October 11, 2008

Mahasiswa tahun akhir menceritakan pengalaman PRK di dalam forum MyPortal UPSI

Seorang mahasiswa tahun akhir, Rijaluddin Ahmad menceritakan pengalaman beliau yang berhasrat untuk bertanding dalam PRK. Di dalam forum yang dihantar bertajuk “Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar. Jangan jadi bodoh, sebab kita pandai!” itu menceritakan bagaimana kebebasan beliau untuk bertanding sebagai calon PRK dinafikan dengan cara yang tidak demokratik. Beliau yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan surat terbuka membantah Konsert Fiesta Digi sempena Pesta Konvokesyen kira-kira dua bulan lalu, mengharapkan agar sistem PRK kali ini dijalankan dengan lebih telus. Dalam kandungan entri forum tersebut beliau menyebut bahawa beliau dilabel pembangkang kerana bertanding bukan atas tiket aspirasi dan pelbagai sekatan ditimbulkan untuk menghalang beliau bertanding. Pada PRK yang lepas beliau juga dinafikan hak bertanding apabila borang yang dihantar kepada Dekan untuk mendapatkan pengesahan hilang. Kehilangan tersebut mencetuskan satu polemik dan beliau begitu kesal dengan kejadian tersebut kerana tiada tindakan tegas diambil. Beliau juga secara berseloroh menyoalkan sama ada pencuri borang tersebut boleh dipotong tangan atau tidak.

Tulisan pengalaman beliau dihantar sebanyak 3 siri di dalam ruang forum tersebut bagi menjadi tatapan umum seluruh mahasiswa UPSI sebelum menjelang PRK 17 Oktober ini.

1 comment:

H_SYIDAH said...

ada dgr jgk dulu borang rijal hilang
xpa rijal, sy sokong anda!!