July 5, 2011

Zahar sifatkan Afiq tak faham apa itu demokrasi

Tanjong Malim, 5 Julai - Mohd Zahar Mohamed Nor, Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP) yang juga merupakan exco MPPUPSI sesi 2011/2012 menyifatkan ucapan Afiq Fikri membantah perhimpunan BERSIH 2.0 pada malam tadi menggambarkan bahawa beliau tidak faham maksud demokrasi.

Menurut beliau yang memberi respon di Facebook Upsikini, "demonstrasi aman merupakan amalan demokrasi yang diamalkan sejak dahulu lagi oleh negara maju seperti UK, Perancis dan lain-lain. Amalan 'non-violent' (tidak ganas) demonstrasi telah menjadi wadah rakyat untuk menyatakan suara dan hak mereka dalam sebuah negara demokrasi."


Tambah beliau lagi , ' demokrasi itu pun sudah bermaksud bentuk kerajaan dimana kuasa membuat undang-undang dan strukturnya ditentukan oleh rakyat. Beliau kena faham dalam negara demokrasi moden hak rakyat untuk menyatakan suara mereka secara aman tidak wajar disekat"

"Prinsip-prinsip demokrasi seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpesatuan, hak mengundi , pilihanraya telus dan lain-lain merupakan amalan demokrasi yang diamalkan. Semua ini dijamin oleh perlembagaan negara. Oleh itu jangan keliru dengan maksud demokrasi. Demokrasi bukan hanya demonstrasi yang membawa keganasan." ujarnya.

Katanya, "kita mahasiswa seharusnya menilai perkara ini berasaskan ilmu dan kefahaman, bukannya mengikut apa yang mahu dicakap dengan hujah yang kosong, ikut telunjuk pihak tertentu yang inginkan kuasa."

1 comment:

Anonymous said...

UPSIKINI pun tak demokrasi. kani x boleh bersuara disini. semua disekat dan ditapis terlebih dahulu. ni baru blog bukan negara lg....