December 5, 2010

Kenaikan 4 barangan serentak: Mahasiswa pendidikan kesal

Tanjong Malim, 5 Disember - Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris melahirkan rasa kecewa berhubung kenaikan harga barang kawalan seperti minyak, diesel, gas asli cecair (LPG) dan gula kesan daripada rasionalisasi subsidi yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kenaikan harga barang terbabit telah menimbulkan pelbagai rungutan dari kalangan mahasiswa pendidikan disini. Mereka menyifatkan bahawa alasan yang digunakan untuk pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan adalah tidak wajar dibebankan kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Menurut Mazlan yang melahirkan rasa kecewa menyatakan bahawa "kalau gula naik ok lagi tapi kalau harga minyak naik tambah pula Ron 95, rakyat di negara ini akan makin terdesak kerana minyak ini diguna oleh rakyat ramai dan menjana pembangunan negara, sah semua barang lain akan naik".

Dalam pada itu, Tamim pula menyifatkan bahawa kenaikan tersebut tidak wajar bagi mahasiswa , sudah lah biasiswa bagi mahasiswa pendidikan sudah dimansuhkan, ini pula barang naik, pinjaman PTPTN tetap sama, kos sara hidup makin meningkat."

Selain itu, menurut Herwana Herman yang juga merupakan Exco MPPUPSI turut menyatakan bahawa tindakan kenaikan harga barang tersebut boleh membuat mahasiswa sesak nafas , mesti makanan di kedai semakin meningkat harganya dan sudah kemungkinan duit pinjaman PTPTN tidak cukup terutamanya mahasiswa Sabah dan Sarawak yang perlu kos pengangkutan yang lebih tinggi".

Tambahnya, " kita selaku mahasiswa yang turut tergolong dalam 'civil society' (masyarakat sivil) mempunyai hak untuk menyatakan pandangan berhubung perkara ini kerana ianya berkaitan hak ramai, ujarnya.

3 comments:

Anonymous said...

ini lah dikatakan perompak elit yang tersembunyi dibalik tangan pemimpin kroni.

lubuk ilmu said...

nasib rakyat skg...di tindas....skg kueh 40 sen....tomorow....rm1 .....OMG......nie sumer sbb projek yg sia2 guna duet byk..

Fadhlullah Universoul said...

kah kah kah..

nasib rakyat Malaysia..

biarlah..malaysia kaya..banyak sumber alam..bukan minyak saja,tapi macam2 lagi..

apa salahnya naik sikit harga..

kerajaan kita miskin..terpaksa tanggung subsidi rakyat..

rakyat kaya..so subsidi wajib dipotong..tp subsidi utk syarikat kroni & IPP tak potong wpn 1sen..

semuanya sbb IPP yg dpt berbilion2 keuntungan atas angin mcm2 je ni mskin nak mampus..

sekali lagi,rakyat kita kan kaya raya..tanggung kenaikan sikit yg dh bising ni mesti org miskin..meh aku komen pedih & ganas sikit :SAPA SURUH JADI MISKIN..BODOH!!(meminjam kata2 kartunis kulupsakah)