February 18, 2010

UPSI wujudkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil

Tanjong Malim, 18 Feb- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mewujudkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil bermula ambilan Julai 2010 ini.

Dalam kenyataan yang di emailkan kepada Upsikini, saudari Aqilah, mantan Exco Akademik dan Kerjaya menyatakan bahawa ianya adalah satu tindakan yang baik dan memberikan peluang yang luas kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa tamil.

“Kos yang baru diwujudkan ini nmerupakan satu langkah yang baik. Hal ini dapat memberikan peluang kepada semua bangsa untuk mempelajari bahasa tamil. Sebagai contoh, di SMK Sg Pelek, terdapat guru-guru berbangsa cina yang mengajar bahasa melayu. Dan perkara ini tidak mustahil jika guru melayu yang akan mengajar bahasa tamil kelak.

“Saya juga mengira langkah ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita untuk mewujudkan satu Malaysia yang mempunyai keharmonian dikalangan semua kaum.jadi mungkin ada peluang untuk semua bangsa mempelajari bahasa bangsa lain.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mewakili mantan MPP Pro kebajikan sesi 08/09 turut mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua bangsa cina dan berharap tahun baru ini membawa satu perubahan yang baik kepada semua.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mewakili MPP Pro Kebajikan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina. Semoga Tahun Harimau memberikan sinar baru kepada anda semua,”katanya.

Pro Kebajikan sokong hukuman sebat

Tanjong Malim, 18 Feb- Pro Kebajikan hari ini menyokong hukuman sebat yang dijalankan ke atas pesalah zina yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Penjara baru-baru ini.

Menurut Mohd Zahar, exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah MPP 09/10, hukuman ini dapat menginsafkan dan memberikan pengajaran kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan seperti berzina dan minum arak.

“Hukuman sebat ini sebenarnya boleh mendatangkan keinsafan dan memberikan kesedaran jangka masa panjang kepada yang telah melakukan kesalahan terutama yang melibatkan penzinaan dan meminum arak.

Beliau juga menyokong hukuman yang dijalankan dapat mengurangkan kebejatan sosial dan mengurangkan masalah pembuangan bayi yang semakin meruncing kini.

“Saya berpendapat dengan perlaksanaan ini dapat mengurangkan masalah-masalah sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kini. Jika dilihat kepada berita-berita, kes pembuangan bayi akibat daripada zina amat membimbangkan. Jadi insyaAllah, moga-moga dengan pelaksanaan hukuman ini, dapat memberikan keinsafan kepada semua pihak,”ujarnya