Alhamdulillah hari ini kita sama-sama meraikan tahun baru, 1 Muharram 1432 Hijrah. Semoga permulaan tahun baru ini kita raikan dengan penuh keinsafan dengan mengimbau kembali kekurangan dan kelemahan yang ada di masa lalu disamping merancang kehidupan dan keazaman yang baru pada masa depan. Moga-moga ianya menjadi motivasi untuk kita sama-sama mengkoreksi diri, menilai sejauh mana usaha kita dalam memelihara diri , keluarga dan masyarakat dari kerosakan serta apakah sumbangan kita terhadap agama Allah s.w.t.
Penghayatan Hijrah Masa Kini
Kehidupan hari ini menuntut kita untuk berdepan dengan pelbagai perubahan. Sejak dialam sekolah hinggalah bergelar sebagai mahasiswa kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pembaharuan dalam kehidupan. Kita juga berhijrah dari kampung halaman dan berada dibumi pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris yang dicintai ini demi makna sebuah hijrah kearah kebaikan menimba ilmu dan pengalaman. Nilaian Hijrah yang kita sama-sama lakukan tidak dapat dihitung dengan nilai kekayaan dunia jika ianya disusuli dengan keihklasan. Moga-moga pengorbanan dan kesanggupan kita berhijrah demi secebis ilmu di bumi Malim ini akan dinilai disisi Allah sebagai salah satu dari amal kebaikan di akhirat kelak.
Hijrah dan Mahasiswa Pendidikan
Sebagai mahasiswa khususnya yang berada di bumi pendidikan yang dicintai ini , kita menyedari bahawa tuntutan Hijrah perlu bersama kita hayati. Berhijrah dari segala perbuatan keji dan maksiat kepada mentaati suruhan dan larangan Allah merupakan matlamat utama kehidupan kita sebagai Muslim.
Mahasiswa pendidikan yang bakal menjadi pendidik kelak merupakan mesin manusiawi bernurani yang bakal mencorak generasi baru. Hijrah Rasulullah SAW menuntut pengorbanan untuk membangun sebuah generasi baru yang mentaati Tuhan, maka kita mahasiswa pendidikan perlu bersama untuk berhijrah kearah memberi sumbangan kepada pembentukan sebuah generasi baru yang sejahtera dari sebarang kerosakan dan kehinaan. Generasi yang menjadikan Tuhan sebagai matlamat kehidupan.
Akhir kata, kami barisan MPP Mahasiswa Pendidik mengucapkan selamat menghayati makna hijrah yang sebenar dan kami memohon kemaafan atas segala kekurangan ditahun yang lalu. Moga kita bersama mengorak langkah mara kehadapan dengan penuh keazaman yang baru. Semoga kehadiran tahun baru 1432 Hijrah pada kali ini dapat memperkukuhkan nilai kebaikan dalam diri kita bersama.
Sekian,
'Mahasiswa Pendidik Pencetus Tranformasi'
Mohd Zahar b. Mohamed Nor
Atiqah bt. Mohd Hasbi
(Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah)
Mohd Amin b. Mat Sidik
(Exco Akademik & Kerjaya)
Nik Azrul b. Nik Kamaruddin
(Exco Kebajikan Kemasyarakatan)
Noranoo bt. Arifin
(Exco Perhubungan & Antarabangsa)
Herwana bt. Herman
(Exco Kesenian & Kebudayaan)
No comments:
Post a Comment