December 4, 2010

Konvokesyen ke-13 dijangka Julai 2011

Tanjong Malim, 4 Disember -Tarikh Konvokesyen ke-13 bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bakal menamatkan pengajian pada tahun hadapan dijangka akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Menurut Bahagian Hubungan Korporat dan Antarabangsa Upsi (BHKA), Mesyuarat Pengurusan Eksekutif (MPE) telah bersetuju dan memperakukan tarikh konvokesyen bagi mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris tahun hadapan akan diadakan pada 26-30 Julai 2011.

Dalam pada itu, tarikh tersebut disifatkan sesuai dengan tempoh waktu mahasiswa tahun akhir yang akan tamat praktikum pada 20 Mei 2011 dan mereka tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini.

13 comments:

Unknown said...

npe lma sgt nk tgu??dkt 9bln....errmmm,dorgla untung x yah nk tgu lma,ktorg jgk yg trpksa mnuggu dorg ni plak...!!!!

Anonymous said...

cantikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Anonymous said...

xsetuju.. masa tu xde suasana konvo sbb sem blum mula...

Anonymous said...

bagus..kami student master tak sabar nak habiskan sem depan dan konvo awal..

Anonymous said...

tapi masa tu belum start sem lagi, konvo akan dijalankan gan suasana yg sunyi.

Anonymous said...

suasana x penting. yg penting fast n swiftly done~ Masa itu emas

sakura85 said...

kiteorang nye batch sikit punye lame la plak nak kene tggu...adoitt...aarap2 posting pun x dilambatkan..kalo tak..huhu..sedih tol la ngan UPSI nih...

Anonymous said...

sesuai apenye?yg hbs prtikum okteber 2010 ko nk letak ktner?diaorgpn plejar upsi gak...baik ko btulkan blik statement pargrah yg last tu...

PUAN PIA said...

Tahniah semua pelajar UPSI... Xkisah cepat atau lambat posting, yang penting dapat mengenggam segulung ijazah !

Anonymous said...

paling kesian mereka buka gerai2 kat situ mesti tak laku macam biasa, dah la sewa tapak dalam upsi tu mahai, untung tak banyak mana kesian kesian

Unknown said...

nice... i think ini untuk yg hbis prktikal mei nanti jer.. n setahu sy.. awal bln julai, dah msuk pengambilan bru. suasana konvo still ade wut?

Anonymous said...

dr mne dpt brite ni?sahih ke mklumat ni?

Anonymous said...

nk tnya skit..tarikh ni untuk konvo sidang ptma ke sidang ke 2???ke sidang ptma dan ke 2 digabungkan skali???sla jlaskn keadaan ini bg tdak mnglirukan plajar yg tmat prktikum pada bln 12 2010..harap mklum...