February 18, 2010

UPSI wujudkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil

Tanjong Malim, 18 Feb- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan mewujudkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Tamil bermula ambilan Julai 2010 ini.

Dalam kenyataan yang di emailkan kepada Upsikini, saudari Aqilah, mantan Exco Akademik dan Kerjaya menyatakan bahawa ianya adalah satu tindakan yang baik dan memberikan peluang yang luas kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa tamil.

“Kos yang baru diwujudkan ini nmerupakan satu langkah yang baik. Hal ini dapat memberikan peluang kepada semua bangsa untuk mempelajari bahasa tamil. Sebagai contoh, di SMK Sg Pelek, terdapat guru-guru berbangsa cina yang mengajar bahasa melayu. Dan perkara ini tidak mustahil jika guru melayu yang akan mengajar bahasa tamil kelak.

“Saya juga mengira langkah ini seiring dengan hasrat YAB Perdana Menteri kita untuk mewujudkan satu Malaysia yang mempunyai keharmonian dikalangan semua kaum.jadi mungkin ada peluang untuk semua bangsa mempelajari bahasa bangsa lain.

Dalam kesempatan itu, beliau juga mewakili mantan MPP Pro kebajikan sesi 08/09 turut mengucapkan selamat tahun baru cina kepada semua bangsa cina dan berharap tahun baru ini membawa satu perubahan yang baik kepada semua.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mewakili MPP Pro Kebajikan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua bangsa Cina. Semoga Tahun Harimau memberikan sinar baru kepada anda semua,”katanya.

5 comments:

Anonymous said...

amma

azim said...

salam.. jika Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidikan tidak lagi digunakan ini adalah berita yang paling baik saya dengar dari UPSI. Sehingga kini seringkali UPSI mengaitkan kesemua kursus dengan pendidikan meskipun ianya adalah kursus open market. Pembaharuan ini adalah amat baik sebagai langkah menunjukkan UPSI bukan sahaja universiti untuk cikgu bahkan menjadi universiti untuk semua.
Saya juga berharap Pihak UPSI memertimbangkan kursus Ijazah Sarjana Muda pengajian 3 tahun untuk graduan open market,.. kerana 4 tahun adalah agak lama untuk kursus seperti sains sukan, seni kreatif, Muzik, sains, perniagaan ataupun teknologi maklumat.. MEDSI juga sebenarnya tidak wajar diwajibkan untuk pemohon kursus open market...harap pihak UPSI prihatin terhadap perkara seperti ini.. terima kasih..

Anonymous said...

salam upsikini.... sayang la nape xupdate bloh nih.. sekarang populariti dah turun la... kene lebih giat lagi

Anonymous said...

kah kah kah.
kompom ke kos ni leh posting..
takpun diganggu oleh kos untuk guru segera..
kalau takde peluang baik ni..
tamil pun tamilla..

Anonymous said...

hahah..
lucu la upsi ni..ptutla orang ckp byak kursus xreliven..siap cikgu kat skolah pesan jgan ltak upsi first choise..pe2 lah..