October 20, 2008

“Patutlah mengapa mereka nak sangat kerusi MPP”- pembaca

Pembongkaran satu kes yang melibatkan penyelewengan berjumlah lebih RM 36000 malam tadi menjadi satu isu hangat apabila bukti akaun turut didedah untuk tatapan mahasiswa UPSI. Upsikini menerima banyak respon daripada pembaca melalui e-mel sebaik sahaja berita ini dikeluarkan. Dalam satu emel yang bertajuk ‘baru saya tahu’ kiriman Wan, beliau mengatakan barulah saya tahu mengapa mereka begitu ingin menjadi MPP walaupun secara zahir kita lihat tidak ada apa-apa keistimewaan yang mereka dapat sekiranya menang dan menjadi MPP. Rupa-rupanya ada perkara besar yang cuba dilenyapkan.
Melalui tinjauan yang dibuat, mahasiswa sudah tahu tentang perkara ini tetapi tidak pernah melihat bukti terhadap dakwaan tersebut dan tindakan Upsikini mendedahkannya adalah satu tindakan yang akan membuka mata ramai pihak.
Satu lagi e-mel yang diterima pagi tadi meminta Upsikini mendedahkan siapa ‘orang-orang’ mereka yang akan bertanding kali ini bagi membolehkan pelajar membuat penilaian sendiri sebelum membuang undi esok. Katanya lagi, pendedahan penyelewengan ini perlu bagi mahasiswa tahu akan hal sebenar dan kita akan tolak pemimpin yang bersekongkol dengan perkara ini.
Esok, 21 Oktober merupakan tarikh pembuangan undi PRK UPSI di 7 pusat pengundian bermula jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang.

2 comments:

Anonymous said...

salam, 2 hari lepas ada sorang calon mpp yang agak neutral tanya sy, watpe ada plihanraya kalu calon2 yg akan menang dah ditetapkan oleh HEP...betul ke prk kali ini betul2 telus?

Anonymous said...

tul ke sistem e.voting itu telus dan tidak boleh di manipulasi oleh pihak tertentu untuk menaikkan calon yang tertentu