September 24, 2011

Lagi kumpulan graduan pendidikan ditubuh

Tanjong Malim, 24 Sept. – Selepas kumpulan “Keluhan Hati Graduan Pendidikan” ditubuh melalui laman sosial facebook pada 13 September lalu, wujud sebuah lagi kumpulan yang hampir sama – “Gabungan Graduan ISMP Malaysia”.

Kumpulan yang ditubuhkan melalui laman sosial faceook itu juga dikatakan berfungsi sebagai medium perkongsian maklumat dan pandangan dalam menangani isu-isu berkaitan graduan pendidikan.

Pengendalinya, Abdul Rahman Usman yang mengaku bertanggungjawab dalam penubuhan kumpulan tersebut mendakwa penubuhan kumpulan tersebut adalah rentetan daripada penubuhan kumpulan Keluhan Hati Graduan Pendidikan yang menyasarkan seluruh graduan pendidikan IPTA dan IPTS di Malaysia sebagai pengikutnya dan bebas daripada pengaruh politik.

No comments: