October 13, 2008

Mahasiswa disaran ambil peluang

Seluruh warga kampus UPSI terutamanya mahasiswa mengambil peluang PRK kali ini untuk meneliti latar belakang setiap calon yang bertanding. Ini bagi membolehkan mereka mengenali potensi calon-calon tersebut sebelum memberikan undi kepada mereka. Saranan ini dibuat oleh salah seorang mahasiswa tahun akhir, Mohd Mustakim (bukan nama sebenar) yang mahu semua siswa siswi menggunakan peluang PRK kali ini untuk memilih pemimpin yang benar-benar berkaliber. Ketika ditanya wartawan upsikini.blogspot.com, beliau berkata ”mahasiswa seharusnya menggunakan dan mengambil peluang PRK kali ini sebagai peluang bagi memilih pemimpin yang mewakili suara mahasiswa seluruhnya.” Tambahnya lagi,”kita tidak perlu lagi untuk berasa takut dengan pilihan kita sendiri kerana ini semua adalah hak kita sebagai mahasiswa”. Beliau yang bakal berpraktikum pada semester hadapan merasa adalah penting bagi seluruh mahasiswa menyedari kepentingan PRK dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa.

No comments: