Tanjong Malim, 5 November - Makluman berhubung tawaran bagi mengikuti kursus kepimpinan mahasiswa sesi 2010/2011 oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pada 27 Okotber (rujuk disini) lepas telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan mahasiswa disini. Kursus tersebut yang kebiasaannya merupakan pra syarat bagi mereka yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) tidak dinyatakan dengan jelas.
JHEPA dikatakan menggunakan taktik mengelirukan mahasiswa sama dengan sesi pemilihan lepas dimana butiran kursus tidak dinyatakan awal dan tidak jelas. Kekeliruan terbabit ditimbulkan adalah berhubung beberapa perkara termasuk tidak dinyatakan bahawa kursus tersebut adalah syarat bertanding dalam MPP dan tarikah kursus tersebut turut tidak dinyatakan.
Tindakan tidak profesional ini disifatkan mempunyai motif tersembunyi JHEPA bagi mematikan demokrasi kampus yang adil. Sewajarnya hal tersebut perlu dijelaskan secara tepat kepada seluruh mahasiswa kampus tanpa membuat pengumuman umum yang mengelirukan. Rata-rata mahasiswa yang mempunyai keinginan untuk menjadi pemimpin tidak mengetahui hal terbabit dan ini telah mematikan proses keadilan dalam demokrasi kampus.
Dalam pada itu, pada sesi pemilihan lepas, terdapat banyak isu yang melanggar norma-norma keadilan dalam pemilihan wakil pelajar dimana mereka yang tidak mengikuti kursus yang menjadi syarat bertanding telah dibenarkan bertanding. JHEPA dikatakan sekali lagi menggunakan taktik yang sama mengelirukan mahasiswa.
No comments:
Post a Comment