September 24, 2011

Junaidi akur desakan RPA, pertahan kenaikan pangkat luar biasa

Tanjong Malim, 22 Sept. – Selepas menerima desakan kuat daripada ahli rakan Penggerak Ad-Din (RPA) yang mahu program tersebut diteruskan, Datuk Paduka Dr. Junaidi Abu bakar, TNC HEP&A akhirnya akur dan menjelaskan RPA selamat dan tidak perlu diselamatkan.

Penjelasan tersebut dibuat dalam satu Majlis Solat Hajat Perdana yang dianjurkan Jawatankuasa RPA di Surau Al-Falah.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan isu yang dibangkitkan beberapa pihak berkenaan kenaikan pangkat luar biasa yang dikaitkan dengan beliau dalam penjelasannya berkenaan RPA. Katanya, beliau telah melalui proses yang sepatutnya sebelum diberi kenaikan pangkat tersebut.

Program turut diihadiri sebahagian besar staf JHEPA dan pengetua-pengetua kolej kediaman.

No comments: