Tanjong Malim, 6 Julai - Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang terdiri dari 11 perwakilan hari ini mengeluarkan pandangan menerusi Koordinator MP Mohd Zahar Mohamed Nor dengan menyatakan bahawa ucapan Muhammad Afiq Fikri , YDP MPPUPSI itu bukan mewakili semua MPP dan keseluruhan mahasiswa Upsi.
Perhimpunan BERSIH 2.0 atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil yang akan diadakan pada 9 Julai ini telah menjadi isu hangat di Upsi tatkala YDP MPPUPSI memberi ucapan bantahan terhadap perhimpunan tersebut dihadapan lebih 200 mahasiswa diploma.
Perhimpunan BERSIH 2.0 atau Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil yang akan diadakan pada 9 Julai ini telah menjadi isu hangat di Upsi tatkala YDP MPPUPSI memberi ucapan bantahan terhadap perhimpunan tersebut dihadapan lebih 200 mahasiswa diploma.
Ucapan yang dikatakan mewakili seluruh mahasiswa Upsi tersebut mendapat respon tak setuju daripada beberapa MPP lain. Menurut Zahar " kami daripada 11 orang perwakilan Majlis Perwakilan Pelajar Mahasiswa Pendidik dan Legasi Mahasiswa Progresif melahirkan rasa tidak bersetuju dengan ucapan beliau. Beliau bukan mewakili kami dan tak minta persetujuan serta pandangan kami berhubung isu ini. "
"Kami ingin menegaskan bahawa dibawah perkara 10 Perlembagaan Malaysia menyatakan setiap rakyat mempunyai kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan, tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)-(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata."
"Disamping itu kami menyeru kepada semua mahasiswa agar mendukung Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang tertinggi negara."
Tambah beliau lagi "sebagai rakyat dalam negara demokrasi kita berhak untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang keganasan dan sekiranya sesuatu himpunan itu mempunyai unsur keganasan maka kami berpendirian kita wajib membantahnya."
"Akhirnya kami mengharapkan mahasiswa diberi kebebasan untuk berwacana , berfikir dan menyatakan pandangan berlandaskan lunas undang-undang, keamanan , keadilan dan perlembagaan negara tanpa dipengaruhi oleh mana pihak dalam menyatakan pendirian mereka ." ujar beliau kepada Upsikini.
6 comments:
lowh..nak mintak persetujuan apanya..adakah kalian benar-benar berada di bumi Tanjung Malim pada saat dia perlu membuat keputusan?..tolong la jangan berpecah wahai sahabat-sahabat..anda semua di tampuk kepimpinan pelajar..MPP rasionalkan setiap tindakan..jangan asyik membuka aib saudara seislam sedangkan kita mendukung konsep islam..mungkin ada cara yang lebih baik untuk kalian memBETULkan bukan terus menerus memBANGKANG
(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);
* (a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
*
* (b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
*
* (c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
* Kepada pengikut Ambiga..ambiga hanya mengajar sampai di pada ini sahaja. Ini yang Den nak sambungkan nie.....
(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:
* (a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuanatau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;
*
* (b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam
*
* (c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindungkan oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
hanya Parlimen berhak untuk menentukan sebarang bentuk tindakan, bukan Hishamuddin Menteri dalam negeri yang tak habis-habis buat provokasi kononnya mengancam keselamtan negara..bla, bla, bla..
Parlimen ni sapa bro..? Parlimen ni terdiri dari wakil-wakil rakyat la bro, bukan wakil2 UMNO
ceteknya pemikiran bakal guru2 malaysia....belajar bagi habis dulu dik
Mereka semuanya cendekiawan bebal.
Canang Idea [copy paste] tanpa rasional dan pertimbangan.
Matlamat Menghalalkan Cara. Tidakkah si Bebal ini sedar?
Laungkan Jihad bertiangkan Dendam. Tidakkah si bebal ini sedar?
Oh, maaf..mereka memang begitu
bukan perkara baru.
Yang tak Bebal.
shame on zahar..quote perlembagaan tak habis
Post a Comment