November 9, 2010

Kursus Kepimpinan Mahasiswa 2011 , ramai tak tahu syarat bertanding MPP

Tanjong Malim, 9 November – Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UPSI telah membuat pengumuman permohonan untuk menyertai Kursus Kepimpinan Mahasiswa sesi 2011/2012 yang mula dibuka namun tidak dinyatakan apakah tujuan kursus tersebut dijalankan seperti sebelum ini.


Pengumuman yang disiar melalui ruangan MyUPSI Portal kira-kira jam 10.16 minit pagi 27 Oktober lalu antara lain memaklumkan pendaftaran bagi mengikuti kursus tersebut telah dibuka dan borang permohonan boleh diambil di Bahagian Pembangunan Pelajar namun tidak dimuat turun melalui portal pelajar. Borang tersebut perlu diserahkan sebelum 20 November ini.

Tindakan tersebut disifatkan beberapa pihak sebagai cubaan menutup bahawa program yang dijalankan merupakan syarat bertanding dalam PRK akan datang yang dijangka diadakan pada Januari tahun hadapan apabila tidak dinyatakan sasaran dan tujuan kursus tersebut.

Tahun lalu, JHEPA juga tidak menyatakan secara terbuka kursus yang dianjur menjadi pra syarat kepada mereka yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang bakal diadakan. Akibatnya hanya golongan tertentu yang terpilih sahaja terlibat.

Dalam perkembangan berkaitan, perkhidmatan barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 20010/2010 dilaporkan belum lagi berakhir selama setahun seperti yang termaktub di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

PRK UPSI dijangka berlangsung Januari tahun hadapan dan dijangka ramai pihak antara PRK tumpuan di kalangan IPTA seluruh Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

cb la tunaikan janji mysis yg xsettle2 lg....huhuhu......ni mybbkn rs mals mengundi korang ni.....seme same jer.....

Anonymous said...

yes...