May 11, 2010

Pro kebajikan kesal kem pengurusan MPP disalahguna

Tanjong Malim, 11 mei- Pro kebajikan hari ini melahirkan rasa kesal terhadap penganjur kem pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) apabila menerima laporan bahawa kem tersebut dicemari ideologi politik.

Menurut Ketua Penerangan Pro Kebajikan, pihaknya menerima laporan bahawa terdapat salah seorang penceramah untuk slot kepimpinan malam tadi, cuba untuk mendoktrin ideologi peserta dengan ideologi politik luar dan telah mencemari kem pengurusan MPP dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

“Kami memandang serius perkara ini, kami berpendapat bahawa penceramah terbabit telah menyalahgunakan slot berkenaan. Kami bukan membantah jemputan penceramah terbabit, tetapi yang kami kesali adalah mengapa pengurusan program tidak memantau perkara ini,” katanya.

“Kami ada menerima bukti-bukti pernyataan penceramah terbabit yang mengaitkan dengan parti politik luar. Kita mahu pihak penganjur menasihati penceramah terbabit agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. Jika penganjur masih lagi membenarkan, ianya sekaligus boleh menjatuhkan kredibiliti pihak penganjur kerana perkara ini jelas bertentangan dengan AUKU,” tambahnya lagi.

Tambahan, kem pengurusan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah diadakan di Tekam Plantation Resort, Jerantut, Pahang dan disertai oleh semua Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010.

4 comments:

Anonymous said...

klu mcm tu bek x pyah bt krsus..smpan duit utk msa dpan..bt byar sewa tmpt kuliah lg baik..manfaat utk smua stdnt lg..x mcm krsus 2..mst nk bg mnfaat pd pgrusan 2..
boring btul la..
asyik x telus je..

Anonymous said...

telus... definisikan...
AUKU... ada org bersama2 penyokong parti masa pilihanraya... jgn sebut pasal aku kalau kamu tak telus dan xfahami auku. jgn jd manusia hipokrit... siarkan komen ini...

Anak Muda Keadilan said...

upsikini buat apa dop mahsyurkan lagi pro kebajikan?

kan sekarang dh tukar kepada Mahasiswa Pendidik..

Aduh...
lu tak fikir jangka masa panjang la..

nnt bila PRK nk guna lagi mahasiswa pendidik..

aduh..lu tak pndai guna strategi politik la..

PEMUDA JALAN TENGAH said...

kita jangan pandai serkap jarang...itu sebenarnya bertujuan menerapkan rasa kecintaan kepada tanah air...dengan cara menghormati kerajaan....tidak kiralah klu kerajaan tu dari BN atau PKR...pasti perkara ini akan berlaku....tidak perlu cuba menembak kalau anda tak pasti tembakan anda tepat...karang salah tembak nyawa hilang....ngeee~