October 18, 2008

Calon kurang menyerlah : UPSI ketandusan pemimpin berkaliber

Sesi kempen yang masuk hari kedua semalam sekali lagi memperlihatkan suasana yang belum mencapai tahap yang sepatutnya. Meskipun perang poster semakin rancak namun kempen secara langsung melalui rapat umum malam tadi tidak begitu menyerlah. Calon dilihat hanya bercakap untuk ‘melepaskan batok di tangga’ dan tidak benar-benar menunjukkan bakat kepimpinan yang boleh dibanggakan. Kebanyakan calon bercakap seolah-olah seperti menghafal dan kurang meyakinkan. Beberapa mahasiswa yang turut mengikuti rapat umum semalam mengatakan, calon-calon yang bercakap seperti dipaksa dan belum bersedia untuk bertanding. Seorang bekas mahasiswa UTM yang kini melanjutkan pengajiannya di sini pula mengatakan, mahasiswa UPSI terlalu nipis kesedaran berpolitik mereka kerana terlalu mengikat diri dengan kerjaya masa depan.
“Saya lihat begitu banyak perbezaan di sini dengan tempat saya belajar sebelum ini. Di sini mahasiswanya seperti tidak ada kesedaran politik dan mungkin sebab itu calon yang ke depan juga tidak begitu berkaliber”, katanya. Tambahnya lagi,”mahasiswa di sini perlu lihat universiti-universiti lain untuk membuka minda dan melihat kepentingan kepimpinan mahasiswa ini”.
Seorang pegawai UPSI yang dijumpai juga turut bersetuju dengan perkara ini. Beliau yang sudah lama melihat senario politik mahasiswa di UPSI ini mengatakan UPSI adalah antara IPTA yang begitu bosan PRKnya.
“Saya melihat mahasiswa UPSI belum mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan dalam kepimpinan. Saya kurang pasti apakah puncanya tetapi besar kemungkinan kerana mereka merasakan kerjaya mereka sebagai guru dan hanya menumpukan perhatian untuk menghabiskan pengajian dengan gred yang baik untuk ‘posting’”, ujarnya.
Sesi kempen semalam tertumpu di 2 kolej kediaman iaitu di Kolej Harun Aminurashid dan Kolej Aminuddin Baki.

3 comments:

hang jebat said...

Mungkin inilah yang dinamakan sindrom selesa.

Kenapa jebat berkata demikian? Kerana siswa beranggapan yang mereka sudah ada jaminan kerja iaitu sebagai guru kelak. Ini menyebabkan siswa kurang untuk menambah modal insan iaitu untuk menjadi pemimpin.

scodeng said...

saya setuju dengan pandangan saudara..UPSI ketandusan pemimpin berkaliber..

Apabila sy melihat situasi PRK di UPSI memang calon2 kurang berbakat dan mempunyai potensi yang no kualiti..

Berkaitan dengan manifesto..bukan sy nak kata tapi manifesto yang dikemukan oleh pihak calon macam manifesto "budak-budak riang"..terutama sekali manifesto dibarisan calon tema perkataan kualiti..huuu..harap kaji balik manifsto.

Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

saya juga bersetuju dengan padangan saudara berdua. UPSI kekurangan pemimpin berkaliber dan berani mengeluarkan pandangan dan pendapat secara terbuka. tetapi secara jujur saya katakan, UPSI mengeluarkan barisan jentera yang mendidik bakal guru kelak yang disanjung oleh masayarakat. namun kredibiliti kita tidak terlihat disitu berbanding dengan universiti lain. pada mulanya saya menafikan tetapi apabila ditegur oleh rakan-rakan. akhirnya saya membuat kesimpulan semula. saya berharap agar barisan yang bakal dibentuk ini akan memberikan sinar dan mencelikan padangan sedemikian. wsalam