May 12, 2010

Zahar : Kebenaran lesen judi rosakkan masyarakat

Tanjong Malim , 12 Mei – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Pro Kebajikan membantah kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussien yang menyatakan pertimbangan sedang dibuat untuk meluluskan lesen perjudian bola sepak sempena piala dunia akan datang.

Koordinatornya, Mohd Zahar Mohamed Nor yang juga merupakan Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah MPP mengatakan tindakan tersebut merupakan langkah ke belakang kerajaan memandangkan judi boleh membawa kerosakan kepada masyarakat. Selaku mahasiswa, beliau berpendirian bahawa wajar memberi pandangan kerana isu ini begitu jelas mencabar sensitiviti moral masyarakat Islam.

“ Tabiat berjudi boleh merosakkan masyarakat dan merugikan Negara, kita tahu amalan judi boleh merosakkan masyarakat dan meruntuhkan institusi keluarga tetapi dalam masa yang sama mengambil langkah untuk memberikan lesen supaya aktiviti judi ini dapat dipantau. Kita melihat inisiatif yang diambil oleh kerajaan ini kurang bijak. Sepatutnya kita mencari jalan supaya aktiviti judi tidak lagi berlaku dengan berleluasa dalam Negara ini.".

Beliau mengulas perkara tersebut selepas timbul kenyataan Timbalan Menteri Kewangan bahawa kerajaan bakal mempertimbangkan lesen judi sempena kejohanan bola sepak piala dunia akan datang yang dilihat bercanggah dengan nilai luhur masyarakat.

Justeru, beliau menyatakan pendirian membantah tindakan terbabit dan menyarankan agar pihak berautoriti dalam agama seperti Menteri Agama dan Mufti dapat segera menyatakan pendirian dan memberi panduan berhubung hal yang sebegitu serius ini.

3 comments:

Anak Muda Keadilan said...

Lesen itu dah diluluskan pun..
pegawai-pegawai HEP yang totok UMNO dan sesiapa yg mengundi UMNO bertanggunjawab atas pengeluaran lesen judi ini..

Jumpe di akhirat nanti..

Anonymous said...

mungkin tiket judi tu akan dijual secara terbuka, termasuk kepada budak sekolah.

pening kepala cikgu2 lepas nih!

angkatan muda nasional said...

kenapa??
lesen judi diminta diluluskan untuk orang bukan islam sahaja..
kenapa timbulkan nama Dato Dr Awang Adek Husin..
bukan beliau yang meminta lesen judi tersebut..
cuba tengok betul2 di parlimen, beliau mewakilkan sahaja permohonan lesen judi tersebut..semua ahli dalam parlimen masa tu membenarkan Dato membentangkan usul tersebut.. tapi bila keluar dewan pembangkang kutuk dia lak, tuduh dia yang mintak lesen judi tu..ape citer nii..berdosa tuduh2 orang.. Dato hanya mewakilkan sahaja..
isu judi diperbesarkan..
isu arak yang dekat selangor ari tu macam mana?? dh rampas arak,, tok guru suruh hantar balik..tak pe plak cm tu.. politik punya pasal..silap orang nampak..silap sendiri tak nampak..