October 12, 2008

Jangan jadikan surau sebagai tempat berkempen

Bahang PRK semakin dirasai dengan pelbagai berita dan maklumat daripada pelbagai pihak. Terbaru Presiden Rakan Surau Ar-Rasyidin (KERAS), memberi peringatan kepada semua calon agar tidak menggunakan surau sebagai platform untuk berkempen. “Saya secara peribadi tidak menyokong kepada mereka yang menggunakan surau sebagai tempat untuk berkempen. Namun surau boleh dijadikan sebagai tempat untuk memberi tunjuk ajar atau tazkirah kepada jemaah bagaimana memilih pemimpin atau ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang pemimpin”, kata beliau. Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua Persatuan Moral UPSI, menegaskan agar calon-calon yang bertanding menjadi contoh kepada semua mahasiswa apabila menjadi ahli MPP nanti.

No comments: