October 24, 2008

Ramai mahu Akmal teraju kepimpinan MPP

Dalam beberapa jam lagi, persidangan semua ahli MPP untuk kali ketiga akan diadakan bagi membincangkan siapa berhak menerajui kepimpinan MPP kali ini selepas menemui jalan buntu semalam. Perebutan kerusi nombor satu itu dikatakan antara yang paling dramatik apabila calon yang ingin diketengahkan mempunyai kelebihan masing-masing. Upsikini yang sempat bertanyakan kepada beberapa mahasiswa mendapati ramai yang mahu Akmal Madzir menerajui tampok kepimpinan MPP kali ini. Seorang mahasiswa yang ditemui mengatakan bahawa Akmal berhak untuk kerusi tersebut berdasarkan jumlah undi yang diterimanya dan beliau menang dalam kerusi umum.
“Saya lihat Akmal layak untuk kerusi itu dan seluruh mahasiswa memilihnya berdasarkan jumlah undi tertinggi yang diraihnya tempoh hari. Jadi mengapa perlu dipertikaikan lagi?”,katanya.
Dalam tinjauan yang dibuat selepas pengumuman rasmi calon yang menang bertanding, rata-rata mahasiswa memilih Akmal berdasarkan kemenangannya di kerusi Umum dan pengalaman yang beliau ada. Seorang ahli Persatuan Mahasiswa Sains disebut sebagai berkata, Akmal memang mempunyai bakat kepimpinan yang mampu membawa sesuatu kepada UPSI.
“Saya telah bersama beliau dalam PMS. Beliau memang mempunyai bakat kepimpinan yang tersendiri dan saya kira beliau bukan sahaja layak malah memang sepatutnya jawatan itu diberikan kepadanya”,katanya. Tambahnya lagi “kalau Akmal diletakkan pada jawatan yang lain pun saya percaya beliau tetap menjalankan tugasnya dengan baik”.
Beberapa hari sebelum ini, isu memilih siapa yang bakal menyandang kerusi YDP menjadi perbualan hangat di kalangan mahasiswa dan seluruh mahasiswa ternanti-nanti siapakah yang akan menjadi pemimpin nombor satu mereka.
MPP dikehendaki melengkapkan kabinet selepas 14 hari keputusan rasmi calon yang menang diumumkan.

9 comments:

Anonymous said...

Kepada saudara Akmal dan rakan2 MPP yang lain:
Jgn lupa studi, Exam dah dekat. Utamakan mana yang lebih utama. Jgn lupa tujuan asal kita di sini.

Anonymous said...

tidak kira siapa pn yang akan menerjui barisan kepimpinan upsi...tp ingat lah..amanah itu amat berat..sehinggakan makluk Allah yang lain tidak mampu menagung amanah ini. jadi sebagai seorang pemimpin..berpeganglah pada amanah yang diberi kerna ia merupakan satu ujian, satu tangunjawab yang sudah tentu akan ditanya kelak...

Anonymous said...

tp...xramai yg kenal akmal. psatuan sains je..xpnah nmpak muka pun kat mana2 event universiti...yg undi tu, mgkin SEKADAR UNDI SEBAB SEDAP MATA MEMANDANG JE KOT...

Anonymous said...

AKU PON X KENAL AKMAL....HUHU

Anonymous said...

sapa akmal 2... xkenal pun... ka bekas presiden mahasiswa sains y br 2 bln dh dpt sijil 2... klu y 2 aku kenal... sbb byk program y die dh buat kat fakulti... maklumla, pesatuan (ABS)angkat bakul sendiri... from FST

Anonymous said...

akmal... sapa??? pemain bola sepak Malaysia 2 ka... xsangka die mengang PRK hr 2...

Anonymous said...

oooo akmal y duk dgr kata DSAI 2 ka... y 2 aku kenal sgt...

Anonymous said...

.: PMS + JMK KUO :.

Kurg2 Akmal tu dh jd ECXO sahsiah PMS 1 penggal, JMK KUO pn 1 penggal, campur 2 tu dh brpe ramai yg kenal akmal, dibndingkn ng Hairi lmbut yg geng yak au au je kenal, FB pn bukn sme knl dia...klu knl pn brape kerat sgtla yg ngundi dia,

even ak ni bukn fakuliti sains, tp overall view dr universiti lain mengatakn bahawa FST kt cni dh blh dikategorikn sbg F.Kesihatan klu kt u lain. pemikiran diorg xkn same ng korg yg trhijab sket ni, org crdik xkn nk angkut bakul sndiri.

ko ni trima sebulatnya kkurangan org tnpa nk siasat lebih lanjut, kn ke dungu namanya tu, cmnela ko nk didik ank murid ko supaya x gaduh ng org nnt ek, ish2..!!!

ko ni msti bukn budk FST kn, sbb tu x brape nk crdik, klu FST pn mgkin golongan jambu mcm k raimah kot, huhu.budk FST paling ramai kt upsi-2928, brbnding FB-1291. abih2 x glamor Akmal pn ko ingt org yg ko sokng tu glamor sgt ke..

Anonymous said...

tau xpe, hairi tu aku pn xknal yg mn satu.nt aku cek balek kat portal muke die cena.at least akmal naek secara adil.scra bijak.bukan mcm hairi, naek pn sbb menang tanpa btanding,tup2 ad hati nk jd pres.kesian.kemaruk sgt la tu.