October 21, 2008

Penulis UPSIkini ucap ‘Selamat Mengundi’

Assalamualaikum w.b.t.
Saya selaku penulis blog UPSIkini ingin mengucapkan selamat mengundi buat semua mahasiswa yang bakal membuat keputusan mereka beberapa jam dari sekarang. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan memberi kritikan membina dalam menambahbaik kandungan berita dan pendapat dalam ruang UPSIkini. UPSIkini merupakan satu lembaran baru dalam menyebar maklumat kepada mahasiswa UPSI dalam pelbagai hal. Buat masa ini, UPSIkini lebih menumpukan kepada berita-berita berkaiatn PRK kerana UPSIkini merasakan PRK adalah penting bagi mahasiswa dalam memilih pemimpin mahasiswa yang berupaya mengangkat suara mahasiswa.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa laman sesawang lain yang memberi kredit kepada UPSIkini setelah beberapa berita dipetik melalui blog ini. Ini merupakan salah satu suntikan semangat buat saya untuk meneruskan perjuangan UPSIkini.
InsyaAllah, UPSIkini akan terus menyebarkan maklumat terkini berkenaan UPSI supaya mahasiswa sentiasa dihidangkan dengan berita-berita segar.
Saya juga berhasrat untuk menjadikan UPSIkini sebagai satu wadah penyebar maklumat yang diyakini dan InsyaAllah saya akan memperkenalkan diri saya secara terbuka apabila tiba masanya.
’Selamat mengundi semua!!’Semoga anda diberi hidayah untuk memilih Pemimpin yang Terbaik..

2 comments:

alfatonah said...
This comment has been removed by the author.
Asrul aka YaGaMi LaiTo said...

saya sebagai pembaca dan penulis setia blog akan memberikan sokongan kepada penulisan saudara agar penulisan saudara membawa perubahan dan mecelikkan mata penuntut UPSI asalkan ianya benar dan sahih.. terima kasih saudara