October 22, 2008

Kekalahan Rashid mengejutkan mahasiswa

Keputusan PRK UPSI semalam sememangnya menepati beberapa ramalan yang dibuat sebelum tibanya hari mengundi. Namun terdapat beberapa keputusan yang di luar jangkaan terutamanya kekalahan calon umum Abdul Rashid Husain. Beliau yang mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan mahasiswa di sini mengejutkan seluruh kampus apabila beliau hanya mampu meraih 3425 undi yang meletakkan beliau berada di tempat keenam selepas Nur Aqilah Hanis. Beliau yang membawa manifesto yang cukup meyakinkan dengan cadangan kad diskaun pelajar dan tambang murah tiket penerbangan pelajar Sabah dan Sarawak walau bagaimanapun dikatakan paling menyerlah dalam setiap rapat umum dengan trademark ‘alright!’. Upsikini yang cuba mencari maklumat faktor kekalahan Rashid mendapati beliau berkemungkinan tewas akibat sabotaj beberapa pihak melalui blog-blog yang mengecam beliau dengan pelbagai tohmahan. Selain itu, Upsikini sempat menemui seorang mahasiswa semester 1 yang begitu kecewa dengan kekalahan Rashid dipetik sebagai berkata bahawa Rashid adalah calon pilihan kami kerana beliau begitu dikenali di kalangan kami.
“Saya cukup kecewa dengan keputusan ini kerana pada kami semester 1 kami begitu mengenali beliau. Beliau begitu menonjol semasa Minggu Suai Kenal dulu dan dia memang layak menang”,katanya.
Seorang lagi mahasiswa yang ditemui berkata, Rashid sememangnya calon yang berpotensi menang kerana manifesto penggunaan kad diskaun sangat menarik dan bertepatan dengan keadaan semasa kini.
“Manifesto beliau adalah yang terbaik yang saya lihat berbanding calon-calon lain. Saya memang tak dapat terima keputusan ini. Saya harap dia dapat buat bantahan terhadap keputusan ini kerana saya yakin pasti ada calon yang menang ada melakukan kesalahan semasa proses PRK.”ujarnya.
Seorang mahasiswa Sabah pula berkata, Rashid merupakan satu-satunya calon yang meletakkan manifesto berkaitan mahasiswa Sabah dan Sarawak.
“Saya memang mengharapkan dia menang. Dialah satu-satunya calon yang memahami kesusahan kami dengan harga tiket yang mahal untuk pulang ke Sabah atau Sarawak.”katanya. Tambahnya lagi,”saya akan tetap terus menyokong dia walaupun dia kalah kerana mungkin dia akan menjadi suara yang boleh mendesak MPP yang dilantik melaksanakan manifesto mengurangkan harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak”.
Kekalahan Rashid bakal mewujudkan satu lagi polemik politik mahasiswa UPSI.
Sebelum ini Rashid pernah didedahkan oleh Upsikini berkenaan kesalahan melanggar peraturan PRK yang lalu dengan mengedarkan flyers semasa hari pengundian.

5 comments:

Anonymous said...

salam

tak dinafikan manifesto dia memang menarik perhatian terutamanya berkaitan tiket kembali ke sabah dan sarawak...saya sendiri anak sabah turut tertarik pada manifestonya...tapi saya lebih tertarik pada manifesto Allah SWT. Maaf ye Rashid, Saya hanya akan memilih mereka yang saya yakini. Pada pandangan saya, hikmah di sebalik kekalahan dia dalam merebut kerusi calon mpp ialah dia terlepas dari janjinya...saya sendiri risau seandainya dia tidak dapat menunaikan manifestonya, ianya terlalu sukar untuk dirunding, jika pelajar upsi diberi kemudahan kad diskaun,insyaAllah...pelajar u lain mustahil akan diam diri, syarikat penerbangan dan syarikat lain-lainnya mestilah memikirkan hal ini sedalam-dalamnya, dunia bisnes kini bukanlah kebajikan tapi lebih kepada keuntungan.

Anonymous said...

salam... kita semua dah pun bergelar mahasiswa. patut boleh fikir secara kritis dan kreatif. memang la dia cuba bawa manifesto yg menarik dan mampu menambat hati pelajar. kad diskaun dan tambang murah. 2 perkara ni melibatkan kita dan peniaga. secara logiknya, mana ada peniaga yang sanggup kurangkan margin keuntungan diorg. kalaupun diorg nak kurangkan harga, apa timbal baliknya? well, fikirlah secara logik! those ideas won't be that easy to be done. kepada Rashid, buang sikap angkuh anda tu dulu. you are not born to be a true leader. mengaji kemas-kemas dulu ye. the point is, maybe u think that you're to good.

Anonymous said...

korang dak sem 1 x kenal ag rasyid tu..setakt jd smu x semestiny bagus dr kepimpinan...

Anonymous said...

tak terkejutpun...
memang dah jangka dia kalah..ang terkejuttu dia duduk ranking no6..ingatkan no9 ke 10 ke....

Rashid dpt undi dari budak2 junior sem 1 je sebab masa minggu suai kenal dia popular..kalau tak mana nak dapat 3ribu lebih tuh...

Tapi secara jujurnya rashid memang berkebolehan besar dan boleh maju dalam banyak bidang. Dalam setiap program dan arena kendalian beliau, komitmen diberikan dengan jayanya. Cuma cara dan percakapannnya kadang2 kurang menyenangkan. So kepada Rashid, terus maju jaya, jgn berhentikan perjuangan anda pada masa hadapan.

- Rakan Seperjuangan Anda jugani -

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

assalamualikum..
saya bukan nak memperkecilkan kebolehan dan pengaruh rashid dalam pilihan raya yang lepas. namun apa saya nak beri satu kata "tak semestinya seseorang itu kenal dan dikenali ramai, semua orang akan suka". jangan putus asa. menang atau kalah saya yakin yang kalah akan bantu yang menang. jangan ada sifat hasad dengki. buktikan kepada universiti lain bahawa UPSI mempunyai barisan pelajar yang terbaik. saya kecewa dengan barisan MPP yang lepas. wsalam.