November 5, 2010

Presiden persatuan: Tubuh GPMU, ganti MPP

Tanjong Malim, 5 November - Wujud beberapa cadangan dari mahasiswa yang terlibat dalam persatuan agar barisan presiden persatuan Universiti Pendidikan Sultan Idris mewujudkan Gabungan Persatuan Mahasiswa Upsi (GPMU) bagi mengimbangi peranan MPP yang dikatakan kurang menunjukkan prestasi yang baik dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa pada sesi ini.

Cadangan terbabit disifatkan lahir dari rasa kurang puas hati mereka terhadap peranan MPP dalam menguruskan hal-hal berkaitan kebajikan mahasiswa disamping lemah dalam menyalurkan suara kepada pihak atasan serta wujud kekecewaan berhubung komitmen MPP dalam SDP baru-baru ini.

Dalam pada itu, mereka menyifatkan bahawa sekiranya persatuan-persatuan yang ada di universiti bergabung dan bersatu untuk menyatakan suara mereka berhubung hal-hal yang melibatkan mahasiswa sudah tentu suara itu lebih kuat.

6 comments:

Sang Mencari Kebenaran said...

SOKONG...WUJUDKAN JUGA ANGKATAN GURU AWALAN SEMALAYSIA UNTUK MEMPASTIKAN HAK BAKAL GURU SELURUH MALAYSIA TERBELA...

Anonymous said...

saya setuju dgn cdgn itu.penting bilamana mpp xmelaksanakan tugas mereka dengan baik, ada yang menjadi tempat rujukan kedua..
p/s: MPP jgn duk rancang nk melancong je..duit y ada manfaatkan utk mahasiswa..kami pilih anda..dgr kata duit lebihan pesta konvo nk buat melancong...

Anonymous said...

duit lebihan tu, manfaatkanla untuk mahasiswa UPSI nie,, ini makan untuk diri sendiri..

mangkuk betul la..

qatrunnada said...

Tercabar suda MPP UPSI...siapa pula yg berani mencabar MPP UMSKAL?? hmm...

Anonymous said...

sebenarnya perkara ini dah lama perlu ditubuhkan bagi berkongsi idea, tenaga dan peranan yang dimainkan oleh semua presiden persatuan di UPSI. Presiden2 UPSI ada bagaikan tiada disebabkan oleh MPP tidak memainkan peranannya dalam menguruskan program...mereka hanya muncul sekiranya idea yg datang daripada presiden dan mintak ada kerjasama dengan MPP untuk mendapatkan nama bg pihak mereka...yang penat lelah adalah badan pelaksana daripada persatuan, tetapi bila dijadikan program kerjasama dengan MPP nama yang incharge itu akan naik. sebab itulah anugerak kepimpinan pelajar xpernah dapat kat presiden persatuan tetapi hanya MPP yang akan dapat anugerah itu dari pelbagai kategori, sedangkan persatuan yang aktif juga berhak.

Anonymous said...

GMPU adalah sangt relevan kepada semua persatuan upsi yang tidak lagi diberikan kerjasama oleh MPP.MPP perlu adakan banyak kerjasama dengan presiden-presiden persatuan UPSI. Kalau lah sikap MPP macam ini, tiada perubahan langsung dalam memimpin, saya rasa amat rugi la anda menjadi pemimpin. MPP juga tidak boleh bersikap non-profesionalisme dalam soal ini. Kena gah kan MPP tu, barulah MPP dilihat sebagai badan yang bekerja. Jika anda bekerja, tetapi tidak diketahui oleh barisan presiden2 bagaimana pula pelajar2 lain untuk mengetahuinya. dan secara terus menerus anda dilabelkan tidak bekerja. Kerjasama dalam berpersatuan kena erat. Barulah tidak pertubuhan-pertubuhan baru yang menyokong dan menentang MPP.Saya juga terkilan apabila program2 besar universiti kerana MPP tidak panggil pun untuk berbincang semeja dgn barisan presiden yang saya kira mereka mempunyai idea yang bernas dan mantap untu diketengahkan dalam sesebuah program. Bila tidak ada perbincangan, perancangan awl, maka sesuatu program dianggap tidak berjaya, hambar, dan tidak ada sambutan daripada pelajar. Saya lihat sekarag banyak program2 besar dibuat oleh persatuan-persatuan di UPSI seperti Persatuan Pengguna, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, Persatuan Pengajian Malaysia, Persatuan Mahasiswa Sains dan banyak persatuan2 lain yang mampu melaksanakan program yang baik lebih baik daripada MPP lakukan.Dan banyak persatuan tidak tahu MPP sebenarnya ada peruntukan khusus kepada persatuan2 di upsi untuk menganjurkan program. tetapi itupun susah nak dapat. kemana sebenarnya duit yuran MPP yang dibayar oleh hampir 15 000 pelajar kepada MPP sebangai yuran semester? Cuba darab 15 000 X RM80 (kalau lebih xthu lah) RM1.2 juta dah kan, so persoalan ini muncul daripada benak fikiran yang Tuhan bagi kepada manusia yang memikirkannya.