October 31, 2010

Sidang Dewan Pendidik “Panas”

Tanjong Malim, 31 Okt- Sidang Dewan Pendidik ‘SDP’ telah berjaya dilangsungkan setelah begitu lama ditunggu oleh seluruh pimpinan pelajar. Medium tersebut merupakan satu pentas perbincangan terbaik kerana segala masalah boleh diadu terus kepada pihak yang sepatutnya.

Pengarah program, Noranoo Ariffin merangkap Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa MPP mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir semalam kerana tanpa mereka sudah tentu program pada hari ini tidak dapat dijalankan. Walaupun ramai pelajar telah balik ke kampong, tetapi kehadiran para sidang dewan dalam ‘SDP’ semalam menunjukkan komitmen mereka terhadap permasalahan mahasiswa. Beliau juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pegawai yang hadir kerana sanggup meluangkan masa bersama kami, ujarnya menerusi email.

Koordinator Mahasiswa Pendidik (MP), Mohd Zahar Mohamed Nor turut menyatakan rasa gembira diatas kejayaan sidang yang berlangsung selama saparuh hari semalam. “Sidang agak panas seketika apabila usul berkaitan pendaftaran kursus daripada saudara Redzuan (Pengerusi Sekretariat Rukun Negara) dibahas.” Saya juga turut mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut kerana keadaan yang agak kronik melanda para pelajar apabila bermulanya masa pendaftaran kursus. Kita mintak bahagian akademik semak balik sama ada sistem yang digunakan ini patut diteruskan atau kembali kepada sistem yang lama. Hal ini adalah kerana demi kebajikan mahasiswa, ujarnya lagi. Keadaan menjadi tegang apabila ramai yang bangun untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sistem tersebut menyebabkan speaker dewan terpaksa menyekat laluan kerana masa yang terbatas.

Walaubagaimanapun beliau melahirkan rasa kesal dengan kehadiran MPP yang amat sedikit. Hanya 10 orang yang hadir sedangkan kita membawa masalah mahasiswa. “saya berharap agar pada masa akan datang MPP dapat menyertai sidang seperti ini demi kebaikan bersama,” tambah beliau dalam email tersebut. Sidang yang bermula sekitar 9.40 pagi itu selesai setelah semua usul dibaca pada pukul 2.10 petang.

10 comments:

Anonymous said...

MPP yg hadir ialah
Razik
Norainoo
Zahar
Samuel
Nik Azrul
Mazira
Juriah
Herwana
Muzakir
Sharel

Yg lain tak tahu ke mana..cuba teka

Ada satu isu panas yg diutarakan saudara Samuel (MPP Sarawak) berhubung praktikal semester 7..Usul ini dibangkitkan oleh saudara Effey (Pendidikan Moral) telah memanaskan Sidang Dewan Pendidik sehinggakan hujah saudara Samuel telah membuat pegawai Akademik tidak dapat membalas kembali..

Isu yg dibangkitkan saudara Sharel (MPP FSK) mengenai harga makanan turut menarik..

Saya sarankan upsikini menghubungi MPP tersebut untuk ulasan lanjut

Anonymous said...

yg lain ada urusan masing2..xkan sume MPP nak bertumpu kat satu tmpat.. mcm mane dgn program plajar2 yg lain..
xpergi xbermaksud kita x sokong...
jgn tgok kalo org tu ada je...kdg2 yg ada tu xtentu ag yg wat keje...
yang xde tula yang bersungguh wat keje...
sebanyak2 program yg MPP anjurkan..baru kali ni la ada yg tolong senaraikan MPP yg hadir..program2 sblum ni xde la plak...

Anonymous said...

SDP panas sebab aircond rosak kot...Pi lah wat repot kat JPPHB

Anonymous said...

SDP program wajib la bro untuk MPP..apa salahnya kami dari Presiden Persatuan menyenaraikan nama MPP yang hadir supaya mahasiswa tahu siapa MPP yang hadir..maaflah kalau kami dari Presiden ini menganggap MPP yang hadir ini sebenarnya yang banyak buat kerja..

Cuma ingat satu sahaja

Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai

Kalau takut dengan tanggungjawab
lebih baik jangan bertanding MPP..

MPP untuk kebajikan bukan untuk syok sendiri..

Anonymous said...

sidang dewan pendidik ni agak penting.. kalau tak pergi macam mana nak bawa suara rakyat.. kalau ada hal sikit tu cubalah sedaya upaya untuk datang juga.. baru jadi MPP dah byk alasan tak nak pergi.. kalau tak leh nak urus masa tak yah la jadi MPP.. jadi kuli batok sudoh la..

Anonymous said...

ala...normal le tu kalo x de semua mpp yhg hadir..
masing2 ad komitmen..
masa bacaan yassin pesta konmvo dlu pun..4 org jer yg dtg dr 14000 pljr upsi..maybe semua pljr bz kot masa tu..

mpp yg hadir lak sorang jak..tu pun sbb dia pengarah prog kot...mn mpp yg len???

realiti pelajar n pemimpin pelajar upsi...pandai menuding jari,tp x melihat yg 4 jari tu menuding diri sndr..kadang2 malu jd pelajar upsi

Anonymous said...

Dah hujung tahun baru nak bising.. opps lupa.. dah nak habis tempohkan..

g0m0k9enDek said...

x ada ke inti pati debat?? nak juga tau apa yang hangat di debatkan.. ke tertutup?? huhhh...

Anonymous said...

stuju !
satu yg tak disuarakan oleh mana2 persatuan bagi menjaga air muka koordinator upsikini.
di upsi ini kurang prgram berbentuk keagamaan secara besar besaran..
mana pergi tanggungjawab LPS MPP?
klo setakat nk jd MC untuk speaker coner, ta msok bertanding pon tak pe..contohnya pesta konvo yg tiada forum perdana, kuliah bicara wanita pula dibawah penyelenggaraan pusat islam..sory to say, LPS MPP nothing !

CheguFadh Universoul said...

salam..pergh..punya lama tak masuk blog ni..hangat gak ye..

dalam banyak2 post paling tertarik dengan

"ala...normal le tu kalo x de semua mpp yhg hadir..
masing2 ad komitmen..
masa bacaan yassin pesta konmvo dlu pun..4 org jer yg dtg dr 14000 pljr upsi..maybe semua pljr bz kot masa tu..

mpp yg hadir lak sorang jak..tu pun sbb dia pengarah prog kot...mn mpp yg len???

realiti pelajar n pemimpin pelajar upsi...pandai menuding jari,tp x melihat yg 4 jari tu menuding diri sndr..kadang2 malu jd pelajar upsi"


kalau boleh LIKE mcm kat FB tu dah like dah..semua boleh tahu yang masing2 ada komitmen..tidak terlalu cepat menghukum..tetapi tahniah kepada yang datang..Mah Mah Mah buat mereka yang tak ada hal tapi tak datang..

(Mah 3x diguna para sahabat apabila membenci & protes kepada satu perkara-Ustaz Hasrizal aka Saiful Islam)

blogger,buatlah NOTES kat FB utk setiap entri..