October 21, 2008

Laporan Harakahdaily naik semangat calon

Laporan Harakahdaily yang menyebut UPSI sebagai pelopor kemerdekaan seperti Ibrahim Yaakob, menaikkan semangat juang calon-calon di sini. Dalam laporan tersebut pengarang menjelaskan kesatuan pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris merupakan antara bidan yang telah berusaha keras menyambut dan meguruskan kelahiran sebuah negara merdeka. Laporan itu juga menyebut UPSI akan berentap dalam PRK kali ini. Pengarang turut menyampaikan pandangannya dalam PRK UPSI yang berkaitan e-voting dalam proses pengundian. Seorang calon yang ditemui mengatakan beliau sudah lama sedar akan keadaan itu dan sejarah memang sudah mencatatkan UPSI yang dulunya MPSI sebagai maktab pejuang kemerdekaan. Seharusnya mahasiswa sedar dan perlu berjiwa besar dalam memperjuangkan suara mahasiswa. Beliau juga menyebut sebagai berkata sememangnya perkara ini menaikkan semangat saya untuk mencuba sedaya upaya mengembalikan kegemilangan UPSI seperti MPSI suatu masa dahulu.
Hari pengundian yang tinggal beberapa jam lagi menyaksikan pertemuan yang pasti membuat para pengundi ternanti-nanti keputusannya.
Laporan lengkap Harakahdaily boleh dirujuk di sini.[Klik]

3 comments:

pro mahasiswa said...

sejarah mengajar pelajar Upsi erti perjuangan...supaya pelajar2 upsi sedar sejarah sebenar yang bermula dibumi UPSI...

angkatan pelajar sedar (APELS)

pro aspirasi said...

kami juga sedar tp kami telah dibeli..

MOJO said...

jangan jadi lembu yg dicucuk idungnya...