July 10, 2011

Bakal graduan hilang, dipercayai dilarikan kekasih

Tanjong Malim, 10 Julai - Seorang bakal graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal berkonvokesyen pada hujung bulan ini dilaporkan hilang sejak 26 Jun lalu setelah berkenalan dengan seorang lelaki.

Beliau yang dikenali sebagai Hazwani Binti Mohmad Diah (gambar) merupakan bakal graduan Pendidikan Sains Matematik dikatakan dilarikan oleh seorang kenalan lelaki bernama Mohd Faizal yang juga mempunyai rekod jenayah dan kes dadah serta pernah mempunyai dua isteri.

Menurut sumber harian Metro (klik), keluarga mangsa menyatakan " entah apa ilmu digunakan kerana Hazwani tiba-tiba menghantar SMS pada kakaknya 3 Julai lalu memberitahu ingin bernikah secara haram dengan lelaki itu di Padang Besar, Perlis".

Dalam hal berkaitan, kepada mana-mana individu yang ada maklumat dan melihat mangsa diminta menghubungi di talian 019-3154900 dan 016-9364025.

No comments: