October 21, 2008

Kumpulan “Kebajikan” menang bergaya

Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.
Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan. Calon Pro Kebajikan yang menang dalam PRK kali ini adalah Akmal Madzir(umum), Nur Aqilah(umum), Arif(umum),Hanif Azwan(FST),Norhafizawati(FST),Mohamad ZUlhilmi(FSKPM),Adriyani(FSSK)dan Hisham(FSM)yang menang tanpa bertanding. Manakala calon Pro Kebajikan yang tewas pula adalah Wan Nasron(umum), Nazira(umum), Nurul Iman(FSSKPM) dan Suhainizam(FTMK).

5 comments:

Anonymous said...

tahniah...

Anonymous said...

tahniah buat calon2 yang menang PRK kali ni,terutamanya saudara Akmal,Arif,Aqilah,Hafizawati,dan Hanif..hehehe
KEBAJIKAN UNTUK SEMUA!!!!

Anonymous said...

tahniah! dr manifesto pn sy dah boleh rs he's the 1 yg deserve 2 win this election. tenang, beradab, jujur & telus, go akmal ;D

Anonymous said...

tahniah kepada sume yang menang.. perjuangan msh belum selesai. Berusaha menepati janji2 anda sebelum ini.. Kebajikan untuk mahasiswa.. Moga Allah bersama kalian..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

Tahniah dan Takziah, Perjuangan masih panjang. Kene banyak berfikir lepas ini kerana perjuangan mengisi kemenangan itu boleh jadi lebih sukar dari mencari kemenangan.

Moga Allah berkati kalian