October 13, 2008

Bakal calon beli borang pencalonan hari ini

Seperti yang telah dijadualkan, hari ini kesemua bakal calon yang telah menghadiri kursus kepimpinan layak untuk membeli borang pencalonan hari ini. Penjualan borang tersebut dibuat di bangunan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di kampus Sultan Azlan Shah. Tempoh pembelian borang tersebut hanya sehari iaitu pada hari ini 13 Oktober 2008 sebelum tiba hari penamaan calon keesokan harinya.
Bilangan bakal calon yang bakal bertanding di semua kerusi fakulti dan kerusi umum dijangka sekitar 50 mahasiswa.

No comments: