October 12, 2008

Kursus Kepimpinan Siri 2 cuba mempengaruhi peserta dengan ideologi Aspirasi

PRK kali ini yang mewajibkan semua bakal calon menghadiri kursus kepimpinan, menimbulkan keraguan di kalangan mereka yang bertanding sebelum ini. Ini berikutan tindakan pihak HEP yang menganjurkan kursus tersebut, tidak mendedahkan apakah modul yang akan digunapakai semasa kursus itu dijalankan. Seorang peserta yang mahu identitinya dirahsiakan melaporkan kepada upsikini pagi tadi bahawa terdapat satu slot yang mengandungi unsur “keaspirasian”. Slot ini ternyata bertujuan mempengaruhi beberapa calon yang dilihat membawa ideologi yang bertentangan dengan ideologi Aspirasi. Ketegasan pihak HEP yang ingin membersihkan PRK dari ideologi aspirasi ini mula diragui beberapa calon yang menghadiri kursus tersebut. Walau bagaimanapun, bakal calon tersebut menegaskan bahawa beliau tidak akan terpengaruh dengan dakyah tersebut kerana mereka sudah lama mengenepikan hak mahasiswa.”Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada mereka malah kami akan terus mempertingkatkan semangat juang untuk membawa perubahan kepada UPSI”jelas beliau.

Kursus tersebut dihadiri lebih 50 mahasiswa yang bakal bertanding dalam PRK kali ini.

No comments: