September 30, 2011

Khalwat : Saksi dedah kronologi insiden

Tanjong Malim, 30 Sept. – Kronologi insiden serbuan khalwat yang melibat seorang pensyarah di sini bersama pasangannya di dalam sebuah rumah di Sekiah Makmur, Tanjong Malim didedahkan seorang saksi yang berada di tempat kejadian.

Saksi yang menyampaikan maklumat tersebut melalui emel di upsikini@gmail.com menjelaskan semasa soal jawab berasingan antara pensyarah terbabit bersama pasangannya, terdapat percanggahan yang amat ketara dalam penjelasan antara kedua-dua pihak.

Jelasnya, semasa soal jawab dibuat, pensyarah terbabit mendakwa mereka sudah pun bernikah di kampung sebelah pasangannya di Sandakan, Sabah. Namun apabila soalan yang sama diajukan kepada pasanngannya, pasangannya membuat kenyataan bahawa mereka belum berkahwin dan berasal dari Sarawak.

Tambah saksi, semasa soal jawab yang sama di balai polis, pensyarah terbabit menukar kenyataan mengatakan bahawa mereka sebenarnya telah bernikah di Indonesia dan selepas seminggu insiden tersebut, pensyarah terbabit mengemukakan surat nikah yang menunjukkan mereka bernikah di Thailand.

Dalam pada itu, saksi turut mendakwa isteri pertamanya telah pun diceraikan sebeluuminsiden tersebut berlaku iaitu pada hari raya Aidilfitri yang lalu. Sebab penceraian tersebut berlaku, tidak dinyatakan dalam emel tersebut.

Berikut merupakan keratan emel yang disampaikan kepada UPSIkini.


September 29, 2011

Analisis : Prof Dr Zakaria Kasa, NC tanpa kabel ? (Siri 3)

Sebelum siri ini disambung, penulis ingin memberi penjelasan terlebih dahulu kenapa tulisan berbentuk analisa ini dibuat. Kenapa UPSIkini yang penulis pilih untuk tulisan ini dipaparkan. Seperti yang telah ditegaskan penulis adalah mahasiswa yang mahu lihat sistem pentadbiran universiti kita terutamanya UPSI ini dibersihkan atau setidak-tidaknya lantiklah kroni, tetapi biarlah kroni yang bersih. Meskipun apa yang penulis ingin sampaikan ini seolah-olah seperti bertentangan atau sering mengnegatifkan UMNO namun penulis hanya mahu kalian sedar bahawa mereka ini menggunakan UMNO untuk mereka bukan untuk Melayu, bukan untuk kita. Dan UPSIkini dipilih adalah berdasarkan iltizam kumpulan tersebut dalam menghidupkan suasana UPSI sebagai sebuah republik ilmu yang bebas menyampaikan maklumat. Kita ikuti analisa seterusnya.

DDJ sebenarnya begitu obses dan minat dalam politik. Atas dasar apa, itu tidak pasti. Tapi yang pastinya beliau bukan sahaja bercita-cita besar dalam politik tapi apa sahaja yang beliau lakukan, ada keuntungan politik yang beliau akan dapat sama ada berbentuk peribadi ataupun sebaliknya. Lihat sahajalah bagaimana beliau boleh diberikan kenaikan pangkat luar biasa meskipun sumbangannya tidak seberapa kepada negara. Duit rakyat yang dibayar kepadanya dari DS 52 ke Jusa B itu agak keterlaluan luar biasanya. Kesnya hampir sama dengan Pengarah JAIS, ‘Khusrin’ dari JUSA C ke JUSA A apabila menjadi Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Itu pun hanya melangkah satu anak tangga. Tapi SI DDJ ini bertangga-tangga. Tak apalah, itu rezeki dia. Katanya dia dah lalui semuanya sebelum diberi kenaikan pangkat tersebut. Tapi dengarnya sudah sampai berita ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jangan masuk kes mati mengejut sudah la. Gunalah tangga atau lif kalau nak turun dari pejabat SPRM tu, jangan terjun macam Teoh Beng Hock atau Arwah Sarbaini (Al-Fatihah). Tapi penulis yakin, ahli RPA sedia menguruskan semuanya kalau berlaku apa-apa.

Prof Zack pada pandangan kasar tidak terlibat dengan semua ini (seperti yang penulis katakan, tak tahulah di sebaliknya). Oleh sebab itulah perlantikan beliau ke jawatan Naib Canselor itu tidak diduga ramai orang apatah lagi pesaing-pesaingnya. Dalam tempoh beliau diberi tugas sebagai pemangku pun, sudah banyak laporan tidak rasmi sampai ke KPT. Surat layang yang mengatakan beliau ini tidak mesra UMNO (pro pembangkang) juga bertalu-talu sampai ke KPT. Situasi yang sama juga berlaku semasa Prof Dr Shaharudin Abd Aziz mahu diangkat sebagai TNC HEP&A sebelum ini. Dilaporkan Shaharudin hampir-hampir tidak diberi jawatan TNC HEP&A gara-gara tidak mendaftar sebagai ahli UMNO yang sah. Maka bergegaslah beliau ke Pejabat UMNO Bahagian Tanjong Malim untuk mendaftar dan mendapatkan nombor ahli dan sempat juga singgah di Pejabat Agama Slim River untuk ambil borang kebenaran berpoligami.

Inilah situasi sebenar pergelutan sebelum nak diberi jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran sesebuah universiti. Ini realiti. Penulis tidak ada sedikit niat untuk memburukkan UMNO atau parti-parti pemerintah tetapi sekiranya perkara ini berterusan, bagaimana agaknya institusi pengajian/pendidikan kita pada masa akan datang. Penulis hanyalah seorang mahasiswa, ya mahasiswa,(bukan kakitangan atau orang berkepentingan) yang mahu lihat universiti benar-benar menjadi institusi yang mementingkan nilai akademik. Kalau kita sibuk memperkatakan tentang isu korupsi yang berlaku dalam pentadbiran negara, jangan kita lupa dalam hal berkaitan pendidikan ini pun punya unsur-unsur korupsi. Maka bagaimana kita boleh bermimpi, bercita-cita nak jadi universiti terbilang?? Pentadbirannya sahaja sudah rencam dengan permainan politik dan bagaimana agaknya perjalanan organisasi yang berkepentingan politik ini? Sudah tentunya pincang.

Berbalik kepada kisah Prof Zack, beliau sebenarnya tidak dapat lari untuk mencari sokongan dan sedikit sebanyak akan tercela kebersihannya itu. Kalau mahu bersih, duduk sahaja di fakulti, kalau ke Canselori itu, ada sahaja surat-surat dari menteri yang bertajukkan politik. Prof Zack juga memerlukan sokongan meskipun tidak punya kabel seperti yang lain-lain.

Pihak KPT telah menghantar DDJ ke UPSI. Maka DDJ inilah yang menjadi informer atau tukang sah bagi setiap keputusan-keputusan besar. Sebab itu Prof Dr Aminah Ayob juga tunduk dengan DDJ. Apa tidaknya, Prof Dr Aminah Ayub adalah antara yang paling lantang mengekang budaya hedonisme ketika menjadi NC dahulu. Terpampang kenyataan beliau dalamakhbar Harian Metro mendedahkan budaya hedonism di kalangan mahasiswa. Bukan main lagi ulasannya. Sampaikan ada staf HEP&A yang berang dengan beliau apabila beberapa program berbentuk hiburan dilarang untuk dilaksanakan sebagai bukti apa yang dikata, dikota.

Tetapi tiba-tiba sahaja prinsip Prof Dr Aminah ini bertukar. Beliau hadir dalam Majlis Ramah Mesra warga HEP&A bersama NC dengan pengisian yang beliau tentang sebelum ini. Siap berjoget lambak. Tidak pula beliau melenting atau melarang program sedemikian dilaksanakan. Apa sebabnya? Sebab cop pengesahan ada pada pada DDJ. Maka apa sahaja yang dimahukan DDJ diturutkan terlebih dahulu. DDJ juga sebenarnya maklum Prof Dr Aminah ada PERMATA bersamanya. Maka elok dicantas awal-awal sebelum menjadi penghalang kepadanya untuk terus menjadi orang paling dipercayai KPT dan Pak Menteri.

DDJ dikatakan telah memberi jaminan kepada pihak KPT bahawa Prof Zack ini bersih, bukan seperti yang didakwa oleh surat-surat layang yang memberi gambaran serong kepada Prof Zack. Prof Zack sememangnya berdarah UMNO tetapi tidaklah sepekat DDJ. Apakah ada perbincangan antara Prof Zack dan DDJ sebelum pengesahan itu dibuat, itu tidak dapat dipastikan. Tetapi apa yang pasti, DDJ menjadi sumber maklumat kepada KPT sebelum Prof Zack diangkat menjadi NC UPSI. Nah, sekarang terjawab sudah persoalan siapa yang memberi sokongan kepada perlantikan Prof Zack sebagai NC. Prof Zack mungkin terhutang budi kepada DDJ dalam hal ini. Apa yang perlu dibalas oleh Prof Zack kepada DDJ sebagai tanda penghargaan sokongannya itu??Nantikan siri seterusnya..

“Kami ada maklumat” – mahasiswa

Tanjong Malim, 29 Sept. – Kes tangkap khalwat yang melibatkan seorang pensyarah di sini yang menjadi perhatian ramai kini mendapat respon pelbagai daripada kalangan mahasiswa.

Sumber yang menyampaikan laporan tersebut kepada UPSIkini mendakwa maklumat berkaitan kes dan pensyarah tersebut akan didedahkan apabila tiba masanya.

Tambahnya, sesiapa yang mengenali beliau terutamanya mahasiswa begitu faham sifat hipokritnya dan sering menggunakan pengetahuan agama untuk melindungi perbuatan beliau selama ini. Sumber turut mendakwa pensyarah terbabit begitu aktif di dalam pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Dalam pada itu, sumber turut menyeru kepada warga UPSI tidak lagi memberi gelaran ustaz kepadanya walaupun pernah belajar di institusi pendidikan aliran agama.