October 22, 2008

Daripada seorang penjual nasi lemak kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar

Kebanyakan daripada kita pasti terkejut dengan kemenangan yang diraih calon umum Arif bin Mohamad dengan jumlah undian sebanyak 3757 undi. Beliau yang turut tidak menyangka dengan keputusan itu merasakan kemenangan ini adalah ujian Allah kepadanya. Jika ditanya kepada penghuni Kolej Harun Aminurrashid, pasti mereka mengenali beliau. Beliau bukan dikenali kerana memegang jawatan di kolej tetapi dikenali sebagai penjual nasi lemak dan beberapa makanan lain. Beliau yang menjalankan perniagaan bergerak dari rumah ke rumah seringkali muncul di hadapan pintu rumah penghuni KHAR pada waktu malam. Perniagaan yang dibuat secara bergerak itu membuatkan seluruh warga KHAR di blok lelaki akan mengingati beliau sehinggakan semasa hari pembuangan undi semalam rata-rata para pengundi KHAR mengenalinya sebagai ’arif nasi lemak’.
Arif pernah bertanding pada PRK sesi lepas namun tewas dan pada PRK kali ini beliau berada di tangga ke-3 dalam kerusi umum.
Arif dikatakan antara calon ’Pro Kebajikan’ yang memperjuangkan supaya subjek Pendidikan Islam menjadi subjek teras dalam pengajian di UPSI.
Arif dijangka akan menyandang kerusi Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP kali ini.

4 comments:

syg mama syg papa said...

lepas ni sume mahasiswa akan dapat kebajikan nasi lemak!!
tahniah arif....
anda telah diamanahkan..
perjuangkan hak-hak kerana agama islam..amin

andalusia said...

hari ini arif memerintah..esok nasi lemak percuma..hehe..gurau je arif..ana yakin kemampuan nta..teruskan perjuangkan manifesto nta..ana sokong sangat2..

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

pemimpin lahir bukanlah dari baka keturunan, bukan juga lahir dengan pewarisan takhta, bukan juga lahir dengan kemewahan, tetapi pemimpin itu lahir dengan peribadi dan akhlak mereka sendiri.

Tak kira mereka dikenali atau tidak, amanah dan bertanggungjawab merupakan perkara utama..

Selamat Berjuang abg Arif, kami para Mahasiswa Berkebajikan menyokong Abg Arif.

p/s: sape nak amik alih tugas abg Arif nanti jua nasi lemak?

Anonymous said...

assalamualaikum..begitulah kehidupan sebagai pemimpin...yang baik...untuk mencari sebuah kehidupan itu...pemimpin tidak perlu utk berada di atas sahaja..sebaliknya..contohilah sikap arif..boleh berada di mana2 sahaja..aslkan perkara itu betul...dan benar..sikap arif ini..membuatkan sy teringat kisah perjuangan semasa zaman khalifah dahulu...blh jer turun bersama orang2 di bawah mereka..namun...semoga contoh teladan itu diiukuti..agar pemimpin yang tawaduk ini di sanjungi..bukan sekadar mcm pemimpin lepas..yang nak vouge jer..hehe...mungkin..one day..if arif naik dalam pucuk pimpinan negara..mungkin...diari nya sebagai pelajar yang berdikari ini..akan menjadi sejarah hidupnya..dan satu rekod utk diri..nya...saya bangga pada anda arif..

p/s-sori pgil arif..padahal sy ni umo muda lagik...halalkan jer yer abg arif..huhuhu...
saya anda yang selalu jumpa itu...dan pernah sembang2 ms g kem ulu kernas tu..good and tidak salah jika anda teruskan pernigaan anda itu walu anda bergelar mpp..dan orang akan respect pd anda..dan tahniah juga kepada PRO-KEBAJIKAN yang naik..kerana undi saya tidak sia2 untuk anda..

assalamualaikum..