Tanjong Malim, 24 Sept. – Kumpulan Media UPSIkini hari ini mengeluarkan tawaran kepada warga Uiversiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terutamanya di kalangan mahasiswa untuk menjadi sukarelawan dalam kerja-kerja kewartawanan dan penulisan.
Bercakap selepas Mesyuarat Bulanan Kumpulan Media UPSIkini hari ini, Ketua Pengarangnya mengumumkan tawaran tersebut terbuka kepada semua warga UPSI dan keutamaan diberikan kepada mahasiswa dan mereka yang sedia memberi komitmen secara sukarela.
Tambahnya, tawaran tersebut dibuka bagi memenuhi kekosongan yang ada selepas beberapa wartawan sebelum ini telah tamat pengajian dan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada UPSIkini.
“UPSIkini sedia menerima sesiapa sahaja yang berminat dan beberapa proses pengesanan akan dijalankan sebelum mereka diterima menjadi sukarelawan UPSIkini. Jadi kepada mereka yang berminat, bolehlah menghantar maklumat mereka kepada UPSIkini melalui emel di upsikini@gmail.com”, umumnya.
Untuk rekod, UPSIkini merupakan saluran media alternatif paling ramai dikunjungi di kalangan warga UPSI dengan jumlah peminat seramai 594 orang sejak ditubuhkan pada Oktober 2008.
No comments:
Post a Comment