October 29, 2010

Malaysia sebagai Hub Hiburan: Tanda runtuhnya Institusi Pendidikan

Tanjong Malim, 29 Okt- Mahasiswa Pendidik hari ini mengeluarkan kenyataan kesal dan kecewa mengenai cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan malam dalam memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP), baru-baru ini.

Menurut Koordinator Mahasiswa Pendidik, Saudara Zahar, beliau menyatakan bahawa hub hiburan yang dicadangkan ini langsung tidak mentransformasikan Malaysia malah lebih malang lagi cadangan yang dangkal ini menunjukkan tanda akan runtuhnya institusi pendidikan.

“Saya mewakili mahasiswa pendidik ingin menyatakan rasa kesal dan kecewa dengan cadangan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam. Malaysia akan dapat ditransformasikan bukan dengan memperbanyakkan kelab hiburan tetapi hanya dengan memberikan pendidikan yang terbaik buat rakyatnya.

“Pendidikan boleh menjamin masa depan Negara yang gemilang. Kelab hiburan yang bakal dibina bukan sahaja mengundang masalah sosial yang semakin parah, tetapi juga bakal meruntuhkan institusi pendidikan di Negara ini,” katanya.

Beliau turut menambah agar rancangan ini dibatalkan dan segala bajet untuk pembinaan kelab hiburan yang melalaikan ini dapat disalurkan ke arah penambahbaikkan terhadap institusi-institusi pendidikan.

“Oleh yang demikian, saya mewakili semua bakal pendidik ingin menegaskan pendirian bahawa kami tidak sesekali bersetuju dengan cadangan untuk pembinaan kelab-kelab hiburan yang boleh melalaikan. Apa yang menjadi kepentingan kerajaan sekarang adalah memberikan pendidikan yang terbaik kepada rakyat Malaysia kerana dengan pendidikan, Negara akan mengalami transformasi yang jauh lebih baik dari sekarang,”tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana salah satu cadangan untuk memacu industri pelancongan adalah dengan menjadikan Malaysia sebagai hab hiburan malam.

4 comments:

mahu jadi guru said...

salam

minta kerjasama upsikini untuk mendapatkan info berkenaan penempatan mengajar.

mahasiswi said...

utarakan juga idea meningkatkan ekonomi negara.cdgn program lain y mgkn boleh diterokai lagi halal.ini salah satu fungsi mahasiswa.org politik rmi y krg kreatif pemikirannya.negara bertindak sedemikian antara faktornya kerana bebanan hutang y sgt tinggi skrg. lemparkan idea juga, bkn skdr mghentam.

Hakim Az said...

Semoga program transformasi ekonomi memberi kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia serta dijauhi dari segala kemungkaran.

Anonymous said...

Hab hiburan tidak salah sekirannya berpandukan hukum islam yang betul dan waras. kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi mengelakan negara terlibat dengan aktiviti yang sekular dan bukan hanya nama sahaja negara islam