October 19, 2008

Cogan kata calon punya persamaan

Calon-calon yang bertanding pada PRK kali ini dikatakan lebih bersedia dari segi kempen melalui poster dan kain rentang. Seluruh kawasan kampus dan kolej kediaman dilihat telah dipenuhi dengan poster dan kain rentang calon di segenap sudut ruang. Upsikini menerima kiriman emel malam tadi daripada seorang sumber yang mahu dikenali sebagai Ihsan mengatakan terdapat persamaan cogan kata beberapa calon yang bertanding kali ini. Dalam emel tersebut beliau menjelaskan, setelah dianalisis, beliau mendapati 2 perkataan utama yang banyak digunakan calon adalah ‘kualiti’ dan ‘kebajikan’. Beliau bagaimanapun tidak mengemukakan calon-calon yang menggunakan kata kunci tersebut. Tambah beliau, merujuk kepada analisis ini, dilihat terdapat satu pola perbandingan yang mewujudkan seolah-olah terdapat 2 kumpulan. Sekumpulan calon menggunakan ‘kualiti’ sebagai kata kunci dalam cogan kata mereka dan sekumpulan lagi menggunakan kata kunci ‘kebajikan’. Beliau yang turut mengikuti perkembangan PRK ini mendakwa kemungkinan terdapat kumpulan dalam pertandingan kali ini memang ada tetapi tidak dilabel dengan nama-nama tertentu sepeti PRK yang lalu. Namun katanya, ada juga calon yang tidak menggunakan 2 kata kunci ini dan boleh jadi mereka ini adalah calon bebas. Beliau berpendapat trend pertandingan kali ini sedikit berbeza yang mana calon-calon begitu berhati-hati kerana tidak mahu dilabel dan dilihat berkumpulan. Buktinya, calon-calon bimbang untuk berhujah kerana dikhuatiri mempunyai persamaan dengan calon yang lain dan ini boleh mengundang persepsi yang mengatakan calon-calon tersebut bergerak secara berkumpulan. Dalam perenggan akhir emel tersebut, beliau mengatakan pertembungan 2 kumpulan ini mungkin boleh dinamakan pertandingan antara kualiti dan kebajikan.
Naib Canselor UPSI walaubagaimanapun menegah mana-mana pihak yang ingin melabel mana-mana calon dengan Pro Aspirasi dan bukan Pro Aspirasi melalui kain rentang yang dinaikkan di kampus

2 comments:

Anonymous said...

cogan kata mempunyai persamaan n terbahagi kepada 2 betul. kualiti guru UPSI peringkat rendah. Kebajikan.. adakah kebajikan anda dijaga... saya menunggu ada manifesto seorang calon untuk turun membantu orang yg susah ini.sebab setakat ini oranag yang ada kepentingan sahaja yang dapat.yakni mereka yang dh senang lenang...JANGAN TERJADI MACAM TERESA KOK YNG TELAH MEMINTA DUIT ZAKAT. KEPADA UMAT ISLAM YANG BENAR BOLEH DAPAT XDIBERIKAN. SEKARANG PADAN MUKA....ORG CINA MINTA.

Anonymous said...

janji harus ditepati.jangan jadi MUNAFIK. JANJI XTEPATI...PENGGUNAAN INSYAALLAH TU KENA BERTEMPAT YE WAHAI CALON2.ANDA HARUS TAHU SEMAKIN ANDA BELAJAR SEMAKIN RENDAH ILMU KITA KERANA ILMU KITA MAKIN SEDIKIT.UMPAMA SETITIS AIR DILAUTAN. SILA RUJUK KEPADA PELBAGAI AHLI ILMU AGAMA SEBELUM MENGELUARKAN PERKATAAN INSYAALLAH DAN BERJANJI....