October 21, 2008

[dikemaskini 10.00 malam]Sekitar hari pembuangan undi PRK UPSI

8.15 pagi : Semua calon dan wakil calon berkumpul di hadapan SITC menunggu kehadiran Dato’ Naib Canselor. Sakretariat juga turut membuat persiapan terakhir bagi memastikan proses mengundi lancar.
8.25 pagi : Dato’ Naib Canselor tiba di SITC.
8.30 pagi : Dato’ Naib Canselor memberi sedikit kata aluan dan membuka sistem e-vote untuk memasukkan kata kunci. Sebanyak 12001 pengundi yang layak mengundi.
8.35 pagi : Sistem dibuka dan seorang pengundi diminta memulakan pengundian bagi melihat sama ada sistem berjalan dengan baik atau tidak.
8.45 pagi : Sistem secara rasmi dibuka untuk semua 7 pusat pengundian.
9.00 pagi : Pengundi-pengundi mula berbaris panjang untuk mengundi.Dato' Naib Canselor beredar dari SITC.
9.15 pagi : Aduan diterima oleh beberapa pengundi mendakwa terdapat calon umum yang tidak timbul di skrin computer. Sakretariat menyisat aduan.
9.20 pagi : Semua pusat mengundi diminta menghentikan proses pengundian buat sementara waktu.
9.25 pagi : Dakwaan didapati benar dan pegawai yang bertanggungjawab diminta menyelesaikan masalah.
9.35 pagi : Dato’ Naib Canselor tiba di SITC untuk melihat masalah yang berlaku.
9.40 pagi : Sistem dimulakan semula dan Dato’ Naib Canselor membuat password baru bagi memulakan sistem.
9.45 pagi : Semua maklumat calon dikemaskini dan Dato’ Naib Canselor membuka peti undi e-voting semula. Semua calon dibenarkan tampil ke hadapan untuk membuktikan sistem telus dan tiada unsure sabotaj. Masa tamat mengundi dilewatkan kepada jam 7.00 petang.
9.50 pagi : Semua pusat mengundi dibuka semula
10.00 pagi : Semua 138 mahasiswa yang telah mengundi dihubungi melalui telefon bagi memaklumkan bahawa mereka perlu mengundi semula.
10.15 pagi : Dato’ Naib Canselor selesai membuka semula peti undi e-voting.
10.30 pagi : Pengundi mula beratur untuk mengundi
11.00 pagi : Semua pusat pengundian berjalan lancar. SITC dan Bitarasiswa menjadi tumpuan pelajar setakat ini.
12.30 tgh hari : Peratus pengundi yang keluar mengundi setakat ini hanya sekitar 18%.
1.00 tgh hari : Beberapa calon dan wakil calon yang berkumpul di depan pusat pengundian diarah beredar kerana dikhuatiri mempengaruhi pengundi yang ingin mengundi.
2.00 petang : Semua pusat mengundi berjalan dengan lancar. Cuaca mendung dan dijangka hujan akan turun petang ini. Pengundi yang datang mengundi masih dalam keadaan terkawal. Proses pengundian diteruskan tanpa waktu rehat.
4.30 petang : Cuaca hujan menyebabkan bilangan pengundi kurang di beberapa pusat pengundi. Maklumat mengatakan peratusan undi hanya sekitar 52%
6.00 petang : Hujan masih turun dan jumlah penghundi meningkat kepada 60%
6.30 petang : Beberpa pusat mengundi dilaporkan sudah lengang. Calon dan penyokong bergerak ke SITC untuk pengumuman keputusan.
6.45 petang : Dato’ Naib Canselor tiba bersama pendaftar dan beberapa pegawai kanan university.
7.00 petang : Pengumuman keputusan PRK.

3 comments:

tukar tiub said...

kah kah kah..nampak sgt e voting tidak adil...138 pengundi dihubungi semula...jd mereka boleh mengenal pasti siapa kah yg kita undi..adilkah??

Anonymous said...

huhuhu.cik tukar tiub..even sy pun bukan la setuju sgt ngn e-voting ni..tp rasenye yg 138 org tu dt dihubungi sbb kan kita dh scan kad matrik mase sblm mengundi tu..so dari c2 la mereka dpt kuarkan senarai berapa ramai yg mengundi..mcm pilihanraya biasa yg x elektronik pun..diorg dpt detect berapa ramai mengundi sbb sblm kita buang undi..kita daftar dulukn..so..saje nk betulkan..supaya nnt xde la org ckp kita ni nk meng-condemn tp kurang bijak..no offense kay..

Anonymous said...

Ye ke mereka buleh kenal pasti siapa yg kita undi? Yg 138 tu cuma mereka retrive no tepon dalam profile utk nak call suruh mereka undi semula. Main taram je condem org tanpa usul periksa. Saya setuju ngan anonymous sebelum saya.