October 13, 2008

Pertandingan secara berkumpulan sukar dielakkan

PRK kali ini yang memperlihatkan satu usaha pihak skretariat PRK untuk memastikan pertandingan atas tiket individu dikatakan sukar dilaksanakan. Ini berikutan beberapa perkembangan semasa yang jelas menunjukkan masih terdapat kecenderungan mereka bertanding secara berkumpulan. upsikini.blogspot.com dilaporkan keadaan ini begitu jelas semasa Kursus Kepimpinan siri 2 yang dijalankan baru-baru ini. Sumber memberitahu bahawa para peserta secara sendiri sudah membuat kumpulan mereka terutamanya di dorm mereka tidur. Melihat kepada keadaan ini, barkemungkinan besar mereka akan berkempen secara berkumpulan dalam tempoh berkempen nanti.
Seorang pegawai UPSI ketika ditemui semalam menyatakan bahawa senario bertanding secara berkumpulan adalah perkara biasa dan sering berlaku di mana-mana pilihan raya. Usaha untuk menafikannya adalah amat sukar terutamnya di kalangan mereka yang sudah mempunyai ideologi yang sama.
Peraturan PRK yang dikeluarkan semasa penjualan borang pencalonan walau bagaimanapun meletakkan syarat supaya calon yang bertanding mestilah secara individu.

No comments: