October 19, 2008

Isu penyelewengan akaun MPP RM 36 000 masih belum selesai.

Upsikini dilaporkan tentang isu penyelewengan wang Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang masih belum selesai hingga kini. Isu yang hangat diperkatakan pada PRK yang lalu dibangkitkan semula bagi mendapat penjelasan jelas berkenaan isu itu daripada pihak berkaitan. Penyelewengan yang berlaku dikatakan semasa MPP dikuasai oleh Pro Aspirasi yang sememangnya kuat pada ketika itu. Upsikini juga diberi jaminan oleh sumber bahawa satu bukti berkenaan penyelewengan tersebut akan diserah kepada Upsikini untuk hebahan menjelang hari pengundian pada 21 Oktober nanti untuk mahasiswa membuat penilaian kepada prestasi Pro Aspirasi yang dikatakan tidak wujud pada PRK kali ini.

9 comments:

Anonymous said...

RM 36 000 ohh RM 36 000. Masih lagi tidak berkesudahan walaupun telah disiasat oleh BPR, walaupun telah 'diangkat' hingga ke peringkat atasan. Sedangkan yang punya angkara menyebarkan dakyah dan fitnah ini telahpun bebas sebebasnya berfoya - foya dengan kekasihnya. Boleh makan di kedai Karim Korner. Tetapi kita di sini asyik menabur fitnah kepada orang yang tidak buat salah. Wahai pemuda Agama waima penulis blog ini sedarlah bahawa fitnah itu lebih kejam dari membunuh. Ingatlah dosa itu tidak akan di ampun selagi individu - individu yang ditohmah itu tidak memaafkan saudara. Sedangkan motto saudara "Beramal Kerana Islam", Muslim Sejati la...Adakah itu yang dikatakan Pembela Agama Allah? Tidak ada sebarang isu penyelewengan yang dilakukan oleh MPP lepas 2006/2007 dan siasatan telahpun selesai. Insaflah wahai pak sheikh - pak sheikh. Nampak alim tetapi hati busuk penuh syak wasangka dan busuk hati. Astagfirullah.....

Anonymous said...

penyelewengan ini.kena wat kajian yang betul2.jgn menuduh.sekiranya kita lihat pasal calon n wakil caloan.sy lihat seorang wakil calon melekat je dgn awek dia bile makan.bila berucap didepan cakap pasal agama.kalau anda dh berkahwin xpe le.kalau tidak????berkelakuan tidak sopan ditempat awam.di perak memang kuarang sedikit penguatkuasaan.sekiranya ditangkap di Selangor.nahas.begitu juga jangan le meenyerupai orang Yahudi. Semalam kelihatan seorg wakil calaon berucap memakai "cap". TAKBIR...ALLAHUAKBAR.

Muslimin Agung said...

Salam WUFI...

Ana mewakili Pimpinan Pro-Mahasiswa UMS mengucapkan slmt berjihad para shbt di UPSI. Smg kejayaan mengiringi pjuangan kita ini. Takbir

Anonymous said...

apakah jadah..
wei 'specky'...aku rasa ko ni memang PRO satu pihak. aku boleh agak.. yang biasanya suka fitnah..tu mesti konco-konco berat puak 'aspirasi'.. ala akupun bekas orang kuat juga..

ko jangan nak kata psl dosa..gatal tangan aku!

aku nak tya.. siapa yang berani bagi amaran kat calon pro-m.. undi mereka tak posting?

tolong jadi mahasiswa yang berjiwa intelektual!

Anonymous said...

specky bila kes tu disiasat BPR..benarkah?? x baik tuduh2 owg buat fitnah..jgnler bias ketika keluarkan kenyataan...

specky: Insaflah wahai pak sheikh -pak sheikh. Nampak alim tetapi hati busuk penuh syak wasangka dan busuk hati. Astagfirullah.....


ko tuduh owg hati busuk tu xper plak erkkk..hebat sgguh ko ni erkkk..hanya Allah S.W.T jer yg tahu..


angkatan pelajar sedar (APELS)

Anonymous said...

oit specky..
bkn kr ko reejaluddin yg borang hilang tu ker??

Unknown said...

Specky yang linkkan namanya pada blog saya.

Pertama, nak ucap terima kasih kerana tolong publish blog saya.

Kedua, terima kasih kerana pernyataan awak yang boleh memberikan pahala kepada saya.

Ketiga, nak betulkan. Hanya Allah yang boleh menilai hati saya.

Anonymous said...

Ermmm.... Hentikanlah membuat fitnah berganda - ganda wahai mahasiswa/i UPSI. Takde faedahnye. Ape sebenarnya yang hendak korang perjuangkan?? Wang?? Pangkat?? Glamour?? Atau telah di 'programkan' oleh parti - parti di luar? Itulah masalahnya kalau semua kemudahan orang dah bagi tapi tak pernah puas pada yang ada. Sentiasa mengkritik dan memberontak seolah - olah ape yang diberi dan diperolehi tidak cukup. Inilah anak - anak selepas merdeka yang tidak pernah rasa susah memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Walau apapun fahaman politik anda perjuangkanlah hak - hak orang Melayu. "Jangan nanti Menag Sorak Kampung Tergadai Seluar Tertanggal" mengaibkan diri sendiri sahaja. Kalau diri anda rasa dah cukup "PERFERCT" seolah - olah orang lain bersalah di mata anda, buktikan topeng keimanan yang anda pakai itu adalah yang asli dan bukannya hanya utk mengejar pujian duniawi sahaja. Wahai 'pemuda agama', sila baca kembali semua penulisan - penulisan awak di dalam blog, adakah bersih dari sebarang penipuan??? Adakah ianya tidak berunsur fitnah??? Adakah ianya luahan hati semata- mata tanpa memikirkan hati orang lain??? Allah boleh menilai hatimu wahai saudara Rijal tapi adakah engkau tahu banyak hati - hati yang suci telah kau lukakan... Insaflah...biar semua orang dapat masuk link blog awak. Baca, pikir, dan renung - renungkanlah.... Kalau betul saudara jujur dan ikhlas atas nama ALLAH buktikan setiap pertuduhan yang awak buat...

Anonymous said...

assalamualikum...
saya harap dengan adanya barisan MPP yang baru ini tidak terlibat atau timbul lagi isu2 penyelewenga...insyaALLAH..