

Dalam hal berkaitan, menurut sumber tidak rasmi, konvokesyen bagi pelajar Semester 8 pada kali ini akan berlangsung lewat dari tarikh kebiasaan pada bulan Ogos. Menurut sumber tidak rasmi terbabit, konvokesyen akan berlangsung pada November ini.

May 21, 2010

Keputusan 'exam' boleh disemak hari ini

Tanjong Malim, 21 Mei - Makluman kepada seluruh mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris bahawa keputusan peperiksaan bagi Semester 2 sesi 09/10 telah dikeluarkan dan boleh disemak bermula hari pada hari ini menerusi SMS atau laman Mysis.

Makluman terbabit diterima Upsikini lewat petang tadi dari Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI, Mohd Amin Mat Sidik yang menyatakan bahawa keputusan peperiksaan telah pun dikeluarkan secara rasmi pada hari ini selepas berlangsung 'meeting' senate semalam.

Dalam pada itu, Mohd Amin menyifatkan tindakan universiti menerusi Bahagian Akademik dan barisan pensyarah wajar dipuji ekoran keputusan peperiksaan pada kali ini dikeluarkan lebih awal dari tempoh yang dijangka.

Katanya, "kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada universiti , Bahagian Akademik dan semua pensyarah kerana telah berusaha untuk mengeluarkan keputusan lebih awal dari tempoh sebelum ini. Ini memudahkan mahasiswa pada sesi depan untuk mendapat kredit pinjaman lebih awal."

Dalam hal berkaitan, semalam Upsikini melaporkan keputusan 'exam' dijangka akan dikeluarkan dua minggu selepas 'meeting' senate, namun ianya telah dikeluarkan lebih awal dari tempoh jangkaan.

May 20, 2010

'Meeting senat' hari ini, 'result' dijangka dua minggu

Tanjong Malim , 20 Mei - Ahli senat Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terdiri daripada NC, TNC, dekan-dekan dan para profesor dikatakan bersidang pada hari ini bagi membincangkan beberapa perkara termasuk keputusan peperiksaan semester 2 sesi 2009/10.

Menurut sumber yang diterima Upsikini, 'meeting' terbabit dikatakan turut membincangkan keputusan peperiksaan yang telah siap diperiksa dan menunggu kelulusan senate untuk diumumkan kepada seluruh mahasiswa dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu, pengesahan rasmi mengenai tarikh keputusan dikeluarkan belum diterima Upsikini. Namun, menurut jangkaan ianya akan dikeluarkan dua minggu selepas mesyuarat senat berlangsung.

Dalam hal berkaitan, keputusan peperiksaan pada semester 1 09/10 lalu telah menimbulkan pelbagai masalah kepada mahasiswa ekoran lewat dikeluarkan. Pada kali ini , dikatakan keputusan terbabit akan dikeluarkan lebih awal berbanding tempoh sebelumnya.

May 19, 2010

Pro kebajikan sokong bebas 4 siswa UKM

Tanjong Malim, 19 Mei- Pro Kebajikan UPSI hari ini mengeluarkan kenyataan sokongan terhadap pembebasan 4 siswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa di Mahkamah Universiti UKM atas pertuduhan melakukan kesalahan menyalahi undang-undang seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti.

Menurut Jurucakap Pro Kebajikan, Akmal Madzir, pihak beliau juga terkejut dan terkilan atas dakwaan yang dikenakan terhadap 4 siswa terbabit.

“Kita berasa cukup hairan, mengapa perlu disabitkan pertuduhan ke atas 4 siswa terbabit? Pertamanya mereka adalah mahasiswa jurusan Sains politik dan yang keduanya mereka adalah Majlis Tertinggi Kelab Sains Politik UKM. Kami juga mengira bahawa mereka sememangnya patut diberikan kebenaran untuk turun ke lapangan sebenar kerana perkara ini (Pilihan Raya) merupakan salah satu praktikal bagi mereka,” katanya.

Tambahnya, dengan menyekat dan mengenakan tuduhan terhadap mahasiswa tersebut, hal ini akan membantutkan perkembangan ilmu kepolitikan dalam diri mereka.

“Adakah pihak pentadbiran sememangnya ingin melahirkan graduan yang hanya tahu teori tanpa praktikal? Saya kira ini bukan membantu tapi membantutkan minda dan pemikiran mahasiswa,” katanya lagi.

Semalam, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) telah mengadakan satu sidang media berikutan daripada kes mahasiswa UKM yang disabitkan atas tuduhan melibatkan diri dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor. Mereka yang disabitkan adalah, Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Woon King Chai.

Amin sifatkan cadangan ’25 setiap kelas’ perlu sedia lebih guru

Tanjong Malim, 19 Mei – Cadangan jawatankuasa khas mengkaji bebanan guru di sekolah yang dinyatakan semalam wajar dinilai dengan teliti oleh badan berkenaan sekiranya ingin dilaksanakan. Pelbagai pihak di kalangan mahasiswa memberi respon positif terhadap cadangan terbabit sekiranya Kementerian Pelajaran bersedia menyediakan lebih ramai guru.

Menurut Mohd Amin Mat Sidik, Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI , kita di peringkat mahasiswa bersetuju dengan cadangan mengehadkan jumlah pelajar kepada 25 murid bagi setiap kelas memandangkan ianya sudah lama dilaksanakan di Negara maju seperti di Amerika dan Australia.

Katanya, “ di Los Angeles dan Australia kadar bilangan penempatan pelajar dalam sesebuah kelas adalah sekitar 20 hingga 25 orang dan ianya memberikan kemudahan kepada guru dalam menguruskan bilik darjah serta dapat memberi lebih tumpuan mendidik pelajar manakala dalam Islam turut dianjurkan pendidikan secara talaqqi (seorang guru dengan seorang murid) untuk lebih berkesan”

Tambahnya “menurut guru sosiologi sejarah dunia , Christine Warner, dengan pelajar berjumlah 40 orang atau lebih dalam sesebuah kelas, adalah sukar bagi guru di mana-mana pun untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajarnya".

Sekiranya cadangan tersebut ingin dilaksanakan, sewajarnya ia akan mengurangkan bebanan guru di sekolah dan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bukannya memberi lebih tekanan kepada guru dengan terpaksa menguruskan lebih banyak kelas” ujarnya.

Dalam hal berkaitan , Amin menyifatkankan cadangan tersebut adalah baik sekiranya disusuli dengan penambahan guru untuk mengurangkan bebanan dan beliau kurang yakin KPM akan menambah jumlah guru dalam masa terdekat ini.

MPP 09/10 berlepas ke Kemboja

Tanjong Malim, 19 Mei - Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sidang 2009/10 dilaporkan akan berlepas ke Kemboja pada 7 Jun ini dalam satu siri program yang dianjurkan oleh mereka bersama universiti. Program yang dinamakan Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja itu merupakan program kali ke-3 yang diadakan ditempat yang sama.

Menurut Noranoor Arifin, Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPPUPSI, tujuan program tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada kepimpinan mahasiswa tentang isu global dan berkongsi kefahaman tentang perbezaaan budaya antara etnik Kemboja disamping memberi khidmat kepada masyarakat disana.

Dalam pada itu, menurut Ketua Penerangan Pro-Kebajikan , pemimpin mahasiswa kini tidak perlu untuk terikut-ikut dengan rentak sama MPPUPSI yang tidak membawa satu idea baru yang boleh memberi kesan kepada seluruh mahasiswa bukan hanya kepada segelintir pihak sahaja.

Dalam hal berkaitan, Koordinator MPP Pro-Kebajikan, Zahar menyifatkan bahawa program terbabit adalah susulan daripada bantuan yang diberikan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi membina sekolah disana. Beliau menyifatkan program terbabit cukup baik namun katanya selaku pemimpin mahasiswa seharusnya mereka perlu memikirkan manfaat program terbabit kepada seluruh mahasiswa.

“Kita sebagai mahasiswa sering terikut-ikut dengan rentak yang dikatakan ala melancong MPP lepas apabila ke luar negara, tetapi jarang sekali menyebarkan hasil dari lawatan dan khidmat disana kepada seluruh mahasiswa ”, ulasnya.

Program ke Kemboja tersebut dikatakan akan berlangsung selama seminggu yang membabitkan seluruh barisan MPPUPSI dan pegawai-pegawai pengiring universiti.

May 16, 2010

Upsikini ucap Selamat Hari Guru

Warga kerja UPSIkini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh guru -guru dan pensyarah-pensyarah khususnya dari UPSI.

Untuk itu pihak UPSIkini juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru dan pendidik yang setia bersama Upsikini . Semoga terus tabah dan gigih dalam mendidik generasi kearah mendaulatkan agama, bangsa dan Negara.

Selamat Hari Guru

"Guru Pembina Negara Bangsa"

Persidangan Serantau Pendidikan Islam

Universiti Pendidikan Sultan Idris dibawah Jabatan Pendidikan Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan akan menganjurkan satu persidangan yang dinamakan sebagai Persidangan Serantau Pendidikan Islam pada Julai ini.

Persidangan yang bertemakan 'Pendidikan Islam Holistik, Menangani Cabaran Global' itu bakal diadakan pada 24-25 Julai bertempat di Hotel Holiday Inn, Shah Alam Selangor. Justeru , sebarang maklumat berkaitan program boleh dilayari menerusi laman rasmi Persidangan Serantau Pendidikan Islam 2010 (klik disini).


May 15, 2010

Pro-Kebajikan : Slot kerohanian beri nafas baru MSK

Tanjong Malim , 16 Mei - MPP Pro-kebajikan atau dikenali sebagai ‘Mahasiswa Pendidik’ yang menjadi sebutan ramai warga UPSI selepas gelombang baru Pilihan Raya Kampus tahun lalu mengeluarkan kenyataan bahawa Minggu Suai Kenal (MSK) ambilan sesi 2010/2011 bakal dimasukkan slot kerohanian.

Ketua Penerangannya dalam kenyataan ringkas yang dihantar ke UPSIkini lewat tengah hari tadi mengatakan persetujuan dengan tindakan mengadakan slot kerohanian dalam MSK memandangkan sebelum ini ianya belum pernah diwujudkan.

Koordinator MPP Pro-Kebajikan, Zahar yang juga Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah menyifatkan bahawa slot kerohanian telah memberi nafas baru kepada MSK pada kali ini memandangkan sebelum ini kita lihat pengisian MSK tidak seimbang dengan pengisian membentuk sahsiah.

Katanya, slot kerohanian dipersetujui untuk dijadikan salah satu pengisian MSK pada kali ini setelah kita mencadangkan kepada sekretariat supaya mewujudkannya memandangkan ianya merupakan perkara yang amat penting bagi membentuk sahsiah mahasiswa.

Tambahnya, cadangan terbabit merupakan satu usaha dari kami untuk membentuk pemikiran baru mahasiswa UPSI di samping meletakkan tanggungjawab menjaga kebajikan pelajar sebagai tunjang perjuangan kita,” ulas beliau.

Dalam pada itu katanya, kita mengharapkan pihak sekretariat komited dengan perancangan tersebut dengan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Kita tidak mahu ianya hanya menjadi cakap-cakap kosong dalam mesyuarat tetapi tidak dilaksanakan.

Dalam hal berkaitan, Zahar turut menyatakan kesediaan barisan MPP Pro-Kebajikan memberi kerjasama yang baik dalam menjayakan MSK pada kali ini.

May 12, 2010

Zahar : Kebenaran lesen judi rosakkan masyarakat

Tanjong Malim , 12 Mei – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan membantah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena piala dunia akan datang.

Koordinatornya, Mohd Zahar Mohamed Nor yang juga merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP mengatakan tindakan tersebut merupakan langkah ke belakang kerajaan memandangkan judi boleh membawa kerosakan kepada masyarakat. Selaku mahasiswa, beliau berpendirian bahawa wajar memberi pandangan kerana isu ini begitu jelas mencabar sensitiviti moral masyarakat Islam.

“ Tabiat berjudi boleh merosakkan masyarakat dan merugikan Negara, kita tahu amalan judi boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan institusi keluarga tetapi dalam masa yang sama mengambil langkah untuk memberikan lesen supaya aktiviti judi ini dapat dipantau. Kita melihat inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini kurang bijak. Sepatutnya kita mencari jalan supaya aktiviti judi tidak lagi berlaku dengan berleluasa dalam Negara ini.".

Beliau mengulas perkara tersebut selepas timbul kenyataan Timbalan Menteri Kewangan bahawa kerajaan bakal mempertimbangkan lesen judi sempena kejohanan bola sepak piala dunia akan datang yang dilihat bercanggah dengan nilai luhur masyarakat.

Justeru, beliau menyatakan pendirian membantah tindakan terbabit dan menyarankan agar pihak berautoriti dalam agama seperti Menteri Agama dan Mufti dapat segera menyatakan pendirian dan memberi panduan berhubung hal yang sebegitu serius ini.

May 11, 2010

Pro kebajikan kesal kem pengurusan MPP disalahguna

Tanjong Malim, 11 mei- Pro kebajikan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap penganjur kem pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) apabila menerima laporan bahawa kem tersebut dicemari ideologi politik.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat salah seorang penceramah untuk slot kepimpinan malam tadi, cuba untuk mendoktrin ideologi peserta dengan ideologi politik luar dan telah mencemari kem pengurusan MPP dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

“Kami memandang serius perkara ini, kami berpendapat bahawa penceramah terbabit telah menyalahgunakan slot berkenaan. Kami bukan membantah jemputan penceramah terbabit, tetapi yang kami kesali adalah mengapa pengurusan program tidak memantau perkara ini,” katanya.

“Kami ada menerima bukti-bukti pernyataan penceramah terbabit yang mengaitkan dengan parti politik luar. Kita mahu pihak penganjur menasihati penceramah terbabit agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Jika penganjur masih lagi membenarkan, ianya sekaligus boleh menjatuhkan kredibiliti pihak penganjur kerana perkara ini jelas bertentangan dengan AUKU,” tambahnya lagi.

Tambahan, kem pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan di Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang dan disertai oleh semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.

May 6, 2010

Pengambilan baru : Dijangka lebih 3200 daftar, tiada jaminan penempatan

Tanjung Malim, 6 Mei - Pengambilan pelajar baru bagi ambilan Julai 2010/2011 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menawarkan lebih 320O tempat masing-masing terdiri dari Ijazah Sarjana Muda Pendidikan , Diploma dan DPLI.

Program dibuka kepada calon lulusan STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk setiap program yang ditawarkan beberapa bulan lepas telah diterima dan jangkaan terbaru jumlah yang bakal mendaftar terdiri 2300 ISMP (Ijazah Sarjana Mudah Penuh), 310 Diploma dan 700 DPLI .

Kesemua program yang ditawarkan adalah untuk pasaran terbuka (open market) dan tidak mempunyai sebarang jaminan penempatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) selepas tamat pengajian berdasarkan iklan yang disiarkan web permohonan atas talian UPSI.

Web permohonan atas talian http://www.upsi.edu.my/online/