September 19, 2011

Dari DS 52 ke JUSA B, Junaidi jadi perhatian ramai

Tanjong Malim, 19 Sept. – Kenaikan pangkat luar biasa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar mendapat perhatian ramai pihak apabila beliau dilaporkan memperoleh kenaikan pangkat luar biasa – daripada gred DS 52 ke JUSA B.

Dalam pada itu, sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada UPSIkini mendedahkan kenaikan pangkat luar biasa tersebut merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana kakitangan akademik sebelum ini.

Sumber turut mendakwa terdapat campur tangan politik dalam memberi ‘anugerah’ tersebut kepada beliau.

Kenaikan pangkat luar biasa Junaidi mula menjadi bualan ramai di kalangan warga UPSI setelah beberapa pihak menyedari keakrabannya dengan beberapa orang menteri.

Beliau yang menggantikan Prof. Dr Shaharudin Abd Aziz sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.

1 comment:

Anonymous said...

JUSA B itu.... habuan kepada Junaidi.... kita akan terus kupas perihal Junaidi agar kita tahu di sebalik rancagan kecil junaidi kepada semua masyarakat UPSI... Fasa pertama junaidi telah menunjukkan taringnya, ... dengan perubhan lanskap jawatan pengetua di semua koej, pemansuhan segala kuliah ilmu agama di peringkat mahasiswa dan staf,kepimpinan ditektor mula di tampilkan....muka manis tapi hati...perg...jgan bermain api