October 22, 2008

Hikmah difitnah

Menjelang beberapa jam hari membuang undi, beberapa flyers dan dakwaan fitnah terhadap beberapa calon yang bertanding memberi hikmah kepada mereka apabila individu yang dikaitkan dengan fitnah tersebut hari ini mampu tersenyum lebar dengan kemenangan yang dikecapi dalam PRK kali ini. Tiga individu yang difitnah oleh dakwaan tidak berasas itu dinamakan sebagai Akmal bin Madzir, TG Abdul Ghafar dan Mohd Fadhiri Ariffin. Akmal bin Madzir yang difitnah terlibat dalam penyelewengan wang Persatuan Mahasiswa Sains bersama Tengku Abdul Ghafar hari ini mencatatkan kemenangan dengan majoriti tertinggi setelah keputusan PRK diumumkan petang tadi. Beliau yang tidak menyangka kemenangan besar itu menjadi milik beliau berharap agar pemfitnah tersebut akan dibukakan pintu hatinya.” Saya tidak berasa takut dengan dakwaan itu kerana saya tahu itu adalah fitnah dan orang kenal siapa saya’, katanya. Beliau yang menang dalam merebut kerusi umum dalam PRK kali ini melahirkan rasa syukurnya dengan kemenagan ini.
Fadhiri pula merupakan mangsa fitnah sebuah blog melahirkan rasa syukurnya apabila calon beliau, Mohamad Hanif Azwan bin Ab Rahman menang dalam merebut kerusi Fakulti Sains & Teknologi dengan jumlah undi tertinggi. Fadhiri yang telah menjawab dakwaan fitnah menggelapkan wang RM 600 itu melahirkan rasa syukurnya dengan kemenangan calonnya itu.
Sebagai rekod, Akmal memperoleh 4124 undi manakala Hanif 1389 undi.

2 comments:

Unknown said...

Bila difitnah, kita doalah yang baik2...

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

InsyaAllah penjelasan dan jawapan yang ditaburkan oleh Dr Luv akan saya jawab dalam masa terdekat.

Terima kasih kepada wartawan upsikini kerana banyak membantu.

Doa orang yang dizalimi tiada hijab antara dia dan Allah, insaflah Dr Luv..