September 1, 2011

Pro Canselor Abdul Shukor Abdullah: "Guru b'peranan penting, transformasi visi pendidikan"


Kehilangan Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Almarhum Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah pada pagi 31 Ogos (semalam) amat dirasai oleh seluruh warga kampus.

Almarhum merupakan Pro Canselor Upsi dan mantan Ketua Pengarah Pendidikan telah banyak berjasa khususnya dalam memajukan pendidikan ke suatu tahap yang lebih baik.

Menurut reaksi beberapa graduan disini, pesan almarhum semasa sesi konvokesyen yang lalu amat jelas memberi mesej bahawa peranan guru-guru dalam mendidik amat penting dalam membentuk generasi Malaysia yang berkualiti.

Sewaktu memberi reaksi kepada 'National Education Blue Print' lima tahun dahulu, beliau pernah menyatakan bahawa dalam melaksanakan transformasi visi pendidikan, peranan guru dalam bilik darjah amat penting.

Katanya ' guru-guru berperanan penting kerana mereka adalah kelompok yang akan melaksanakan transformasi visi (pendidikan) menjadi realiti'. Takziah dan al-fatihah buat almarhum.


2 comments:

nan said...

salam aidil fitri,

saya mewakili King Edward VII School Taiping Old Boys mengucapkan salam takziah kepada keluarga beliau.

beliau merupakan rakan kepada Datuk MUtalib, bekas Pengerusi Media Prima dalam tahun 1960an dulu.

-adnan (1990-1994)
Old Edwardian

Anonymous said...

pelajar upc dihina di fb tanjung malim kini

http://imageshack.us/photo/my-images/546/unled1nw.jpg/