May 22, 2010

NUTP sifatkan lesen perguruan belum sesuai dilaksana

Tanjong Malim, 22 Mei – Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Mohd Puad Zarkasyi hari ini mencadangkan supaya guru disyaratkan memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion perguruan serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, menyifatkan negara belum bersedia untuk mengamalkan perkara terbabit kerana masih ada perkara lain membabitkan pendidikan yang masih belum mencukupi, termasuk prasarana.

Katanya, mewajibkan guru mempunyai lesen bermakna perlu ada badan atau unit khas yang perlu memantau perjalanan kaedah itu, termasuk memastikan guru yang tiada lesen, kehilangan lesen atau lesen palsu.

“NUTP berpendapat adalah lebih baik wang yang dicadangkan untuk membayar pekerja badan khas yang mengawal hal berkaitan lesen perguruan digunakan untuk memajukan bidang lain yang masih ketinggalan di sekolah terutama di luar bandar,” katanya.

Dalam pada itu, koordinator MPP Pro-Kebajikan Mohd Zahar menyifatkan cadangan tebabit adalah baik sekiranya dirancang dalam jangka panjang. Katanya “ cadangan tadi adalah baik jika dirancang untuk jangka masa panjang, buat masa sekarang lebih baik KPM fokus untuk tingkatkan kualiti guru-guru dengan menyediakan latihan profesional dan tekankan pendidikan moral dan akhlak guru jika ingin menyelesaikan masalah-masalah berbangkit berkaitan profesion perguruan” ulasnya.



No comments: