8 November
Selepas hampir satu sesi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI, Mohd Razik b. Khalid didakwa sebagai Yang Dipertua MPP yang meneruskan legasi kepimpinan paling lemah dalam sejarah UPSI.
Dalam beberapa tinjauan yang dibuat rata-rata mahasiswa di sini tidak mengenali siapa Razik meskipun memegang jawatan nombor satu MPP.
Perlantikan Razik sebagai YDP dilihat sama dengan legasi kepimpinan MPP lepas dibawah Mohamad Hairie bin Abdullah (YDP MPP sesi 2009/2010) yang dilihat paling tidak demokratik di UPSI menjadi antara sebab mengapa beliau tidak begitu dikenali di kalangan mahasiswa. Dengan kemenangan tanpa bertanding di kerusi Fakulti Teknologi Maklumat Komunikasi (FTMK), beliau (Razik) menawarkan diri untuk memegang jawatan YDP setelah disokong barisan Pimpinan Bitara dan beberapa pegawai HEP yang bertindak menjadi perancang utama dalam penyusunan kabinet MPP.
Perlantikan beliau juga dikatakan mengulangi sejarah pemilihan MPP 2009/2010 dibawah Hairie (mantan YDP) apabila kesemua calon Umum yang menang dalam pilihan raya kampus (PRK) lalu diketepikan jawatan YDP dan diberikan kepada beliau yang hanya menang tanpa bertanding di kerusi fakulti.
Sepanjang tempoh hampir satu sesi sejak hujung semester 2010, tiada apa-apa pembaharuan yang dilakukan beliau melainkan hanya mengulangi corak kepimpinan terdahulu yang suram. Beliau yang turut dilabel sebagai YDP “copy and paste” dikatakan tidak begitu menyerlah berbanding beberapa ahli MPP lain sejak dari awal memegang jawatan tersebut.
Razik pada ketika ini dikatakan semakin hilang pengaruh dan sering kali dilihat tidak mampu meneruskan tugas-tugas seorang YDP. Timbul juga cakap-cakap yang mengatakan kreadibilitinya sebagai YDP turut dipertikai pihak pentadbir dan rakannya dalam MPP.
Kreadibiliti beliau turut dipertikaikan apabila wujud dakwaan dari presiden persatuan bahawa mereka ingin menubuhkan Gabungan Persatuan Upsi (GPMU) bagi menggantikan MPP yang dilihat kurang berperanan dengan berkesan.
Rekod satu semester sebelum ini bakal membawa kesan kepada kepimpinan beliau dan rakan-rakan dalam Pimpinan Bitara dan memberikan peluang kepada Mahasiswa Pendidik yang dilihat mempunyai kepimpinan mereka yang tersendiri. Namun apa yang kita harapkan dari kedua-dua blok kepimpinan ini ialah sejauh mana mereka mampu membawa suara mahasiswa dalam meningkatkan tahap khidmat mereka. Ini dilihat masih lagi lemah dalam kepimpinan MPP sedia ada.

17 comments:
saya hny kenal dia ni sem lepas je ..tu pun melalui gmbr bukan melalui gerak kerja....sedih slaku mahasiswa
jadi ....xpayah la pilih ydp yang pratikal...
alah,,MPP pun slalu ponteng kelas,submit lewat assignment...xde beza ngan student lain...
mpp menyerlah ialah shaiha, samuel, mazira, hafiez, zahar, herwana dan fatimah..yg lain KPI sgt lemah termasuk YDP MPP..yg hairannya MPP yg menyerlah ini hanya pegang jwtn Exco saja kecuali Exco.huhu
meh sini nak coment pasal ini..saya betul2 xfaham dengan situasi yg berlaku dalam MPP..apa yg saya lihat dalam MPP sendiri kucar kacir,bermasam muka..antara yg betul2 bg saya xder kesan ialah fatimah kilat, ilyana, zuriani, bala dan yg paling penting YDP..geng2 ni kalau orang2 penting turun nmpak la muka..pernah saya nk berurusan ngan bendahari mpp siap dia tenking saya..inikah ciri2 mpp????..yg si razik pula dalam prgram asyik cakap pagi2..apa kejadah pun xtau..pelik tul..pernah saya dengar macam2 yg nk dilakukan mpp, tapi haram jer..kalau setakat cakap jer tapi kerja x buat bek xpayah xakap..saya nk puji, herwana, shaiha, juriah, hafiz, fatihah, amin...diaorg ok..shaiha saya nmpak ada perkara yg dia tggalkan..nnmpak la juga..YDP?????? HABUK PUN TADAK....pesan saya dalam pilihanraya akan dtg jgan pandai nk tabur janji2 kosong..memualkan dengar..jgan membodohkan diri yang bodoh tu..nnt org ketawa..ingat ini bukan saja tgugjawab dengan org sekeliling jer..tapi tgugjawab dengan ALLAH SWT...kalau x buat berdosa..tapi apa yg korang rasa sebab dosa tu x nmpak..tapi jgan lupa DIA tahu semuanya....
saya cabar barisan mpp xkisah lah aspirasi ker, pro-M ker...saya nak kamu semua buatkan bukti bertulis dalam blog mpp atau di mana2 sahaja tentang berjaya atau x manfesto yg lepas..biarkan semua org tahu pasal ini..bg saya sama jer korg..kebanyakan x tahu nk laksanakan tugas..kamu semua pemimpin beb..bukan semabarangan..antara kami semua kamu terpilih..tapi naper wat kami cam nih??????....nak cakap pasal pro-M, kalau prgram hiburan nk dijalankan bukan main menentang..tapi kalau masaalh pelajar yg teruk seperti berdating, pondan2, langsung xpernah dipedulikan..cam ni pemimpin??nk biarkan cam tu jer???...bilik mpp tu sunyi jer..kafe tuk budak2 makan d bitara tutup xbuka2..walhal itu satu2nya kafe yg kita ada...sedih.. saya x faham..jgan hnya nk bggakan prgram g kemboja yg xder kesan apa2 kepada kami..kami nk kebajikan kami terjaga..itu sahaja..hebahan tentang kebajikan xder langsung..terukkkkkkkk... kebanyakan student xtahu kalau ada masalah dengan siapa nk hubungi..ini la tugas mpp..buatlah sesuatu..jgan sampai org menyumpah anda2 semua..mpp yg bernama shahril tu plak..aduh..xder efect apa2 langsung dalam mpp..menag gaya ada la..tapi hempeh jer..berdosa kalau kamu semua x tunaikan tgugjawab anda..ini sekadar renungan bersama..mungkin agak kasar tapi itu la realitinya..renung2kan..alagkah bagusnya kalau mpp dapat buat sesuatu tuk kami..~~
ada benarnye komen2 anda..
MPP.. indah khabar dari rumah.. cuma menang pada gaya tudung.. gaya baju.. dan gaya rambut yg dimiliki.. selebihnya entah la yg diorg tahu.. MPP kali ini.. jelas hancurnya bila kegagalan menguruskan Pesta KOnvokesyen dengan sebaiknya.. satu2 event besar yg sepatutnya menjadi kebanggaan..
Terlalu byk kepincangannya.. sebab nila setitik rosak susu sebelanga.. and satu lagi saya sgt bersetuju sekiranya dikatakan MPP kali ini tak lebih dr lembu yang dicucuk hidung.. dan tuan lembunya pula merupakan peg2 hep yang berlagak pandai dalam semua hal.. tapi sebenarnya hampeh.. apa pun.. kepimpinan ni sama je macam wakil2 rakyat.. menifesto tu cuma agenda utk menang je.. tapi apa yg dimenisfestokan pun diorg sendiri tak tau...
lastly.. pasal YDP yang pegi praktikel.. tak pernah2 dibuat org.. tidak dinafikan sepanjang kewujudan MPP ni.. en razik kitalah YDP yang paling tidak menyerlah.. langsung takde rupa seorg YDP.. melepak je yg lebihnya..
so pada kawan2 sekalian.. u all yg pilih.. u all la yg tentukan.. pada saya kita sendiri tidak bangun utk menentukan corak kepimpinan yg ada ada di UPSI..
mmg betul la...lgpun spt terasa mpp kali ini cam tak begitu mantap seperti sebelumnya...cth plg pntg isu posting..kalo mpp sblum2 ni msti ambil berat pasal isu posting..bantu senior2 utk lebih cpat dipostingkan..tp mpp kali ni,dok diam jer..tak de sebar info ke makluman ke..moga pelajar upsi yang akan dtg memilih pemimpin mereka dgn lebih berhati2...
kadang2 kita mudah mengata orang ..itu lah inilah..cuba kamu berada dikerusi mpp...boleh ke kamu bawak semua ne..politik kampus upsi mati..dalam mpp sendri tiada politik thinking..mahasisiwa pula disogokan degan akedemik je....kalau hangpa duk tumpu akedemik,,belum tentuakan jadi cg yg baikk
hahaha. MPP kali ini ada yg baguih ada tak..
Pasal si Razik YDP tu memang lembap..masa org besar je datang..yang lain mcm fatimah dgn ilyana, bala ,muzakir tu masa org besar atau ada kepentingan datang..cuma sy respect samuel,mazira, amin, zahar, juriah, shaiha..mereka ini senang dijumpai dan berurusan walaupun mereka ini ada yang tidak disukai pihak tertentu tetapi mereka tetap vokal bersuara mempertahankan hak mahasiswa..tak mcm yg lain semua senyap semacam..paling tak best dengar kata isu bas percuma ni disuarakan semua mpp tapi yg dapat nama cuma Razik ngan Fatimah..apa kes..mana suara mpp lain yg bersama sama membawa usul ini..satu lagi apa kata tahun depan masa PRK, YDP MPP mesti dari calon umum paling tinggi undi tanpa kira aspirasi ke mahasiswa..ada berani..
rindu dengan mpp sesi 2007/2008...walaupun byk kontrovesi tapi masih bertanggungjawab...terasa politik kampus hidup...
Sokong Shaiha, Sam, Hafiez, Zahar, Juriah & Herwana.
**YDP bajet macho, xsuko
kadang2 kita mudah mengata orang ..itu lah inilah..cuba kamu berada dikerusi mpp...boleh ke kamu bawak semua ne..politik kampus upsi mati..dalam mpp sendri tiada politik thinking..mahasisiwa pula disogokan degan akedemik je....kalau hangpa duk tumpu akedemik,,belum tentuakan jadi cg yg baikk......
ok saya nk komen tuk yg post pasal ni..anda menyatakan kalau kami berada d tempat mmp baru tau macam mana kan..yer kami memang xtahu sebab kami x duduk d kerusi mpp..jadi anda yg tahu pasal mpp LAKUKANLAH seperti mana tugas mpp e2..jgan nk salahkan kami yg xtahu..dah kami x tahu korang la bgtau...e2 la saya cabar mpp tuk nyatakan bukti bertulis apa yg telah mpp lakukan dalam 1 tahun ni..pastu kami boleh nilai ..mungkin kami silap kan..tapi berani ker nk buat?????hahha...dan apa yg telah kamu lakukan ada atau x kebaikan pada kami..jgan terlalu terikut dengan politik luar..nnt yg dalam terabai..faham...saya sendiri tak menyokong mana2 pihak..saya cuma sokong yg tahu bidang tugas seorg mpp..menjaga kebajikan kami tnpa mengira kepentingan tertentu..itu baru betul..ini sampai mpp pun orag x kenal..x ke pelik semua tu???...logik x seorg ketua tidak dikenali??????itu ciri MPP yg nk dibanggakan.???..wahai mpp jgan lah meludah ke langit nnt jatuh atas mka sendiri..saya xkan pernah nk bercakap kalau perkara ni xbetul..ini hakikatnya..pesan saya untuk jadi calon nnt carilah yg berbeza..bukalah minda pelajar2 untuk lebih fokus tntang kehidupan sebagai mahasiswa..
simple.. as student kita tentukan.. lets turun mengundi pada masa akan dtg.. dan kita tgk kesannya.. pilih yg betul2 dapat memberi kelainan pada sistem yg ada.. yg mampu memberi impak kepada pentadbiran universiti..
mahasiswa UPSI perlu lebih proaktif semasa di kampus..bukan MPP sahaja, mahasiswa pun perlu ambil bahagian dalam semua bidang, ini yg perlu kita fokuskan untk masa2 akan datang.
semuanye sama sahaja.."mengata orang dia yan g lebih"bukan begitukah???
seringh kali menilai yang buruk dan berpransangka negatif bila dan tanam dalam diri rasa iri hati dan perasaan negatif ityu...kalau benar semuanya baik belaka?????siapa lah yang hendak duduk di bawah???kalau semua nak jadi RAJA..siapoa yang nak jadi penggerak mahupun pengikut???
sebagai insan bergelar mahasiswa..belajarlah mengerti bahawa jika diri anda tiada keberaniana menyandang sesuatu jawatan itu mahupun berkhidmat..maka redhala dengan keputusan pelantikan hasil pilihan majoriti.. ni pilih..tapi bila tidak memberi faedah hanya pada individu,terus menuding jari menagtakan itu baik dan ini tak layak!nama diberi DEMOKRASI..maka haruslah tiada DISKRIMINASI...bila pencalonan mendapat sokongan MAJORITI..jadi fikir-fikirkanlah...renung-renungkanlah...
bagi barisan MPP..selesaikan soal dalaman..dan sememangnya pihak anda menjamin hak kami sebagai mahasiswa dan jagalah tutur kata dan budi bicara..anda dipiih atas dasar keprcayaan maka jangan mengutarakan janji kosong jika tak mampuy menunaikannya...TEruskan berkhidmat dengan SEIKHLAS dan SETULUS hati...SERKIAN
Post a Comment