October 26, 2008

Dominasi Pro Kualiti kerusi MT MPP timbul tanda tanya

Struktur kabinet MPP yang dilaporkan Upsikini semalam membawa kepada satu lagi polemik politik kampus UPSI. Berdasarkan kepada kabinet tersebut, keseluruhan kerusi MT MPP didominasi Pro Kualiti yang hanya memenangi 2 kerusi umum dan tidak memperoleh majoriti 2/3 dalam penguasaan jumlah kerusi yang dipertandingkan apabila Pro Kebajikan berjaya memperoleh 8 kerusi, 3 Umum dan 5 fakulti. Kerusi nombor satu MPP dilaporkan bakal disandang Hairie, ahli MPP daripada Fakulti Bahasa yang menang tanpa bertanding. Rata-rata mahasiswa masih tertanya-tanya apakah 3 calon Pro Kebajikan yang menang kerusi umum tidak layak untuk seorang pun duduk di kerusi MT. Persoalan ini diajukan kepada Ihsan, mahasiswa yang sering memberi pandangan bernas dalam memperkatakan tentang politik kampus UPSI.

Upsikini : Assalamualaikum, Ihsan. Bersua sekali lagi.
Ihsan : Waalaikumsalam..

Upsikini : Makin panas rasanya kampus kita ni.
Ihsan : Begitulah nampaknya. (ketawa)

Upsikini : Baik, kita terus kepada perbincangan kita. Pada pandangan Ihsan, apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam pembentukan kabinet MPP?
Ihsan : Sebelum itu, saya ingatkan, MPP berada dalam satu perebutan kerusi yang mana tidak ada kelebihan dari sudut nombor bagi mana-mana kumpulan. Pro Kualiti 13 kerusi, tiada 2/3, manakala Pro Kebajikan, 8 kerusi. Mengikut apa yang sepatutnya berlaku, Pro Kebajikan memperoleh kelebihan dari segi kerusi umum yang dimenanginya. Tetapi sebaliknya berlaku kerana kedua-dua pihak tak faham apa sebenarnya yang perlu dilakukan dalam menentukan kerusi MT. Saya kira itu sudah dijelaskan Upsikini dalam beberapa post yang saya baca. Apapun kita nak lihat, sekarang ini siapa yang layak dari sudut apa?undian atau pengalaman kepimpinan. Sebab itu saya katakan, kalau semua ahli MPP itu jujur dan telus, kepentingan peribadi harus diketepikan, lihat kepada matlamat yang ingin dibawa bersama.

Upsikini : Saudara mengatakan tentang kepentingan peribadi, adakah saudara rasa perkara itu wujud dalam hal menentukan kerusi ini?
Ihsan : Kepentingan peribadi harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Kadang-kadang bukan kepentingan peribadi orang yang duduk di kerusi itu, tetapi kepentingan pihak tertentu. Itu juga dikatakan kepentingan peribadi. Baik, baru-baru ini saya lihat tentang pendedahan penyelewengan wang MPP RM36 000. Saya rasakan kemahuan untuk dominasi MT ada kaitan dengan kes ini. Berkemungkinan kes ini akan digali oleh mereka yang nak dapatkan jawapan. Siapa yang boleh berbuat demikian? Kedudukan yang paling berhak dan berkuasa untuk buka semula kes ini mungkin datangnya dari MT yang boleh dikatakan jawatan yang membuat dasar. Jadi ini mungkin faktornya apabila Pro Kebajikan tidak diberikan ruang langsung untuk pegang mana-mana jawatan MT apatah lagi YDP.

Upsikini : Apakah saudara rasakan ini faktor utama?
Ihsan : mungkin ya mungkin tidak. Tapi ia tetap menjadi faktor.
Upsikini : Pada pandangan saudara, adakah dengan cara menguasai kerusi MT, Pro Kebajikan akan hilang taringnya?
Ihsan : Itu bergantung kepada bagaimana mereka ingin melaksanakan tugas yang diamanahkan. Saya kira mereka lebih tahu soal kepimpinan dan amanah ini. Cuma, sekiranya mereka hanya di bawah, mereka akan hanya melaksana bukan merancang.

Upsikini : Apa yang boleh saudara katakan tentang kabinet yang dibentuk semalam?
Ihsan : Ini semua adalah perkara yang sudah dirancang. Saya pasti kedua-dua pihak sudah membuat rancangan masing-masing. Cuma kadangkala pihak yang tiada suara pendesak akan tewas. Secara peribadi saya dapat rasakan ada campurtangan luar yang mahu kabinet ini dibentuk begini. Latar belakang semua calon adalah daripada mereka yang tiada pengalaman berada dalam MPP. Jadi saya pasti, ada campurtangan.

Upsikini : Siapa agaknya?
Ihsan : (ketawa). Upsikini cari sendiri. Saya tiada wartawan.(ketawa)

Upsikini : Baiklah. Terima kasih atas pandangan saudara. Mungkin kita boleh bincang lagi selepas ini.
Ihsan : Boleh. Tak ada masalah. Saya sedia berkongsi.

Upsikini : Terima Kasih. Assalamualaikum.
Ihsan : Waalaikumsalam

20 comments:

zafran said...

Sudah ditakdirkan...dalam mana-mana PRK siapa yang menang kerusi yang terbanyak (majoriti)...mempunyai kuasa menentukan jawatan MT yang akan disandang...terimalah hakikat...tak payahler bergaduh2...dah tertulis dalam undang2 AUKU...

Anonymous said...

zafran nih x paham ka..
mana ade geng2 pro kualiti dapat majoriti..
lain kali baca dulu artikel sebelum post pape pom..

Aku Bukan Umar Al-Khatab said...

zafran ckp kerusi.. x kisah la cara manapun menangnya... yang penting antum org dah bg kerusi 13 ke aspirasi tu.. so, terima la depa jadi MT...

x pa.. walau kat mana sekalipun di campak akmal tu... moga2 dia mampu jalankan tugas dengan sebaik mungkin...

ana nampak ini adalah peluang untuk pro M menang dengan lebih besar pada PRK akan datang.. mula kerja dari sekarang!!...

apa2pun syabas sahabat2 UPSI.. kalian hebat!!

umar abd aziz said...

salam zafran.
Saya ingin beri komen yang agak panjang mengenai komen anda. Sebagai orang yg agakmahir dengan Perlembagaan AUKU sejak 12 tahun yang lalu. Saya menasihatkan anda membaca AUKU dahulu.
Bermula dari perkara 52(1),52(2)a, 52(2)b, 52(3), 52(4),52(5).
Selepas anda sudah baca,baru boleh lontarkan komen anda disini. Jadilah manusia berilmiah sebelum mengeluarkan fakta. Elakkan daripada memberi komen yg menampakkan IQ anda rendah seperti calon2 Kualiti.

Islam menuntut penganutnya agar mendalami ilmu pengetahuan. Maka, anda cermin diri dahulu sebelum mngeluarkan fakta yg terkandung dlm AUKU.Kenyataan anda yg salah akan mengundang adu domba dan fitnah kpd pembaca sekalian kerana hujah fakta yg anda berikan menunjukkan kerendahan IQ anda.

Jgn jd musang berbulu ayam. Komen anda di blog upsikinitidak konsisten. Anda menggunakan ayat2 suci al-quran untuk menunjukkan perwatakan mulia anda. Tetapi, apabila anda keluarkan komen sampah sebegini, pembaca dapat menilai pihak mana yg anda sokong.

Kena la ingat bahawa, pro kebajikan menuntut kerusi MT kerana hak mereka memenangi kerusi umum. Perkara ini tercatat di dalam AUKU Perkara 52(2)a,b. Keputusan memilih MT juga tidak menepati syarat AUKU Perkara 52(5)(sila baca). Oleh itu, pemilihan MT MPP adalah tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak AUKU Perkara 52(5).

Diharap zafran boleh mendapatkan AUKU drpd pihak HEP. Sila baca dan fahami sebelum mengeluarkan komen. Dikhuatiri, anda akan diboikot oleh pelajar UPSI yg pro Kebajikan.
Jangan beretorik sangat dengan nasihat berunsur keagamaan jika anda masih jahil tentang ilmu pengetahuan yg lain. Jangan pulak nanti, pembaca menganggap anda seperti Astora Jabat.

Wallahualam...

Anonymous said...

sekarangla baru nak refer AUKU...sebelum2 ni x plak..nak AUKU mansuhlah..itula..inila..mcm2 hal la korang ni

kaka said...

sbb MPP UPSI xder perlembagaan. So kena la ikut AUKU. Kalau dah mansuh AUKU, lagi payah jadinya. AUKU tu bagus utk mahasiswa. Jgn libatkan politik luar

Anonymous said...

tu la, dulu x ikt auku pn, skrg baru nk ikut kononnye.lg satu, 2/3 kerusi tu maksudnya 13 org kn?yg plihanraya dpt aritu 12 org.12 org + 1org(etnik).sblm ni (thn lepas2) etnik x masuk lg kn time2 ceni.etnik masuk bila organisasi mpp dah ditetapkn btol2.bukan masuk time organisasi belum ditetapkan + turut join utk cukupkn kuota 2/3.sy sgt keliru.jwb2.

Penganalisis said...

Kesian kesian... tak matang sungguh MPP kita ni. Masih nak ikut puak masing2. Tak sedar bahawa mereka dah dalam satu kapal. Nape nak bangkitkan soal majoriti dan auku? Bukan calon yg dapat undi popular yang layak duduk sesuatu jawatan, yg haq adalah org yg layak dari segi kebolehan. Mudah ja, 1/3 MT bagi kat satu pihak yg mendakwa geng kebajikan, 2/3 lagi bagi la kat geng kualiti. Bak kata org bijaksana, 'kita jangan tamak, demo jangan kedekut'!

zafran said...

Wassalam...

Terima Kasih Umar al khatab kerana memberi maklumbalas yg sangat ilmiah mengenai AUKU...

Terlalu panjang komen anda...Saya rasa sebenarnya di sini bukan tempat saya berdebat dan berhujah dengan orang seperti anda...Anda tidak menonjolkan siapakah diri anda dan sekadar berselindung di sebalik satu nama...Jadi tidak perlu saya menafikan tuduhan liar dan keras anda terhadap saya...Jika anda takut menonjolkan diri di blog ini anda boleh datang ke bilik saya di KUO...

Saya hanya ingin memberi respon terhadap isu ilmiah dan berkaitan dengan topik perbincangan sahaja..

Pertama sekali jika anda rasa anda mahir dalam Auku sila bawa kes ini ke mahkamah...Teruskan perjuangan anda...Buktikan yang kata-kata anda adalah benar...Saya menanti kemenangan di pihak anda...



maaf kalau bahasa yang saya gunakan adalah kasar...hidup ini bukan tempat untuk mencari musuh...janganlah kerana politik muamalat antara kita musnah dan hangus...berlainan haluan bukan halangan untuk kita bersatu...bahkan ia adalah wadah kepada kita untuk terus maju...Islam tidak pernah mengajar kita kepada perpecahan...namun kita sendiri yang mencari jalan ke arah itu...mungkin sejarah tidak mengajar kita erti keamanan, kasih sayang dan keharmonian...

p/s: benar kata seseorang...politik itu memecahkan umat...

Anonymous said...

umar abd aziz...
ini plk komen utk anda... pendek jer... tau...
umar abd aziz.. sedap nama tu... kalu lah betul dirimu itu betul2 perpengalaman.. laporkan lar kepada pihak atasan... jgn ckp jer pandai... ingt MPP sekarang tk pandai sgt ker sampai nk guna auku berdasarkan sesuka hati jer... mereka dah rujuk kt pof dr shah dan beberapa orang HEP yang mempunyai lebih byk pebgalaman dari saudara... mereka mempunyai hujah yang kuat berhubung dengan perkara auku itu dan disebabkan itu mereka berani tampil dengan hujah mereka... setakat 12tahun berpengalaman tapi tahu berkata2 dalam blog ini boleh simpan la pengalaman tu... kalu berani pergi ke pihak atasan dan berhujah dengan pegawai tertinggi berikutan pengalaman auku anda itu dan sekiranya betul bantah pemilihan ini... bukan dengan mengomen sedara zafran yang hanya memberikan pendapat... hormat sikit saudara zafran itu... bila anda berkata2 begitu.. apa tanggapan orang terhadap saudara zafran... kasihan kepada beliau.. jadi.. dengan pengalaman 12 tahun anda tahu akan auku itu... tk elok lah mendedahkan kekhilafan saudara zafran itu... be a profesional k... jgn terus komen kat dia di ruangan ini... komen kt dia punya blog la... agar dia tahu salah dan silap dia... ingt tu saudara... wasalam...

Anonymous said...

mintk maaf kerana tk berterus terang siapa saya... saya adalah salah seorang yang menang dalam kerusi umum.. saya yang komen saudara umar abd aziz..

Anonymous said...

dulu, ikut majoriti undi skrg nk ikt kebolehan pulak?dulu, raimi tu naek jd pres sbb undi majoriti.skrg knp akmal x naek?bukan mslh rebut ke ape.mslhnye ADIL KE X?kalo centu bek x pyh wat prk.bek sume calon btanding utk fakulti jek.penat je aku g undi.last skali, org yg menang ditindas.org yg x berusaha pape, tetiba naek jadi pres mpp.dah la entah berbakat ke x pn kitorg x tau.ntah2 sme jek cam raimi.nt lesap pulak lagi 36000.

zafran said...

Salam...

Untuk pengetahuan anda semua...Saudara Raimi layak memegang jawatan sebagai YDP dahulu disebabkan undian yang dibuat dalam kabinet MPP...Manakala saudara Safaruddin (usteq) layak menjadi TYDP melalui undian yang dibuat dalam kabinet MPP walaupun beliau bertanding dan menang sebagai calon fakulti sahaja...Manakala NYDP pula disandang oleh saudara Azmi (calon umum) melalui undian walaupun beliau x salah atau seingat saya mendapat undi kelima tertinggi...

Sekadar berkongsi maklumat...

Ingat jangan terlalu mengejar jawatan..Dimana2 kedudukan pun kita boleh berjuang dan menyumbangkan bakti n jasa kepada Universiti...

p/s: Pandangan ini tidak berat atau menyebelahi mana2 pihak..

Anonymous said...

UMAR AL KHATAB..ANDA SEORANG PENGECUT.HANYA BERANI DAN TUNJUK PANDAI DALAM BLOG NI JER.KALAU ANDA PENEGAK KEBENARAN N ARIF SANGAT DENGAN AUKU.PERGI LAWAN HEP SKRG.TUNJUK MUKA ANDA SEKARANG.ANDA BERCAKAP SEPERTI ORANG YANG BIJAK.TETAPI TINDAKAN ANDA TIDAK BIJAK.MEMPERKECILKAN KEBIJAKSANAAN ORANG.TINGGI SANGAT KE ILMU ANDA.MEMALUKAN PRO KEBAJIKAN JER.

Anonymous said...

MAAF..KEPADA SAUDARA UMAR ABD AZIZ...SILAP..

Anonymous said...

inilah masalah kanak2 riang yg berada di UPSI ini.
Perkara sebegini kita beri pandangan jer. Usah lah beremosi. Memang benar jika dibawa perkara ini ke HEP, jawapannya mengecewakan Pro kebajikan. HEP masih mengamalkan double standard terutama TNC HEP yang bertopengkan UMNO-BN. Usahkan hendak mendalami AUKU, membaca AUKU pun belum tentu TNC HEP akan faham. Pada kaca mata TNC, Pro Kebajikan = Pro Pembangkang. Agak sukar la perkara mengenai jawatan dlm MPP dpt diselesaikan dgn cara diplomasi. Makluman yang diperolehi bahawa Pro Kebajikan sudah berkrompomi utk mendapatkan 2 kerusi MT sahaja. Knp Pro Kualiti hendak membolot kesemua kerusi MT. Berlaku adil la.Barulah Kumpulan Pro Kebajikan dpt respect anda. Kena pandai la main politik. Tetapi kita tidak menyalahkan MPP Pro Kualiti kerana mereka telah menjadi budak suruhan Dato'M @ Muzammil Mahil. Lagipun Pro Kualiti dilihat masih mentah. Pro Kebajikan pun masih mentah jugak.

Sepatutnya, yg paling layak utk menjadi org tgh dlm kes perebutan jawatan MPP adalah Pegawai Perundangan HEP iaitu En.Shuhir Karmawi Abd Aziz. Sebagai bekas majistret dan mahir dalam perundangan lagi2 AUKU, beliau seharusnya wajib menjadi org tengah di dalam kes ini. Sekurang2nya, apa yg terkandung di dalam AUKU dan keputusan PRK UPSI dapat dijelaskan dgn sejelas2nya kepada MPP yg menang kerusi masing2. Hasilnya, masalah ini akan selesai apabila 2 pihak yg berebut jawatan faham akan situasi masing2 berdasarkan AUKU. Seandainya pelajar sendiri yang membawa AUKU dan cuba mengeksploitasikannya, sampai bila2 perkara ini tidak akan selesai sehingga PRK akan datang. Jadi, kita usulkan MPP yang masih belum sah pembentukkan kabinet ini segera bertemu pihak yg bertanggungjawab. Masa masih ada lagi sehingga 5 Nov 2008.
Sekiranya masih menemui jalan buntu, kita syorkan bawak perkara ini kpd NC Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob. Kita yakin beliau boleh berlaku adil sbb wanita spt beliau tidak suka kpd perkelahian lagi2 anak kandung suluh budiman.

zafran said...

Janganlah gaduh2. Benda ni senang jer boleh setel. Anda semua dah pegi kursus kepimpinan. Tetapi bila tang nak lantik ketua, boleh jadi hal. Apa semua ni? Nak tunjuk hero? Berkompromilah. Malu jer korang ni. Yang menang x bertanding tu pulak, harap2 sedarlah tahap anda di mana. Anda kena insafi diri anda. Sebab saya percaya, sekiranya apa2 terjadi, anda akan lepas tangan kerana anda hanya bertgjwb kat undi MPP Pro Kualiti jer..Tp hak mengundi calon umum, anda ketepikan.

p/s:Hidup umpama roda. Kejap di atas, kejap di bawah. Bila anda di atas, ingat2 lah. Sbb bila dibawah nanti, org boleh bantu utk naik kan anda semula.

Anonymous said...

semoga Allah memberkati anda semua...
dan berdoalah semoga agama Islam terus gemilang di persada dunia..dan agama Islam terus mendapat kemenangan...sama2 lah kita memartabatkan agama kita..Allahu Akbar..

zafran said...

diatas itu bukan comment dr sy...ada individu tertentu menggunakan nama saya...semoga beliau terus dirahmati..

Anonymous said...

haha...x hbis2 la...mybe setel pmilihan mpp ni...diam da kot isu ni.hahaha...biasalah tu...
AUKU ? napa sgt nk mansuhkn auku? tp bila da hal2 mcm ni baru nk suruh refer auku?...hehe...x ke pelik tu...kang auku cancel...nk refer mana plak...takwim tahunan....

p/s : CAKAP TU BIAR SERUPA BIKIN...HAHA...X PAYAHLAH BERTEKAK, SENANG2 JUMPA BERSEMUKA JE,,,LAGI HANGAT....BOLEH KENAL MASING2....