July 25, 2011

Tim. Dekan FSK: Program Pengajian Malaysia diiktiraf

Tanjong Malim, 25 Julai - Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Malaysia dengan Pendidikan (AT58), Universiti Pendidikan Sultan Idris telah mendapat pengiktirafan daripada Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Dr Suhaili Yusri b. Che Ngah menyatakan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Putrajaya baru-baru ini telah memutuskan bahawa program Ijazah Pengajian Malaysia dengan Pendidikan telah diiktiraf oleh JPA secara rasmi.

Dalam hal berkaitan, untuk maklumat, program Pengajian Malaysia dengan Pendidikan ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah.

July 24, 2011

Pesta Konvo: Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Sempena mengisi ruang aktiviti Konvokesyen ke-13 Universiti Pendidikan Sultan Idris yang akan diadakan bermula 26-30 Julai ini, satu forum bertajuk "Pelihara Ramadhan Anda, Terpeliharalah Iman Anda" akan diadakan pada 28 Julai ini.

Semua warga kampus dan warga Tanjong Malim dijemput untuk menghadiri forum yang akan membincangkan berkenaan ilmu dan persediaan menyambut bulan Ramadhan. Maklumat lanjut seperti berikut:


July 20, 2011

Kos RM 9.8 juta: Jadikan Suluh Budiman Muzium Pendidikan Nasional

Tanjong Malim, 20 Julai- Bangunan Suluh Budiman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dibina pada tahun 1919 kini telah dirasmikan sebagai Muzium Pendidikan Nasional (MPN klik) dengan kos penyelenggaraan sebanyak RM9.8 juta.

Muzium ini merupakan muzium pendidikan pertama diwujudkan dan dipelihara dinegara ini sebagai tanda kegemilangan pendidikan tanah air bermula di zaman SITC sehinggalah tertubuhnya UPSI.

Perasmian Muzium Pendidikan Nasional telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun pada 19 Julai 2011 (semalam) dan turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta Naib Canselor UPSI Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob.


Pesta Konvo: Battle of the Band, penampilan khas Man Kidal

Sempena menyambut Pesta Konvokesyen kali ke-13 Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 26-30 Julai ini, pihak penganjur telah membuka penyertaan bagi pertandingan kugiran atau Battle of the Band yang bertemakan Rock 80-90'an bermula 25-27 Julai 2011.

Selain itu, sempena pertandingan ini, pihak penganjur juga telah membawa penampilan khas seorang artis rock dan gitaris terkenal Man Kidal. Maklumat program seperti berikut:

July 10, 2011

MPP: Solat hajat, doakan keselamatan Hazwani

Tanjong Malim, 10 Julai - Kehilangan seorang bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dilaporkan oleh akhbar harian Metro hari ini telah mendapat respon ramai mahasiswa.

Menerusi respon yang diterima menerusi Facebook Upsikini, ramai bersimpati atas peristiwa tersebut, antaranya menurut Wahida, katanya 'doakan buat sahabat saya semoga dia selamat, insya-Allah'.

Dalam pada itu, barisan MPP Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif turut menyatakan rasa simpati dan meminta agar semua mahasiswa mengadakan solat hajat memohon agar Hazwani berada dalam keadaan selamat.

Menurut Nur Suhaila Alias, Exco MPP 'kami dibarisan MPP menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Hazwani diatas ujian yang dihadapi, masyarakat dan sesiapa yang mengenalinya diharap dapat menyampaikan maklumat dengan segera'

'Selain itu kami juga menyeru teman-teman untuk sama-sama mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan sahabat kita itu. Dia dan keluarganya menerima ujian dari Allah, dan setiap dari kita menerima ujian yang berbeza, harap agar kita semua tak memberi tanggapan yang buruk kepadanya dan sentiasa mendoakan kesejahteraan" ujarnya menerusi Facebook Upsikini.

Dalam masa yang sama Nurulain Balqis yang juga merupakan Exco MPP menyatakan 'marilah kita sama-sama mendoakan keselamatannya dan sama-sama berusaha untuk membantu mencari sekadar termampu.."

Dalam hal berkaitan, menurut sumber, Hazwani dilaporkan hilang sejak 26 Jun lepas, kira-kira 2 minggu yang lalu.

Bakal graduan hilang, dipercayai dilarikan kekasih

Tanjong Malim, 10 Julai - Seorang bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal berkonvokesyen pada hujung bulan ini dilaporkan hilang sejak 26 Jun lalu setelah berkenalan dengan seorang lelaki.

Beliau yang dikenali sebagai Hazwani Binti Mohmad Diah (gambar) merupakan bakal graduan Pendidikan Sains Matematik dikatakan dilarikan oleh seorang kenalan lelaki bernama Mohd Faizal yang juga mempunyai rekod jenayah dan kes dadah serta pernah mempunyai dua isteri.

Menurut sumber harian Metro (klik), keluarga mangsa menyatakan " entah apa ilmu digunakan kerana Hazwani tiba-tiba menghantar SMS pada kakaknya 3 Julai lalu memberitahu ingin bernikah secara haram dengan lelaki itu di Padang Besar, Perlis".

Dalam hal berkaitan, kepada mana-mana individu yang ada maklumat dan melihat mangsa diminta menghubungi di talian 019-3154900 dan 016-9364025.

July 5, 2011

MPP: Ucapan YDP bukan mewakili pendirian semua mahasiswa

Tanjong Malim, 6 Julai - Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang terdiri dari 11 perwakilan hari ini mengeluarkan pandangan menerusi Koordinator MP Mohd Zahar Mohamed Nor dengan menyatakan bahawa ucapan Muhammad Afiq Fikri , YDP MPPUPSI itu bukan mewakili semua MPP dan keseluruhan mahasiswa Upsi.

Perhimpunan BERSIH 2.0 atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil yang akan diadakan pada 9 Julai ini telah menjadi isu hangat di Upsi tatkala YDP MPPUPSI memberi ucapan bantahan terhadap perhimpunan tersebut dihadapan lebih 200 mahasiswa diploma.

Ucapan yang dikatakan mewakili seluruh mahasiswa Upsi tersebut mendapat respon tak setuju daripada beberapa MPP lain. Menurut Zahar " kami daripada 11 orang perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif melahirkan rasa tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Beliau bukan mewakili kami dan tak minta persetujuan serta pandangan kami berhubung isu ini. "

"Kami ingin menegaskan bahawa dibawah perkara 10 Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap rakyat mempunyai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)-(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata."

"Disamping itu kami menyeru kepada semua mahasiswa agar mendukung Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara."

Tambah beliau lagi "sebagai rakyat dalam negara demokrasi kita berhak untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang keganasan dan sekiranya sesuatu himpunan itu mempunyai unsur keganasan maka kami berpendirian kita wajib membantahnya."

"Akhirnya kami mengharapkan mahasiswa diberi kebebasan untuk berwacana , berfikir dan menyatakan pandangan berlandaskan lunas undang-undang, keamanan , keadilan dan perlembagaan negara tanpa dipengaruhi oleh mana pihak dalam menyatakan pendirian mereka ." ujar beliau kepada Upsikini.

Exco Akademik: 'Demo' Bukan kehendak MPP tapi TNC bagi arahan pada YDP

Tanjong Malim, 5 Julai - Exco Akademik dan Kerjaya MPPUPSI , Shahreal Abdul Kassim menyifatkan bahawa ucapan membantah demonstrasi BERSIH 2.0 yang disampaikan oleh YDP MPP malam semalam bukan kehendak MPP sebaliknya TNCHEPA memberi arahan berbuat demikian.

Dalam satu komen panjang beliau di Facebook menyatakan " sebenarnya itu bukan kehendak MPP tapi TNC yang bagi arahan pada YDP untuk laksanakan perkara tersebut. '

Katanya lagi "Time' kita balik sama-sama tu bila dah sampai KHAR YDP dapat mesej yang mengatakan dia kena lead untuk malam tersebut. Berserabut juga kepala otak YDP kita tu sebab kena buat benda yang kita tak fikir dek kerana arahan dari pihak atasan.."

Dalam pada itu, dikatakan ucapan yang disampaikan oleh YDP MPPUPSI tersebut bukanlah di persetujui oleh seluruh kabinet MPP dan bukan mewakili suara mahasiswa Upsi keseluruhannya.

Selain itu, wujud komen beberapa mahasiswa disini bahawa MPP UPSI sewajarnya mempunyai pendirian sendiri dan berprinsip dalam hal tersebut tanpa membuat keputusan atas arahan yang mereka sendiri tak bincang dan tahu apa isinya.

Zahar sifatkan Afiq tak faham apa itu demokrasi

Tanjong Malim, 5 Julai - Mohd Zahar Mohamed Nor, Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP) yang juga merupakan exco MPPUPSI sesi 2011/2012 menyifatkan ucapan Afiq Fikri membantah perhimpunan BERSIH 2.0 pada malam tadi menggambarkan bahawa beliau tidak faham maksud demokrasi.

Menurut beliau yang memberi respon di Facebook Upsikini, "demonstrasi aman merupakan amalan demokrasi yang diamalkan sejak dahulu lagi oleh negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain. Amalan 'non-violent' (tidak ganas) demonstrasi telah menjadi wadah rakyat untuk menyatakan suara dan hak mereka dalam sebuah negara demokrasi."


Tambah beliau lagi , ' demokrasi itu pun sudah bermaksud bentuk kerajaan dimana kuasa membuat undang-undang dan strukturnya ditentukan oleh rakyat. Beliau kena faham dalam negara demokrasi moden hak rakyat untuk menyatakan suara mereka secara aman tidak wajar disekat"

"Prinsip-prinsip demokrasi seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpesatuan, hak mengundi , pilihanraya telus dan lain-lain merupakan amalan demokrasi yang diamalkan. Semua ini dijamin oleh perlembagaan negara. Oleh itu jangan keliru dengan maksud demokrasi. Demokrasi bukan hanya demonstrasi yang membawa keganasan." ujarnya.

Katanya, "kita mahasiswa seharusnya menilai perkara ini berasaskan ilmu dan kefahaman, bukannya mengikut apa yang mahu dicakap dengan hujah yang kosong, ikut telunjuk pihak tertentu yang inginkan kuasa."

Afiq: Perhimpunan rakyat bukan demokrasi

Tanjong Malim, 5 Julai - Afiq Fikri Mislan yang juga merupakan YDPMPPUPSI sesi 2011/2012 pada malam tadi telah menyatakan bahawa perhimpunan rakyat BERSIH 2.0 bukan merupakan cara demokrasi.

Beliau memberi ucapan (klik disini) di hadapan lebih 200 mahasiswa diploma di Kolej Ungku Omar dalam satu siri 'demo' ucapan bantahan terhadap himpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan pada Sabtu, 9 Julai ini.

Dalam ucapan tersebut, beliau menyatakan " saya menekankan kat sini, saya sebagai mewakili pelajar Upsi, 21,000 orang, dah tolak PJJ, 14 000 ribu orang dengan pendirian, nampak, pendirian, nampak tak, dengar dengar dengar, ya sama sekali tidak bersetuju dengan perhimpunan haram..itu bukan cara kita, kita punya cara demokrasi,.." ujar beliau.

Dalam hal berkaitan, mahasiswa diploma, JMK dan MPP dikatakan mendapat arahan melalui TNCHEPA yang baru dilantik agar berkumpul di KUO bagi mendengar ucapan 'demo' tersebut.