October 27, 2008

Mahasiswa minta penjelasan

Beberapa mahasiswa di sini hari ini meminta pihak yang berkaitan memberi penjelasan berkenaan pembentukan kabinet yang dilihat bertentangan dengan proses demokrasi. Seorang mahasiswa tahun 2, Siti, dilaporkan sebagai berkata, penafian beberapa calon umum yang menang PRK untuk menyandang kerusi Majlis Tertinggi seolah-olah sudah dirancang dan bertentangan dengan apa yang sudah disuarakan mahasiswa.
“Kami telah memberi undi tertinggi kepada Akmal. Ini isyarat jelas bahawa mahasiswa mahu beliau menjadi pemimpin nombor satu,”katanya. Tambahnya lagi,”Majlis Perwakilan Pelajar adalah badan yang mewakili mahasiswa dan sepatutnya wakil yang berada di situ adalah mereka yang dipilih oleh keseluruhan mahasiswa dan Akmal adalah orangnya.” Beliau juga meminta agar pihak yang berkaitan memberi penjelasan apakah status kabinet yang dilaporkan sekarang ini, sama ada sah atau tidak dari sudut perlembagaan.
Seorang lagi mahasiswa, Sofian, yang memberi respon kepada isu ini menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai masalah siapa yang duduk di kerusi YDP tetapi biarlah adil kepada mahasiswa.
”Soal siapa yang duduk di kerusi YDP tidak ada masalah bagi saya tetapi janganlah sampai suara mahasiswa yang memilih 3 calon umum yang menang tempoh hari diketepikan. Mereka seharusnya berada dalam Majlis Tertinggi sebagai peneraju utama MPP”,ulasnya.
Upsikini dilaporkan penyokong-penyokong Pro Kebajikan kurang berpuas hati dengan struktur kabinet yang dibentuk baru-baru ini dan akan membuat pertemuan dengan ahli MPP Pro Kebajikan bagi mendapatkan penjelasan.

12 comments:

Anonymous said...

nak buat mcm mana...tunggu jela keptusan penuh...

budak UPSI said...

udah2.. lerr
siti ker sopian ker...
abu ker..xyah la nak wat cerita...
pg la study tu..
kepada yang menang wat la keje korang sampai selesai...
kami mahasiswa masih tidak nmpak mana2 MPP baru turun padang.. masa berkempen punya la bersungguh2 nak jaga tu nak jaga ni...tp sampai sekrg ni hampeh..janji tinggal janji..
yang aku pelik...jawatn yang dikejarkan nyaa... yang jadi YDP tu nanti kita tgk la..bleh memimpin kerr atau sekadar taktik PRO KUALITI yang betul2 berkualiti atau x.. Jawatan xpenting...yang pentign adalah tanggungjawab... jgan la memecah belahkan MPP..biarkan mereka dengan urusan mereka..jgn sbb jawatan satu keje pon xbleh nak wat...yang berjuang demi agama ker..etnik kerr...tnjukkan kebolehan dan bakat dalam memimpin..jagn la jawatan dikejar2 tp amanah dibuat sampah jer... orang yang berilmu boleh membezakan sama ada blog ini berunsurkan apa? membela nasib pro KEBAJIKAN kan??
daripada org akan nmpak buruk barisan MPP yang mana memperjuangkan KEBAJIKAN seakan-akan GILA KUASA tapi KEBAJIKAN masih tiada TINDAKAN. ini akan memburukkan IMEJ MPP tersebut.. Berikanlah semangat dan dorongan kepada MPP KEBAJIKAN bukan dengan memburuk2kan IMEJ mereka.. sudah2 lah wahai penulis blog ini. kami pembaca da rasa mual dan rimas. dan ada kalangan kawan2 mengatakan yang calon2 KEBAJIKAN tidak tahu wat keje tapi hanya nak jawatan dengan cara memburuk2 dan menghasut mahasiswa melalui BLOG ni...
ok laa..saya pon malas mengulas panjang...smoga berjaya semua mahasiswa UPSI dalam final exam kali ini.. tak sabar nak tggu STUDY WEAK 2 Minggu...yeyehh....

Anonymous said...

perlu ke ada MPP PRO KUALITI n PRO KEBAJIKAN??bila dh duk satu bumbung, MPP perlu ala sepakat, baut keje sama2. ada plak, main asing2, cmne nk wat keje dgn mantap??org lain plak, byk betul jd batu api. they knw wat to do.we do select them, n now, we hve to support them.kit emst bersatu hati, jgn pikir ego masing sgt..

Anonymous said...

kalu xde pro kualiti & pro kebajikan..
camner saudara akmal tuh x leh jd YDP MPP?...
dier paling layak duk di kerusi tuh..
cuba habaq mai....
nampak sngat pihak trtentu x mau kerusi MT didudukan oleh ahli2 pro kebajikan..
walau sorang pom...

hehe said...

:P
ape2 la.
kite saksikan perubahan yg bakal dilakukan oleh barisan MPP terbaru ni.

kalau setakat mengikut arus yang lama. baik pegang jawatan YDP Kelab Racing Bike kat Shah Alam je la. keahlian smer dibuke kepada warga tua yang dah nyanyuk ngan bebudak bawah umur.

Anonymous said...

tak tahu nak kata apa lagi, klu itu yang kalian rasakan terbaik maka terimalah, jika masih boleh diusahakan penambahbaikannya, usahakan sungguh-sungguh, berdoa dan tawakallah, kerana doa itu senjata utama, ku harap kebajikan mahasiswa upsi akan terjaga. Ma'a taufik wan najah fil imtihan. Buat sahabat seperjuangan semester 7, teruskan berusaha dengan sisa-sisa waktu yang tinggal untuk kita menamatkan sesi pengajian di kampus, jumpa di majlis konvo, InsyaAllah, moga kejayaan milik kita semua.

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

:)

penganalisis said...

Kepimpinan bukan anugerah tapi amanah. Sanggupkah saudara akmal menerima amanah ni? Jangan sanggup saja tapi nanti memakan diri. Dakwah tak semestinya dengan jawatan no.1, jawatan no.2 atau 3 pun boleh berdakwah jugak. Yang so called geng 'kualiti' ni pun apa salahnya beri 1-2 jawatan MT tu kat budak2 'kebajikan ni'. Besar sangat ke impaknya? Ini hanya kabinet mahasiswa, bukan negara. Berpada-pada la kalau nak berpolitik pun. Yg penting kebajikan mahasiswa.

Fadhlullah said...

bg aku budak2 Pro Kualiti mmg xmatang..ape gune diwujudkan kerusi UMUM??klu cm2 baik xpyh buat kerusi umum..mestila kerusi UMUM tu dilantik org yang benar2 layak boleh memimpin seluruh UPSI( i mean organisasi MPP)

so ape yg korg ProKualiti dengkikan sgt dgn 3calon UMUM ProKebajikan..
xkan sbb politik sanggup belakangkan
HAK seseorang??

tgk kpd "KUALITI" seseorang tu..
aku dulu ade buat laporan pasal BAS..kat MPP..tp aku xbuat laporan kat MT la..bile dh satu sam aku tgk xde maklum balas,aku g kat MPP blk..

dirg mntk aku tny sndiri kat HEP..
bile aku tny,HEP ckp xde ape2 perbincangan berlaku..aku xtau nama sbb aku lupe..tp muke semua mmg aku ingt..

abg kat HEP tu ckp len kali
klu ade ape2 hal menerusi Ustz or Raimi..so kat sini menunjukkan MT tu betul2 penting sbb kuasa die lebih besar tuk bawak suara mahasiswa...

mntk MPP mewakili MAHASISWA..
anda MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR..

Anonymous said...

kalu geng2 kualiti duk kerusi mt mpp...
pani kene tukar majlis perwakilan hep la plak...

Anonymous said...

hahaha...klkr..x abis2 lg ke isu kerusi mt ni..sorry sy slow sikt..maklum le sbuk stdy utk final exam..takut x smpt plak nk cover semua chapter..kn stdy week seminggu jew.len le kalo 2 minggu.

allaahh...kalo dh kerusi MT tu yg jd igauan semua mpp kebajikan n kualiti...harap empunya blog,wakil kebajikan n mpp kebajikn jumpa je dato vc terus.bncang perkara sebenar yg berlaku..x sabar sngt nk tau laporan dalam blog ni akan pertemuan dngn dato..

tapi masa jumpa tu jgn lupa bwk bukti n fakta2 penting...jngn smpai malu kn diri nanti...

lps jump dato vc, harap korang leh terima apa yg beliau ckp.. x kisah le berpihak pd korang ke x..sbb dato vc ni rasioanl n profesional orang nya..bukan emosional..

kalo kptsan berpihk kpd korang..Alhamdllh..terJAGA le KEBAJIKAN kami..kalo x berpihak pd korang..jgn le buruk2 kn dato vc nanti...dia kn ibu kt...IBU kandung sluh budiman.

WSLM

freedom_fighter said...

apani..kate sewaktu pilihanraya tiada label melabel,tup2 ade plak cerita pro inila pro itula, be profesional la skit, kalu stakat nk main kroni dlm mpp anda tidak profesional..dan mhasiswa perlu bangkit, kalau setakat nak belaja dan ambil tahu hal masing2 je baik dok kt sekolah